Wednesday, January 20, 2010

Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas


Ust, sy cdgkan spy ut tulis artikel ttg Badi’zman Said Annursi!” email seorang pembaca kepada saya.


Sy harap ust dpt update blog ust dgn lbh krp lagi sbb hari2 sy buka n baca. Just 4 ur info!” tulis seorang pembaca di shoutbox blog saya.


Email dan komen di blog dengan bahasa (ejaan) sedemikian rupa semakin menjadi-jadi.


Malah ejaan cacat seperti itu juga diguna pakai di dalam video montaj program, pada kain rentang iklan, malah di televisyen juga! Saya terkasima melihat sebuah syarikat televisyen swasta menulis perkataan KEBANYAKAN sebagai KBNYKN di dalam ringkasan berita teksnya!


Sukar untuk saya nafikan, bahawa hati saya selalu mahu terus tertutup rapat apabila menerima email atau apa-apa pesanan seperti ini. Secara spontan saya akan skeptik untuk melayan apa sahaja permintaan yang datang dalam bahasa yang ditulis sedemikian rupa. Ia seperti mencerminkan yang penulis menulis sesedap rasa dan bukan menulis dengan minda sedar yang sedar (taqwa?)


Main hentam sahaja!


OBSES?


Abang obses sangat sebenarnya” kata isteri saya.


Tetapi ia terlalu asas. Masakan boleh dianggap obses kalau yang dituntut adalah perkara asas?” saya cuba menjustifikasikan kehendak diri.


Rasanya sudah cukup cantik begitu,” komen isteri saya.


Tak boleh. Table mesti justified!” saya membantah.


Menulis dan mengeja dengan betul dan cermat adalah sesuatu yang amat saya tekankan. Bahasa saya bukanlah bahasa tinggi, tetapi saya tidak suka berbahasa rendah, pada ejaan, ungkapan dan tulisan.


Huruf besar dan huruf kecil, ‘di’ yang didekat atau dijauhkan, adalah ‘tajwid’ asas Bahasa Melayu yang telah saya pelajari semenjak di sekolah rendah. Biar pun ada khilaf antara mazhab Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim dengan yang lain, saya yakin khilaf itu tidak ada yang pergi kepada mengharuskan tunggang langgang tatabahasa dan ejaan, biar apa alasan pelakunya sekali pun.


TAJWID UNTUK SEDAR


Bagi saya, apabila seseorang itu menulis dengan cermat terhadap ejaan dan tatabahasa, dia menulis dalam keadaan ’sedar’ terhadap apa yang ditulisnya. Lebih bertanggungjawab lagi beradab. Dia sedar dia sedang berbahasa dengan menggunakan apa, dengan siapa, di dalam situasi yang bagaimana, pendek kata dia bukan menulis secara membabi buta.


Terkini, saya jadi rimas dengan tulisan-tulisan ala trengkas ini. Saya jadi sy, kenapa jadi knp, malah baik boleh dieja sebagai ba8! Jika sesekali tentu sahaja saya tidak kisah. Tetapi jika di seluruh tulisan diringkaskan, saya menjadi rimas.


Jika di SMS, ada rasionalnya. Jumlah karakter yang dihadkan untuk satu SMS, menjadikan setiap huruf itu bernilai.. Tetapi jika ia turut sama mempengaruhi tulisan biasa, saya tidak menyukainya.


Teknologi memang bagus. Kerana ICT, banyak perkara yang dahulunya sukar kini jadi mudah. Khidmat telegram pun sudah pupus kerana adanya SMS.


Tetapi banyak juga benda yang dahulunya indah, kini jadi pudar dan hambar.


PANDUAN SMS


Akhirnya Dewan Bahasa dan Pustaka selaku pemegang amanah ke atas penjagaan bahasa kita, telah menerbitkan sebuah manual panduan menggunakan ringkasan perkataan di dalam SMS. Ia suatu usaha yang harus dipuji dan saya mengalu-alukannya.


MUAT TURUN DI SINI


Tetapi setelah selesai membaca panduan tersebut, saya kira ia mungkin tidak akan dipandang sebelah mata pun oleh majoriti pengguna telefon bimbit dan khidmat sms di negara kita. Entahlah, mudah-mudahan saya tidak pesimis, tetapi saya merasakan bahasa hanya dapat dibetulkan penggunaannya selepas dibetulkan jiwa manusia yang menuturkannya.


