Wednesday, August 27, 2008

Maksud Syaitan Dirantai Dan Dibelenggu Di Bulan Ramadhan



Realiti yang berlaku, kita menyaksikan sebahagian umat Islam yang berpuasa masih ada yang melakukan maksiat di dalam bulan Ramadhan, bukan sekadar itu, bahkan berlaku juga rasukan jin dan syaitan di dalam bulan Ramadhan, termasuk yang dirasuk itu di kalangan umat Islam yang berpuasa. Jika begitu keadaannya, apakah maksud hadith Nabi saw yang menyatakan syaitan itu dirantai dan dibelenggu dalam bulan Ramadhan ? Nabi saw bersabda:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.


al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat sebagai memenuhi sabda Nabi saw:


Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan yang keji, maka Allah tidak ada hajat kepada makanan dan minuman yang ditinggalkannya.” (HR al-Bukhari)

Sebahagian ulama yang lain pula berpendapat maksud para syaitan yang dibelenggu itu ialah sebahagian syaitan yang degil/melampau, adapun selain daripadanya tidak dibelenggu. Inilah yang dinyatakan di dalam hadith :

Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.”


Ada pula yang berpendapat ianya membawa tanda para malaikat masuk ke dalam bulan Ramadhan sebagai membesarkan dan memuliakannya bagi menghalang para syaitan menggoda orang-orang mukmin. Ia boleh juga membawa isyarat kepada banyaknya pengampunan dan balasan pahala yang diberikan di dalam bulan Ramadhan menyebabkan syaitan menjadi seolah-oleh dibelenggu. Ini dikuatkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Yunus daripada Ibn Syihab di sisi Muslim :


Maka dibuka pintu-pintu rahmat.
(HR Muslim)

Maka dibelenggu syaitan itu adalah perumpamaan melemahkan syaitan dalam menyesatkan umat Islam dan menghiasi syahwat mereka. Al-Imam al-Qurthubi pula berkata :

Maka jika dikatakan bagaimana kita boleh melihat beberapa kejahatan dan maksiat berlaku dalam bulan Ramadhan secara banyak, jika dibelenggu para syaitan sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Maka jawapannya ialah : “Sesungguhnya semua itu kurang berlaku pada orang-orang yang berpuasa dengan puasa yang memelihara syarat-syaratnya dan meraikan adab-adabnya, atau (yang dimaksudkan) dibelenggu sebahagian syaitan, iaitulah syaitan yang degil/melampau, (sebaliknya) bukan semua syaitan seperti yang terdapat di dalam sebahagian riwayat (hadith), atau maksudnya mengurangkan kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ternyata berlakunya kejahatan dalam bulan Ramadhan itu lebih kurang berbanding bulan yang lain, demikian juga tidak semestinya dibelenggu kesemua syaitan tidak berlakunya kejahatan dan maksiat, kerana ada juga sebab lain selain syaitan (yang membawa kepada kejahatan) seperti jiwa yang sememangnya jahat, dan kebiasaan yang jelek dan syaitan manusia.

Al-Syeikh Muhamad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang persoalan ini menjawab : “Di dalam sebahagian riwayat hadith (maksudnya) : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/derhaka.” Atau (dengan lafaz) Tughallu di sisi al-Nasaie atau yang seumpamanya yang termasuk dalam perkara ghaib yang mana hendaklah kita menerima dan membenarkannya, dan kita tidak membicarakannya lebih daripada yang itu, sesungguhnya inilah yang lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik untuknya…. kemudian secara zahir dibelenggunya syaitan itu (adalah membawa maksud dibelenggu) daripada memesong/menyesatkan manusia disebabkan banyaknya kebaikan dan (mereka banyak) kembali (bertaubat) kepada Allah dalam bulan Ramadhan.”

(Sila lihat fatwa di dalam islam-qa dan http://www.islamonline.net)

Wallahu a’lam.

Terjemahan oleh Ustadz Abdul Kadir bin Sahak (Pegawai Penyelidik IQ)

Sumber: http://bin-sahak.blogspot.com/

Tuesday, August 12, 2008

Forum Perdana: Fitnah Membadai Ummah; Peranan Ulama'?

Mabruk Buat Fatimah Syarha Mohd Noordin

Ana nak meminjam kata-kata Ustaz Nazmi dalam blognya:

"Akhirnya " MAWAR BERDURI " mengikat " TAUTAN HATI " dengan " SYABAB " yang direstui.. Moga-moga ikatan Baitul Muslim ini mampu memberikan impak kepada perjuangan Islam, Teruskan berkarya dengan karya-karya yang penuh biah solehah dan semangat juang..."

"BarakaLLAHu laka wa baraka 'alayka wa jama'a bainakuma fi khoir..." (HR Ahmad, al-Tirmidzi, dan Abu Dawud)

Fatimah Syarha Bt Mohd Noordin
&
Dr Farhan Hadi B Hj Mohd Taib

P/S: Kak Fatimah Syarha merupakan salah seorang novelis yang paling saya (Ibn Mustofa) minati dan kagumi. Karyanya jauh berbeza dengan novelis-novelis islamik yang lain seperti Abu Hassan Morad dan Habiburrahman el-Shirazy (Kang Abik). Penulisannya sangat indah, menyentuh hati, membangkitkan semangat, dan memberi pedoman kepada penulis. Tunjang kekuatan karya-karyanya bukanlah cinta insani semata-mata, tetapi ia mengajar kita hidup dalam suasana Tarbiyyah; mencipta dan mengekalkan ummah yang terdidik dengan ajaran Islami sepenuhnya.

Friday, August 8, 2008

Kuliah S.S Mufti Perlis



Thursday, August 7, 2008

Tuntutan al-Sunnah Dlm Bulan Sya'ban

Tuntutan al-Sunnah dalam bulan Sya’ban: Di dalam bulan Sya’ban, terdapat beberapa ajaran daripada sunnah Rasulullah s.a.w. yang dapat diamalkan oleh seseorang muslim.

