Nama Buku:
Fahaman Wahabi Menular; Satu Analisis Terhadap Dakwaan yang Ditimbulkan Akhbar Utusan Malaysia
Penulis:
Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Terbitan:
Jahabersa
Jumlah Mukasurat:
Harga:
RM12.00
Sinopsis:
"Fahaman Wahabi Menular" demikianlah tajuk utama akhbar Mingguan Malaysia pada 27 November 2005. Dalam laporan tersebut, dinyatakan bahawa terdapat sebuah fahaman agama yang berbeza dengan "sunnah umat Islam negara ini sejak turun temurun" yang sedang merebah di kalangan cerdik pandai. Untuk menguatkan laporan tersebut, beberapa kenyataan daripada tokoh-tokoh agama tempatan telah dikemukakan.
Sejauh manakah kebenaran laporan atau dakwaan tersebut?
Buku ini menganalisa laporan tersebut, termasuk juga beberapa laporan yang menyusul dalam akhbar Utusan Malaysia selepas 27 November 2005 berkenaan subjek Wahabi. Berdasarkan analisa yang ilmiah lagi tajam, para pembaca sekalian akan dapat memahami apakah sebenarnya "Fahaman Wahabi" dan lebih penting, adakah ia selari atau bertentangan dengan al-Qur'an , al-sunnah dan Mazhab al-Syafi'e.
Tidak sekadar itu, para pembaca sekalian akan dapat juga memahami kenapa fahaman "Wahabi" mula mendapat tempat di kalangan cerdik pandai dan hanya ditentang oleh orang yang tidak cerdik pandai, sekalipun mereka yang menentang itu memiliki banyak gelaran keduniaan di sisi nama mereka.
0 comments:
Post a Comment