Jika tiada rasa kasih kepada bahasa, bagaimana mungkin ada kemahuan untuk menjaga dan menghormatinya.


Siapakah yang sudi mengasihi bahasa kita, jika bahasa kita sendiri sentiasa menjadi anak tiri di sekolah hingga ke universiti? Apatah lagi perkataan bahasa kita yang popular di Parlimen hanyalah *&^*^%$%%#^!!!


Pemimpin borek, rakyat rintik!


TIDAK PANDAI BERBAHASA


Pernah saya terfikir, kenapa generasi muda hari ini tidak pandai berbahasa? Cakapnya kasar, tidak pandai mengambil hati, tulisnya keras ayatnya pedas. Hingga generasi separuh tua seperti saya ini, ramai yang bosan melayan mereka.


Mungkin ia adalah kesan sampingan teknologi. Jika dahulu, kita banyak berinteraksi dengan manusia, tetapi kini banyak yang bersifat virtual, dengan mesin tanpa jiwa dan rasa. Bercakap dengan skrin!


Maka bahasa yang ditulis semakin pudar daripada seni dan warna. Membaca tulisan pun sudah seperti ungkapan matematik tanpa perasaan.


Ahh, buang masa sahaja. Janji mesej sampai” alasan yang diberi.


Sedangkan manusia masih memiliki naluri yang sama. Suka pada keindahan bahasa, cenderung kepada pengaruh kata-kata.


Mungkin kerana itu, semakin ramai anak muda yang sesat dalam kehidupan hanya kerana terlalu mudah jatuh ke permainan kata-kata. Cukup sekadar disuntik sedikit rasa, terus rabun dari menilai yang mana intan yang mana kaca.


“cinta itu kurap, makin digaru makin sedap!”


Ayat sebusuk ini pun sudah bisa memutikkan cinta!


Anda yang memperlekehkan bahasa, akhirnya anda sendiri yang menjadi mangsa permainan kata-kata. Anda menulis bahasa kaca, akhirnya anda sendiri yang terluka.


Saya dari generasi yang berbeza, maka maafkan saya jika semua email yang ditulis dengan ejaan yang caca merba, saya bakul sampahkan sebelum habis membaca.


BAHASA BLOG


Saya sering singgah bertamu di halaman blog ramai anak muda yang hebat-hebat ilmu mereka.


Ada kalanya, saya suka mengambil manfaat daripada blog mereka kerana pelajar-pelajar di menara gading ini banyak mengenengahkan topik-topik yang hanya diperolehi oleh mereka yang duduk di dalam dunia kampus. Ia berguna untuk diri saya, juga dakwah yang saya laksanakan.


Isinya hebat, malah rujukan-rujukannya juga mantap.


Tapi sayang seribu sekali sayang, ia ditulis dengan bahasa sampah! Bukan sahaja ejaannya tidak tentu hala, malah pemilihan perkataannya juga buruk lagi merugikan.


“Benda nie kalo korang nak tahu, ulamak kiter dah bahas panjang giler kat dlm bk jar wa ta’dil. Korang tak kesian ke tgk ulamak susah2 buat kajian, pehtu korang main ckp ikut suka jer bab2 muawiyah dgn ali ni. Cb korang baca btl2 dlm bk al-awasim minal qawasim yg ibn al-arabi tulih 2. kire sume benda ader dah disebut kat c2…”


Ini adalah contoh petikan yang tidak dipetik dari mana-mana blog, tetapi saya tuliskan sendiri dalam format bahasa yang sering saya temui di blog anak-anak muda yang berilmu tetapi tidak berbahasa itu. Ungkapan bahasa yang rendah seperti ini tidak melayakkan tulisan tersebut menjadi buku, biar pun potensi isi kandungannya sangat baik. Ia suatu pembaziran.


Malah saya kira, mereka ini membaca tulisan para ilmuan Islam sekadar mengambil ilmu, tetapi tidak terkesan dengan bahasanya.


Sungguh merugikan.


Sahabat saya, Dr. Gabriele Marranci juga, semasa menyemak tesis PhD pelajarnya, pernah memberitahu saya:


“You know brother, I have sometimes to read essays in broken language, but often it ends in broken marks!”