Di antaranya ialah seperti berikut:

1)Perbanyakkan berpuasa dalam bulan ini:

أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى [صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَ[1

Maksudnya: Aisyah berkata ‘Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa pada satu bulan melebihi bulan Sya‘ban. Baginda berpuasa bulan Sya‘ban kesemuanya. Baginda sering berkata “Ambil amalan yang kamu mampu lakukan kerana Allah tidak akan bosan kecuali jika kamu bosan.” Sebaik-baik solat kepada Nabi s.a.w. ialah apa yang diteruskan walaupun sedikit. Jika baginda melakukan satu solat Baginda akan meneruskannya.

2)Apabila sampainya pertengahan Sya‘ban, pastikan kita mempunyai sifat-sifat mulia ini (mukmin, tidak bersengketa dan tidak berhasad):

[طلع الله تبارك و تعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان ، فيغفر لجميع خلقه ، إلا لمشرك أو مشاحن [2

Maksudnya: Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam pertengahan Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).

3) Apabila berada di pertengahan kedua Sya‘ban, puasalah pada hari yang biasa kita puasa sahaja, jika tidak biasa puasa pada hari itu elok jangan berpuasa:

[إِذَا بَقِيَ نِصْفٌ مِنْ شَعْبَانَ فَلَا تَصُومُوا [3

Maksudnya: Apabila datangnya pertengahan Sya‘ban maka janganlah kamu berpuasa.

4)Pastikan tidak berpuasa pada hari yang diragui adakah masih Sya‘ban atau sudah masuk Ramadhan:

[لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ [4

Maksudnya: Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan puasa satu hari atau dua hari kecuali orang yang biasa puasa hari tertentu bolehlah dia berpuasa pada hari itu.

[فَقَالَ عَمَّارٌ مَنْ صَامَ الْيَوْمَ الَّذِي يَشُكُّ فِيهِ النَّاسُ فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ... [5

Maksudnya: Maka Ammar berkata ‘Siapa yang puasa pada hari yang manusia meraguinya maka dia telah membuat maksiat terhadap Abu al-Qasim s.a.w.


Rujukan:

[1] HR al-Bukhari, Kitab al-Shaum, Bab Saum Sya‘ban, No. 1834. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam al-Nabi s.a.w. Fi Ghair Ramadhan Wa Istihbab An La Yukhliya Shahran ‘An Saum, No. 1957.
[2] HR Ibnu Abi ‘Asim, Ibnu Hibban dan lain-lain, dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1144.
[3] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah al-Saum Fi al-Nisf al-Thani Min Sya‘ban Li Hal Ramadhan, No. 669.
[4] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab La Taqaddamu Ramadhan Bi Saum Yaum Wa La Yaumain, No. 1912.
[5] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah Saum Yaum al-Syak, No. 622. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud, No. 686.

Monday, August 4, 2008

6 Tahun di Rumah Syaikh Albani


Oleh: Abu Abdurrahman Muhammad Al Khatib


Pemergian Seorang Tokoh

Pada hari ini sabtu 2 oktober 1999 ribuan bahkan jutaan orang menangis, mereka menangis karena mendengar sebuah berita duka, yang merupakan musibah besar dengan wafatnya seorang Imam besar. Berita duka ini sampai kepadaku seusai shalat ashar hari ini dari istri beliau rahimahullah. Dengan serta merta aku menuju rumah sakit tempat beliau dirawat. Disana aku jumpai istri dan putra beliau Abdul Lathif yang menemani beliau selama masa perawatan. Setelah masuk kamar tiba-tiba kusaksikan dihadapanku jasad Syaikh rahimahullah yang telah ditutup dengan selembar kain, dibaringkan diatas sebuah tempat tidur. Air mataku mengalir tidak mampu menahan tangisan atas kepergiannya.

Kubuka wajahnya yang bercahaya lalu kucium keningnya. Kami mengangkat jasadnya untuk dimuat disebuah mobil milik salah seorang teman, lalu membawanya ke rumah duka. Ikut bersama kami di mobil jenazah, putra beliau Abdul Lathif. Ia sangat sedih dan banyak mengucurkan air mata. Kami menghibur dan menasihatinya untuk bersabar. Ia hanya memandang kami sedang kedua matanya meneteskan air mata yang banyak.

Keteguhan Sang Syaikh Dlm Berjuang

Abdul Lathif menceritakan kondisi ayahnya sehari sebelum wafat, ia berkata :

"Hingga kemarin dalam kondisi sakitnya yang semakin parah ayah masih sempat berkata :

"Berikan kitab shahih sunan Abi Dawud!!"

Aku katakan :

"Subhanallah (Maha suci Allah), semoga Allah swt membalas kebaikanmu ya Syaikh. Sungguh engkau telah hidup sepanjang usiamu, siang dan malam, engkau membela Sunnah Rasul saw hingga akhir hidupmu. Dalam kondisi tidak mampu menegakkan punggungmu, aku melihatmu menyuruh putra atau cucu-cucumu menulis, tanpa mengenal sakit dan tidak pula mengeluhkan kesakitanmu. Semua itu tiada lain kecuali anugerah dan keutamaan dari Allah swt yang diberikan kepadamu, maka Dia-lah yang maha pemberi karunia dan keutamaan."

Pemakaman Sosok Tubuh yg Mulia

Sesampainya kami di rumah Syaikh, di sana kami jumpai beberapa teman yang telah mendahului kami dan mulailah para ikhwah berdatangan dari berbagai pelosok kota Amman , tempat Syaikh berdomisili selama lebih dari delapan belas tahun. Kami bergegas mempersiapkan jenazah Syaikh rahimahullah, memandikan dan mengafaninya. Begitu selesai menyiapkan, kami mengeluarkan dan meletakkannya di sebuah ruangan besar.

