Wednesday, November 18, 2009

al-Kuliyyah TV3: Dr Mohd Asri, Dr Fauzi Deraman, & Dr Uthman el-Muhammady

Wednesday, November 11, 2009

Buku: Fahaman Wahabi Menular; Satu Analisis...


Nama Buku:

Fahaman Wahabi Menular; Satu Analisis Terhadap Dakwaan yang Ditimbulkan Akhbar Utusan Malaysia

Penulis:
Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Terbitan:
Jahabersa

Jumlah Mukasurat:


Harga:
RM12.00

Sinopsis:

"Fahaman Wahabi Menular" demikianlah tajuk utama akhbar Mingguan Malaysia pada 27 November 2005. Dalam laporan tersebut, dinyatakan bahawa terdapat sebuah fahaman agama yang berbeza dengan "sunnah umat Islam negara ini sejak turun temurun" yang sedang merebah di kalangan cerdik pandai. Untuk menguatkan laporan tersebut, beberapa kenyataan daripada tokoh-tokoh agama tempatan telah dikemukakan.


Sejauh manakah kebenaran laporan atau dakwaan tersebut?


Buku ini menganalisa laporan tersebut, termasuk juga beberapa laporan yang menyusul dalam akhbar Utusan Malaysia selepas 27 November 2005 berkenaan subjek Wahabi. Berdasarkan analisa yang ilmiah lagi tajam, para pembaca sekalian akan dapat memahami apakah sebenarnya "Fahaman Wahabi" dan lebih penting, adakah ia selari atau bertentangan dengan al-Qur'an , al-sunnah dan Mazhab al-Syafi'e.

Tidak sekadar itu, para pembaca sekalian akan dapat juga memahami kenapa fahaman "Wahabi" mula mendapat tempat di kalangan cerdik pandai dan hanya ditentang oleh orang yang tidak cerdik pandai, sekalipun mereka yang menentang itu memiliki banyak gelaran keduniaan di sisi nama mereka.

Monday, November 9, 2009

Buku: Katakan Tidak Kepada Wahabi!



Penyusun:
Mohd Hairi Nonchi

Jumlah Mukasurat:

215


Harga:

RM8.90


Penerbit:

Jahabersa


Sinopsis:

Buku yang sedang berada di tangan anda ini merupakan sebuah wadah ilmiah yang telah menghimpunkan sejumlah risalah/artikel yang memberi penjelasan mengenai hakikat sebenar fahaman atau pegangan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahuallahu serta para pendukung Sunnah Nabi Muhammad shallallahu 'alahi wasallam khususnya di Malaysia.


Objektif utama buku ini adalah untuk menjernihkan semula salah faham sebahagian umat Islam terhadap pegangan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah, disamping membela maruah para pendukung Sunnah tanah air yang selama ini telah dimomokkan sebagai golongan "Wahabi" dan dinisbahkan sebagai kelompok yang terkeluar daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Sumber:

http://www.jahabersa.com

Monday, November 2, 2009

Ceramah Perdana: 'Gelombang Fitnah' oleh Dr Maza di IQ

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template