Seketika rumah Syaikh rahimahullah telah penuh sesak oleh pelayat yang terdiri dari para pecinta dan murid-muridnya. Syaikh Abu Malik mengisyaratkan kepada kami agar wajah Syaikh tidak ditutup sehingga para pelayat melepaskan kepergiannya. Mereka pun segera mencium kening Syaikh sebagai tanda perpisahan dengannya, lalu jenazah Syaikh disiapkan untuk dishalatkan.

Para ikhwan yang bermusyawarah tentang tempat pemakamannya, aku katakan kepada mereka bahwa Syaikh rahimahullah berulang-ulang menyebutkan kehendaknya di depanku, beliau ingin dikuburkan dipemakaman yang terletak pada sisi jalan yang menuju ke rumahnya agar tetap mendapat ucapan “salam” dari saudara-saudara dan pecintanya.

Di antara wasiat beliau sebagaimana yang dikatakan oleh putranya Abdul Lathif, agar jenazahnya dibawa dari rumahnya ketempat pemakaman dengan cara dipikul, setelah para pelayat melepaskan kepergian beliau, kami segera keluar dari rumah untuk menshalatkannya.

Demikian sang Imam dan tokoh ini kembali kepada Rabbnya Tabaraka wata`ala dengan meninggalkan warisan ilmu yang bermanfaat, tergores di sela-sela ratusan karya tulisnya yang kemudian Allah mentakdirkannya diterima di seantero dunia bahkan sebagiannya telah diterjemahkan ke beragam bahasa di dunia ini. Demikian pula beliau telah meninggalkan sejumlah muridnya yang berjalan diatas manhaj salaf yang dianutnya selama hidup beliau. Semoga dengan pertolongan Allah swt merekapun akan berjalan diatasnya hingga datangnya ajal.

Kenangan Bersama Syaikh

Aku mengenal beliau rahimahullah semenjak 23 tahun yang lalu. Usiaku pada saat itu menginjak empat belas tahun. Sungguh Allah swt telah menganugerahi aku nikmat dan karunia-Nya sejak aku mengenal manhaj salaf dan mencintainya. Tidak pernah kutinggalkan setiap jalan yang menunjukku kepadanya, kecuali kutempuhnya. Aku berkenalan dengan murid-murid syaikh, duduk dan berteman dengan mereka. Aku mulai membeli kitab-kitab syaikh dan kitab yang pertama kubeli adalah “shifat shalat Nabi saw". Aku selalu menanti kedatangan Syaikh dari negeri Syam sebagaimana biasa untuk menyampaikan kajian-kajian.

Pada tahun 1980, Syaikh berhijrah dari negeri Syria ke Amman (Yordania). Yang kemudian menjadi tempat domisilinya. Beliau memilih tinggal di perkampungan yang sederhana. Ia pernah ditawari sebidang tanah oleh seorang kaya yang terletak di sekitar kota Amman , namun tetap ditolaknya dan berkeras untuk tetap tinggal di tengah–tengah kaum muslimin yang berekonomi lemah. Kota Amman pun gembira atas kedatangan Syaikh sebagaimana para pecintanya. Selama enam tahun telah kulalui bersama Syaikh di rumahnya, setiap hari selalu kudapati ilmu sebagaimana aku pun telah belajar darinya tentang akhlaq. Maka apakah yang hendak kuceritakan?

Keperibadian Da'ie Sang Syaikh

Syaikh rahimahullah adalah seorang yang penuh kasih sayang dan belas kasihan. Sekali waktu pernah beliau katakan padaku:

Hai Muhammad, engkau tidak memiliki kendaraan (mobil), sementara putra-putrimu perlu beristirahat (bertemasya), maka siapkan hari apa saja yang kamu inginkan, kita akan pergi bersama agar kamu bersenang-senang bersama mereka. Dua hari kemudian, kami siapkan apa yang diperlukan, lalu keluar bersama syaikh dan istrinya ke sebuah tempat tamasya di luar kota Amman . Dan beliau membawa makanan serta beraneka buah-buahan sehingga anak-anakku sangat gembira."

Suatu ketika aku pernah bekerja dan memperbaki pada bagian atap rumah Syaikh. Aku mengangkat dan memindahkan sebuah kayu besar, hingga aku merasa keberatan dan hampir terjatuh dari atap rumah, kalau saja bukan karena karunia Allah swt padaku. Mendengar peristiwa itu, Syaikh segera memuji Allah swt atas keselamatanku dan langsung menyungkur bersujud kepada Allah swt mensyukuri-Nya, sedang kedua matanya mengucurkan air mata, menangisi kejadian ini. Lalu dikeluarkan dari sakunya sebanyak seratus dinar dan diberikannya kepadaku.

Syaikh رحمه الله adalah seorang yang berperangai wara` yaitu selalu menjauhkan diri dari perbuatan yang tidak bermanfaat dan syubhat. Pernah suatu ketika beliau menjadi penengah bagi seorang yang ingin bekerja di salah satu perusahaan persero. Selang beberapa hari, orang tersebut mengetuk pintu rumah beliau sambil membawa sejumlah buah zaitun dan menuturkan kepadaku :

Ini adalah hadiah untuk Syaikh", pada waktu itu Syaikh sedang tidur.

Setelah bangun dari tidurnya kusampaikan amanat orang itu. Dengan serta merta Syaikh bertutur:

Tidak halal bagi kita untuk memakannya, karena telah disabdakan oleh Rasulullah saw” (yang artinya) :“Barang siapa yang menolong seseorang dengan suatu pertolongan, lalu diberikan kepadanya hadiah dan diterimanya, berarti dia telah mendatangi salah satu pintu riba”.Maka kami segera membagi-bagikannya kepada para fuqara`"
Kedermawanan Syaikh Al-Albani rahimahullah

Sering kali aku anjurkan Syaikh untuk membangun masjid, atau memberi kepada seorang fakir atau para janda atau seorang peminta-minta, dan tidak pernah beliau menolak. Banyak cerita dalam masalah ini di antaranya :

Pernah datang kepada beliau seorang penderita sakit yang pengobatannya dengan menggunakan suntikan. Ia harus disuntik sebanyak 15 kali dengan biaya setiap suntikan 20 dinar. Syaikh menyuruh aku untuk meneliti kebenaran dakwaannya. Setelah mengetahui kebenarannya, beliau memberi kepadaku biaya yang dibutuhkan lalu kubelikan suntikan tersebut”.
Ketika hendak membangun rumahku aku memerlukan dana, maka kudatangi beberapa rumah dan mengetuk pintu-pintu mereka (untuk meminta pinjaman, pent) namun hasilnya nihil. Aku teringat seorang yang cukup mampu, dia dikenal oleh Syaikh. Maka kukatakan kepada istrinya:

Tolong sampaikan kepada Syaikh jika beliau berkenan menjadi perantaraku agar orang itu memberiku pinjaman."

Keesokan harinya ketika aku sedang duduk dikantorku. Syaikh berkata :

Ya Muhammad! engkau menghendaki agar aku menjadi penengahmu terhadap si fulan agar dia memberimu pinjaman?”.

Aku bertukas : “benar”.

Lalu kata Syaikh rahimahullah :

Aku lebih utama terhadapmu dari pada orang itu, aku berikan kepadamu seberapa yang kamu perlukan.”

Aku pun menangis lalu kukatakan padanya:

Ya Syaikh kami, semoga Allah swt membalas kebaikanmu.”

Demi Allah swt tidak pernah terdetik dalam hatiku bahwa apa yang kucari akan kudapati dari Syaikh karena aku tidak pernah melihat apa yang ada padanya. Ketika dana pinjaman itu diberikan padaku beliau berkata:

Yang seribu dinar ini sebagai hadiah untukmu, tidak terhitung sebagai pinjaman."

Aku pun menangis untuk kedua kalinya, semoga Allah swt membalasnya rahimahullah.

Kisah yang lain:

Belum lama ini ketika beliau berada di rumah sakit, datang seorang wanita mengadu padanya tentang terjeratnya dalam cengkraman bunga bank. Karena ia mengambil pinjaman dari salah satu bank sebanyak 9000 dinar, dan bunganya telah melipatgandakan hutang tersebut. Ia datang kepada Syaikh, untuk meminta bantuan agar terlepas darinya.

Sebagaimana kebiasaannya, Syaikh meminta kepadaku untuk meneliti kasus ini. Setelah diteliti dengan seksama kebenarannya, beliau menyetujui untuk meminjamkannya dana sebesar 7000 dinar. Wanita itu datang bersama putra-putranya. Lalu Syaikh berkata :

Yang seribu dinar sebagai hadiah dan yang selebihnya sebagai pinjaman yang dibutuhkan.”

Alangkah girangnya wanita itu dan anak-anaknya. Mereka mendo'akan Syaikh rahimahullah, demikian pula aku ikut mendo'akannya “semoga Allah swt membalas kebaikanmu ya Syaikh.”

Kemudian Syaikh memandang kami seraya berkata:

"Yaa ikwan wallaahi inni atamanna an ashbaha milyuuniiran, hatta ukhrijaaluluufa min amstali hadzihi almar'a min kuyuudi arriba (Demi Allah, wahai saudara-saudaraku, aku berangan-angan menjadi seorang “jutawan" hingga dapat melepaskan ribuan muslim yang senasib dengan wanita ini dari jeratan riba).

Kelembutan Dan Belas Kasihan Syaikh rahimahullah

Pernah suatu ketika istriku hampir melahirkan. Sementara Syaikh selalu bertanya tentangnya. Sehari sebelum istriku melahirkan bayinya, tatkala aku akan meninggalkan perpustakaan, beliau berkata kepadaku:

"Silakan ambil mobil ummul Fadhl [1] karena mungkin kamu memerlukannya di tengah malam."

Mobil itu kubawa selama dua hari dan ternyata benar, saat melahirkan tiba ditengah malam. Aku keluar dari rumahku, aku tidak tahu hendak pergi kemana? setelah berupaya mencari seorang bidan dan tidak kutemukan, terfikir olehku bahwa istri Syaikh rahimahullah memiliki pengalaman dalam hal kelahiran. Aku segera menuju ke rumah beliau, sedang aku dirundung keragu-raguan karena khawatir akan mengganggu dan mengejutkannya di saat-saat seperti ini. Aku mengetuk pintu rumahnya, beliaupun menjawabku, lalu kusampaikan kepadanya permohonan maafku yang sebesar-besarnya dan memberitahukan keperluanku.

Beliau menjawabku sambil bercanda :

Mengapa kamu tidak lakukan seperti Syaikhmu? sungguh aku telah membantu sendiri istriku ketika melahirkan.

Lalu beliau melanjukkan dengan mengucapkan:

"Sebentar!! aku akan membangunkan Ummu Fadhl, dia akan pergi bersamaku."

Lalu kami pun diberi oleh Allah swt seorang putra bernama Abdullah.

Mobil Syaikh Al-Albani

Adapun mobil beliau ibarat sekor unta yang selalu mengantar teman-teman kami. Beliau mengangkut mereka dan membawanya dari suatu tempat ke tempat yang lain. Beliau katakan padaku :

Ya Muhammad, ayahku rahimahullah pernah berkata :likulli syaiin zakaatun, wazakaatus sayaarati : hamlunnaasi biha (setiap sesuatu ada zakatnya, dan zakat mobil adalah mengangkut orang)."

Mutiara Hikmah Syaikh Al Albani rahimahullah

"Itmaamul ma'ruf khairun minal bad i bihi (Menyempurnakan suatu yang ma`ruf lebih baik dari pada memulainya
)Italic
Ini adalah mutiara hikmah yang kami ambil dari beliau, dan alangkah indahnya hikmah ini.

Syaikh Al-Albani seorang yang selalu memenuhi kebutuhan saudara-saudaranya, sehingga seorang merasa cukup dengan sesuatu dari bantuan beliau. Syaikh merasa senang dan selalu bertekad untuk menyempurnakan bantuannya. Namun orang yang dibantu segera berkata :

Menyempurnakan sesuatu yang ma’ruf lebih baik dari memulainya.”

Banyak ilmu yang kami dapat dari mutiara hikmah ini dalam bermu'amalah dengan saudara-saudara kami. Inilah hal penting yang dapat kusajikan untuk para pembaca dari sela-sela kehidupanku bersama beliau selam 6 tahun. Bisa jadi musibah kematian Syaikh membuatku lupa akan banyak hal.

Saya yakin bahwasanya banyak peristiwa dan sikap-sikap Syaikh yang wajib kucatat sebagai sebuah catatan bersejarah untuk memenuhi hak-hak Syaikh rahimahullah. Semoga Allah swt merahmatimu wahai Syaikh kami, dengan rahmat yang luas.

"Inna lillaahi wa inna ilaihi raaji'uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali)”

[1] Ummul fadhl adalah istri Al-Albani yang keempat. Maraji':Majalah al-Ashalah 23 hal: 55-58



P/S: Kadang2 saya berasa sungguh kecewa, betapa ramai yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam, tetapi ukhuwwah yang ditonjolkan hanyalah berupa persaudaraan yang sempit, persaudaraan yang berlatarkan jahiliyyah. Ukhuwwah yang dibina hanya terbatas sesama mereka. Sang Syaikh yang mulia ini pula dikritik sebagai seorang yang keras dan tidak pandai berdakwah segala macam. Realitinya, sang syaikh ini jauh lebih mulia dan berakhlak dengan keperibadian Da'ie dalam banyak masa. SubhanaLLAH!

Friday, August 1, 2008

al-Syaikh Rasyid Redha


al-Syaikh Rashid Redha


Marilah kita berhijrah bersama mereka. Bersama kafilah al-Ghazali, Rasyid Redha, Abul Hasan al-Asy'ari dan selain mereka. Kembali berhijrah kepada ajaran murni Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Dari pelbagai aliran akhirnya mereka berhijrah kepada salafiyah. Mazhab salafus soleh.

Syeikh Saiyid Rasyid Redha. Siapa tidak mengenalinya? Memperkenalkannya samalah seperti menunjukkan sang mentari di tengahari. Seorang muslih abad ini. Yang dari tangannya diceduk pelbagai kebaikan oleh muslih-muslih lainnya hinggalah kehari ini.

Sirah Silam Beliau

Beliau asal sufi. Pengamal tarekat sufi. Mulanya Syazaliyah, kemudian Naqsyabandiyah. Nama penuhnya Muhamad Rasyid bin Ali Ridha bin Syamsudin bin Baha'uddin al-Husaini. Nasabnya sampai kepada ahlul bait Rasululllah s.a.w.

Lahir pada 27/5/1282 Hijrah di Selatan Tarablus, Syam.

Banyak pengalaman yang dilaluinya ketika bersama tarekat-tarekat ini. Dirasakannya, terdapat banyak perkara bid'ah di dalamnya yang menyalahi al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, beliau pernah memperolehi ijazah kitab Dala'ilul Khairaat dari syeikh Syazalinya. Lalu beliau mendapati di dalamnya terdapat banyak pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w. Lalu beliau meninggalkannya dan berpaling kepada wirid-wirid yang sahih dan sabit dari Rasulullah s.a.w.

Semasa di dalam Naqsyabandiah, beliau melakukan zikir harian Ismul Jalalah (Allah) sebanyak lima ribu kali. Dengan memejamkan mata, menahan pernafasan sekadar termampu dan melakukan rabitah antara hatinya dan hati gurunya. Kemudian setelah itu jelaslah kepadanya bahawa zikir begini adalah bid'ah. Malah boleh berlaku syirik khafi. Kerana apa yang Tauhid kehendaki ialah dalam setiap peribadatan seorang hamba, hatinya hendaklah ditawajjuhkan sepenuhnya kepada Allah Taala, bukan kepada guru.

Setelah itu, beliau terkesan dengan pemikiran al-Afghani dan Muhamad Abduh. Dan akhirnya, beliau telah benar-benar terpengaruh dengan kitab-kitab Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Dan banyak pemikirannya tertuang di dalam majalahnya yang terkenal, majalah al-Manar.
(Ruj:
http://www.alwahabih.com/121.htm)

Akuan Dari Kibar al-Ulama Terhadap Kredibilitinya

Tentang salafiyahnya Syeikh Rasyid Redha ini, jelas dapat dilihat melalui perkataan Syeikh Yusof al-Qaradhawi yang secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau sendiri antara salah seorang pengkagumnya. Di dalam Fatawa Mua'sharah vol 2:

"Saya juga bersyukur kepada Allah terhadap mereka yang menaruh hormat dan penghargaan kepada orang2 yg memainkan peranan jelas dalam menghidupkan umat ini, memperbaharui agamanya, dan membangkitkan kesedaran mereka. Tentu saja, hal ini merupakan kelebihan yang baik yang wajib ditetapkan dan dipegang teguh, kerana saya melihat ramai orang -sangat disesalkan- yang tidak mempunyai keinginan kecuali menghancurkan dan meruntuhkan sesuatu yang tinggi dan memburuk-burukkan pahlawan dan pembesar yang telah mewariskan peradaban. Maka tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Saya juga bersyukur kepada Allah atas prasangka baik saudara penyoal kepada saya, dan saya berharap bahawa saya layak menyandang apa yang sdra sebutkan, serta layak memberikan penjelasan tentang keadaan Syeikh Rasyid Redha. Semoga Allah memberi rahmat kepada beliau dan membalas kebaikan beliau terhadap agama dan umatnya.

Saya tidak mengingkari bahawa saya termasuk salah seorang pengkagum Syeikh Rasyid Redha, dan saya menganggapnya sebagai salah seorang mujaddid Islam, sebagai salah seorang ulamak yg mendalam ilmunya, yang berfikiran merdeka, dan mujtahid dalam agama. Majalahnya, al-Manar, dan tafsirnya, alManar, berserta kitab2 dan fatwa2nya memiliki pengaruh yg tidak dapat disangkal oleh seorangpun dalam menyedarkan umat Islam dari kelalaiannya dan membebaskan mereka dari rantai taklid yang membelenggu leher mereka. Beliau juga berusaha keras untuk mengembalikan mereka kepada sumber2 agama yg jernih, iaitu kitab Allah dan sunnah nabiNya serta petunjuk dan bimbingan salaf yg saleh, genarasi terbaik...."

Pengakuan al-Qaradhawi bahawa Syeikh Rasyid Redha sebagai pembawa panji-panji salaf, memerangi taqlid dan bid'ah ada di sebutkan di dalam kitabnya yang lain.(Ruj: Ummatina Baina Qarnain, hal: 105).

Sumbangan Tashfiyyah dan Tarbiyyah Terhadap Ummah

Syeikh Rasyid Redha juga antara orang yang bertanggungjawab menyebarkan kitab-kitab karya Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:

محمد رشيد رضا صاحب المنار، �?ي مصر، وهو الذي ساهم �?ي نشر كتب الشيخ
(Ruj: http://www.alsaha.com/sahat/Forum2/HTML/005404.html)

Di samping itu, beliau juga adalah antara orang yang mempertahankannya dan mengeji mereka yang mengeji dan menfitnahnya. ?Antaranya ialah tulisannya dalam mukadimah kitab Siyanatul Insan An Waswasatil Dahlan. Iaitu kitab yang menolak fitnah dan pembohongan Zaini Dahlan ke atas Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab:

قول الشيخ رشيد رضا - رحمه الله - �?ي تقديمه لكتاب (صيانة الإنسان عن وسوسة دحلان): "كنا نسمع �?ي صغرنا أخبار الوهابية المستمدة من رسالة دحلان هذا وأمثاله �?نصدقها بالتبع لمشايخنا وآبائنا، ونصدق أن الدولة العثمانية هي حامية الدين ولأجله حاربتهم وخضدت شوكتهم، وأنا لم أعلم بحقيقة هذه الطائ�?ة إلا بعد الهجرة إلى مصر والاطلاع على تاريخ الجبرتي، وتاريخ الاستقصاء �?ي أخبار المغرب الأقصى �?علمت منهما أنهم هم الذين كانوا على هداية الإسلام دون مقاتليهم، وأكده الاجتماع بالمطلعين على التاريخ من أهلها، ولا سيما تواريخ الإ�?رنج الذين بحثوا عن حقيقة الأمر �?علموها وصرحوا أن هؤلاء الناس أرادوا تجديد الإسلام وإعادته إلى ما كان عليه �?ي الصدر الأول، وإذا تجدد مجده وعادت إليه قوته وحضارته، وأن الدولة العثمانية ما حاربتهم إلا خو�?اً من تجديد ملك العرب وإعادة الخلا�?ة الإسلامية سيرتها الأولى..." إلى أن قال: "ثم اطلعت على أكثر كتب الشيخ محمد بن عبد الوهاب ورسائله و�?تاويه، وكتب أولاده وأح�?اده، ورسائلهم ورسائل غيرهم من علماء نجد �?ي عهد هذه النهضة التجديدية �?رأيت أنه لم يصل إليهم اعتراض ولاطعن �?يهم إلا وأجابوا عنه، �?ما كان كذبا عليهم قالوا: سبحانك هذا بهتان عظيم، وماكان صحيحاً أو له أصل بينوا حقيقته وردوا عليه.

وقد طبعت كتبهم، وعر�? الألو�? من الناس أصل تلك الم�?تريات عنهم، ومن المستبعد جداً أن يكون الشيخ أحمد دحلان لم يطلع على شيء من تلك الكتب والرسائل، وهو �?ي مركزه بمكة المكرمة على مقربة منهم �?إن كان قد اطلع عليها ثم أصر على ما عزاه إليهم من الكذب والبهتان ـ لاسيما ما ن�?وه صريحاً وتبرؤوا منه ـ �?أي قيمة لنقله ولدينه ولأمانته، وهل هو إلا ممن باعوا دينهم بدنياهم... وإذا �?رضنا أن الشيخ أحمد دحلان لم ير شيئاً من تلك الكتب والرسائل، ولم يسمع بخبر عن تلك المناظرات والدلائل، وأن كل ما كتبه �?ي رسالته قد سمعه من الناس وصدقه أ�?لم يكن من الواجب عليه أن يتثبت �?يه ويبحث ويسأل عن كتب الشيخ محمد بن عبد الوهاب ورسائله ويجعل رده عليها... إن علماء السنة �?ي الهند واليمن قد بلغهم كل ما قيل �?ي هذا الرجل �?بحثوا وتثبتوا وتبينوا كما أمر الله - تعالى - �?ظهر لهم أن الطاعنين �?يه م�?ترون لا أمانة لهم، وأثنى عليه �?حولهم �?ي عصره وبعد عصره وعدّوه من أئمة المصلحين المجددين للإسلام، ومن �?قهاء أهل الحديث كما نراه �?ي كتبهم ولا تسع هذه المقدمة لنقل شيء من ذلك" ا.هـ.
(Ruj:http://www.almoslim.net/Moslim_Files/dawa/show_article_main.cfm?id=370)

Dengan pengetahuan tentang hakikat dakwah syeikh Muhamad bin Abdul Wahab, beliau membuat kesimpulan: Antara isinya, beliau menceritakan bagaimana beliau tertipu sejak kecil lagi dengan pembohongan-pembohongan dan fitnah-fitnah yang terdapat di dalam kitab Zaini Dahlan. Beliau menyedari semuanya itu hanyalah fitnah dan dusta selepas beliau berhijrah ke Mesir. Di mana di sini beliau telah mengkaji mengenai gerakan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Juga banyak membaca kitab-kitab, risalah-risalah dan fatwa-fatwanya, anaknya, cucunya dan ulama-ulama Najd.

1. Tidak ada satupun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas syeikh melainkan dusta dan fitnah.
2. Zaini Dahlan dan musuh-musuh syeikh merupakan orang yang tidak bertanggujawab dan tidak amanah. Samada kerana tidak tahu tentang hakikat dakwah syeikh ataupun sebab-sebab lainnya.

Syeikh al-Albani sendiri mula meminati bidang hadits kesan dari membaca majalah al-Manar terbitan beliau:

�?تعلم الحديث �?ي نحو العشرين من عمره متأثراً بأبحاث مجلة المنار التي كان يصدرها الشيخ محمد رشيد رضا (رحمه الله) و كان أول عمل حديثي قام به هو نسخ كتاب " المغني عن حمل الأس�?ار �?ي تخريج ما �?ي الإحياء من الأخبار" للحا�?ظ العراقي (رحمه الله) مع التعليق عليه
(Ruj:http://www.islamway.com/?iw_s=Scholar&iw_a=info&scholar_id=47)

Oleh: zain y.s-peneraju al-ahkam.net

Ikon Hadits Moden: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani


Abu Abdirrahman Muhammad Nashiruddin bin al-Haj Nuh al-Albani lahir pada tahun 1333 H (1914) di Ashqodar (Shkodra), ibu kota Albania yang lampau. Beliau dibesarkan di tengah keluarga yang tak berharta lantaran ketekunan dan keseriusan mereka terhadap ilmu, khususnya ilmu agama dan ahli ilmu (ulama). Ayah al-Albani, yaitu al-Haj Nuh, adalah lulusan lembaga pendidikan ilmu-ilmu syariat di ibu kota negara Turki Usmani (yang kini menjadi Istanbul). Beliau wafat pada hari Jumaat malam, 21 Jumada Tsaniyah 1420 H, atau bertepatan dengan tanggal 1 Oktober 1999, di Jordan.

Pendidikan


Ketika Raja Ahmet Zogu naik tahta di Albania dan mengubah sistem pemerintahan menjadi pemerintah sekular, Syeikh Nuh amat mengkhawatirkan dirinya dan diri keluarganya. Akhirnya, ia memutuskan untuk berhijrah ke Syam (Syria, Jordan dan Lebanon sekarang). Ia sekeluarga pun menuju Damaskus.

Setibanya di Damaskus, Syeikh al-Albani kecil mulai aktif mempelajari Bahasa Arab. Ia masuk madrasah yang dikendalikan Jum'iyah al-Is'af al-Khairiyah hingga kelas terakhir tingkat Ibtida'iyah. Selanjutnya, ia meneruskan belajarnya langsung kepada para syeikh ulama. Ia mempelajari al-Qur'an dari ayahnya sampai selesai, selain mempelajari pula sebagian fiqih madzhab, yakni madzhab Hanafi, dari ayahnya.

Syeikh al-Albani juga mempelajari kemahiran memperbaiki jam dari ayahnya sampai mahir betul, sehingga ia menjadi seorang ahli yang mahsyur. Kemahiran ini kemudian menjadi salah satu mata pencariannya.

Pada umur dua puluh tahun, al-Albani mulai menumpukan diri pada ilmu hadits lantaran terkesan dengan pembahasan-pembahasan yang ada dalam majalah al-Manar, sebuah majalah yang diterbitkan oleh Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. Kegiatan pertama di bidang ini ialah menyalin sebuah kitab berjudul al-Mughni 'an Hamli al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ishabah min al-Akhbar, sebuah kitab karya al-Iraqi, berupa takhrij terhadap hadits-hadits yang terdapat pada Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali. Kegiatan Syeikh Al-Albani dalam bidang hadits ini ditentang oleh ayahnya yang berkomentar, "Sesungguhnya ilmu hadits adalah pekerjaan orang-orang bankrap."

Namun,Syeikh al-Albani justeru semakin menekuni dunia hadits. Pada perkembangan berikutnya, Syeikh al-Albani tidak memiliki wang yang untuk membeli kitab. Kerananya, ia memanfaatkan Perpustakaan azh-Zhahiriyah di sana (Damaskus), di samping juga meminjam buku dari beberapa perpustakaan khusus. Karena sibuknya, ia hampir-hampir menutup kedai membaiki jamnya. Ia tidak pernah beristirehat menelaah kitab-kitab hadits, kecuali jika waktu sholat tiba.

Akhirnya, ketua pengurusan perpustakaan memberikan sebuah ruangan khusus di dalam perpustakaan untuk beliau. Bahkan kemudian ia diberi kebenaran untuk membawa kunci perpustakaan. Dengan demikian, ia menjadi bebas dan terbiasa datang sebelum pengunjung lain datang. Begitu pula, ketika orang lain pulang pada waktu sholat dzuhur, ia justeru pulang setelah sholat isya'. Hal ini dijalaninya sampai bertahun-tahun.

Pengalaman penjara

Syeikh al-Albani pernah dipenjara dua kali. Kali pertama selama satu bulan dan kali kedua selama enam bulan. Itu tidak lain karena gigihnya ia mendakwahkan sunnah, memurnikan ajaran agama Islam, dan memerangi bid'ah, sehingga orang-orang yang tidak menyukainya dan bahkan menebarkan fitnah.

Beberapa tugas yang pernah dipegang

Syeikh al-Albani pernah mengajar di Jami'ah Islamiyah (Universiti Islam Madinah) selama tiga tahun, sejak tahun 1381-1383 H, mengajar tentang hadits dan ilmu-ilmu hadits. Setelah itu, ia pindah ke Jordan. Pada tahun 1388 H, Jabatan Pendidikan meminta Syeikh al-Albani menjadi ketua jurusan Dirasah Islamiyah pada Fakulti Pasca Sarjana di sebuah perguruan tinggi di kerajaan Jordan. Tetapi, situasi dan kondisi saat itu tidak memungkinkannya memenuhi permintaan itu. Pada tahun 1395 H hingga 1398 H, ia kembali ke Madinah untuk bertugas sebagai anggota Majlis Tertinggi Jam'iyah Islamiyah di sana. Ia mendapat penghargaan tertinggi dari kerajaan Arab Saudi berupa King Faisal Foundation tanggal 14 Dzulkaidah 1419 H (1999 M).

Karya

Karya Syeikh al-Albani amat banyak, antaranya ada yang sudah dicetak, ada yang masih berupa naskah, dan ada yang hilang. Semua berjumlah 218 judul. Beberapa contoh karyanya adalah:
Italic
Karya Ringkasan Kitab Hadits;

-Mukhtashar Shahih al-Imam al-Bukhari (Ringkasan Shahih Imam Bukhari)
-Mukhtashar Shahih Muslim (Ringkasan Shahih Muslim)
-Mukhtashar as-Syamail al-Muhammadiyah li at-Tirmidzi (Ringkasan as-Syamail al-Muhammadiyah-nya at-Tirmidzi)

Karya Induk;

-Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah wa Syai min Fiqhiha wa Fawaidiha (Silsilah Hadits Shahih dengan Beberapa Fikih dan Faedahnya)
-Silsilah al-Ahadits adh-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah wa Atsaruha as-Sayyi` fi al-Ummah (Silsilah Hadits Lemah dan Palsu dan Pengaruh Buruknya terhadap Umat)
-Irwa al-Ghalil fi Takhrij Manar as-Sabil

Kitab Shahih al-Arba'ah;

-Shahih Sunan Abu Daud
-Shahih Sunan at-Turmudzi
-Shahih Sunan an-Nasa`i
-Shahih Sunan Ibnu Majah

Kitab Dha'if al-Arba'ah;

-Dha'if Sunan Abu Daud
-Dha'if Sunan at-Tirmidzi
-Dha'if Sunan an-Nasa`i
-Dha'if Sunan Ibnu Majah

Kitab tentang Tata Cara Shalat;

-Shifah Shalah an-Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam al-Kitab al-Umm au al-Ashl au al-Kabir (Buku Induk, Buku Asal, atau Buku Besar dari Sifat Shalat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam) atau Ashl Shifah Shalah an-Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam, tiga jilid kitab ini beliau ringkas menjadi sebuah kitab:
-Shifah ash-Shalah an-Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam min at-Takbir ila at-Taslim Kaannaka Taraha (Sifat Shalat Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam dari takbir hingga salam seolah-olah engkau melihatnya), kitab ini juga beliau ringkas menjadi:

-Talkhish Shifah ash-Shalah an-Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam (Ringkasan Sifat Shalat Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam)

Karya Lain;

-Shahih al-Adab al-Mufrad li al-Bukhari
-Dha'if al-Adab al-Mufrad li al-Bukhari
-Zhilal al-Jannah fi Takhrij Kitab as-Sunnah li Ibn Abi 'Ashim (Naungan Surga dalam Takhrij)
-Kitab as-Sunnah-nya Ibnu Abi Ashim)
-At-Tawassul, Anwa'uhu wa Ahkamuhu (Tawassul, Berbagai Jenis dan Hukumnya)
-Adabuz-Zifaf fi as-Sunnah al-Muthahharah (Adab Pernikahan menurut Sunnah yang Suci)
-Ar-Radd Al-Mufhim (Bantahan Tuntas)
-Al-Ajwibah an-Nafi'ah ala As'ilah Masjid al-Jami'ah (Jawaban yang Bermanfaat dari Pertanyaan Masjid Jami)
-Ahkam al-Jana'iz wa Bida'uha (Hukum Jenazah dan Bid'ah-Bid'ahnya)
-Al-Isra wa al-Mi'raj wa Dzikru Ahaditsihima wa Takhrijiha ba Bayan Shahihiha min Saqimiha (Isra Mi’raj dengan Pemaparan Hadits-haditsnya, Takhrij, dan Penjelasan mana yang Shahih dan yang Tidak)

Di samping itu, beliau juga memiliki kaset ceramah, baik tentang penjelasan ilmu, bantahan ilmiah dalam Islam, sampai masalah-masalah agama Islam lainnya.

Selanjutnya, Syaikh al-Albani berwasiat agar perpustakaan peribadinya; baik berupa buku-buku yang sudah dicetak, buku-buku fotokopi, manuskrip-manuskrip (yang ditulis olehnya sendiri ataupun orang lain); semuanya diserahkan ke perpustakaan Jami'ah di Madinah pada saat ia menjadi pengajar di sana.

Murid

Beliau memiliki banyak murid. Yang terkenal di antara mereka adalah:

-Syaikh Ali bin Hasan Abdul Hamid al-Halabi
-Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali
-Syaikh Masyhur Salman
-Dr Umar Sulaiman al-Asyqar
-Syaikh Muhammad Jamil Zainu.

Rujukan:

[1] Muhammad Nashiruddin al-Albani, Ahkam al-Janaiz wa Bid'uuha , Edisi Terjemahan terbitan Jahabersa.
[2] http://www.ummusalmah.wordpress.com/
[3] http://www.wikipedia.com/

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template