REAKSI


Berikut adalah reaksi Puan Ainon Mohd. Sifu PTS apabila ada penulis yang menulis di dalam mailing list beliau dengan bahasa caca merba:


Gaya bahasa macam gaya bahasa saudara ini tidak digunakan dalam al-Quran, mahu pun dalam sunnah Nabi Muhammad SAW. Semua ejaan dalam Quran adalah ejaan sempurna, dan Nabi Muhammad tidak bercakap menggunakan bahasa macam bahasa budak belum matang dan rendah taraf pendidikannya.


Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Saturday, January 16, 2010

Lihatlah ke Bawah!


Penulis: Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah

Editor: Abu Nashiruddin Dzul Riyhayn bin Abd Wahab

Dunia dengan perhiasannya demikian menyilaukan . . .

Allah subhanahu wa ta’ala pun memberikannya kepada hamba yang dicintai-Nya dan kepada hamba yang tidak dicintai-Nya, sehingga kelebihan yang diperolehi seseorang dalam perkara dunia bukan jaminan dia dicintai oleh Dzat yang di atas. Berapa banyak orang yang jahat, engkar kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam namun dia beroleh kekayaan dan kedudukan yang tinggi. Sebaliknya, banyak hamba yang taat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam tidak beroleh dunia kecuali sekadarnya. Kenapa demikian? Kerana memang dunia tiada bernilai di sisi Allah subhanahu wa ta’ala sehinggakan kata Rasul yang mulia shallallahu ‘alaihi wasallam:

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun.”

[HR. At-Tirmidzi, dishahihkan al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 940]

Tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melewati sebuah pasar sementara sahabat-sahabat berada di sekitarnya, beliau melewati bangkai seekor anak kambing yang cacat telinganya. Beliau memegang telinga bangkai haiwan tersebut, lalu berkata:

أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنَّ هَذَا لَهُ بِدِرْهَمٍ؟ فَقَالُوا: مَا نُحِبُّ أَنَّهُ لَنَا بِشَيْءٍ وَمَا نَصْنَعُ بِهِ؟ قَالَ: أَتُحِبُّوْنَ أَنَّهُ لَكُمْ؟ قَالُوا: وَاللهِ، لَوْ كَانَ حَيًّا كَانَ عَيْبًا فِيْهِ لِأَنَّهُ أَسَكُّ فَكَيْفَ وَهُوَ مَيِّتٌ؟ فَقَالَ: فَوَاللهِ لَلدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللهِ مِنْ هَذَا عَلَيْكُمْ

Siapa di antara kalian ingin memiliki bangkai anak kambing ini dengan membayar satu dirham?”

Kami tidak ingin memilikinya walau dengan membayar sedikit, kerana apa yang akan kami perbuat dengannya?” jawab mereka yang ditanya.

Beliau kembali mengulangi pertanyaannya, “Apakah kalian ingin bangkai anak kambing ini jadi milik kalian?”

Demi Allah, seandainya pun haiwan ini masih hidup, ia cacat, telinganya kecil, apatah lagi ia sudah menjadi bangkai!” jawab mereka.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maka demi Allah, sungguh dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini bagi kalian.” [HR Muslim]

Mungkin kita termasuk orang yang mendapatkan dunia sekadarnya, tidak seperti yang diperoleh orang-orang sekitar kita, yang mungkin mempunyai rumah mewah, kereta bertukar-ganti, perabot yang mewah..., dan kedudukan yang selesa . Kekurangan yang ada pada kita dari sisi lain seharusnya tidak perlu membuat dada kita sempit sehingga kita berburuk sangka kepada Allah yang Maha Adil. Rasul yang mulia shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi bimbingan dalam perkara dunia kita. Beliau bertitah:

انظروا إلى من هو أسفل منكم. ولا تنظروا إلى من هو فوقكم؛ فهو أجدر أن لا تَزْدروا نعمة الله عليكم

Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kalian dan jangan melihat orang yang lebih di atas kalian. Yang demikian ini (melihat ke bawah) akan membuat kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang diberikan-Nya kepada kalian." [HR Muslim]

Dalam satu riwayat yang lain:

إذا نظر أحدكم إلى من فضل عليه في المال والخلق فلينظر إلى من هو أسفل منه

Apabila salah seorang dari kalian melihat kepada orang yang diberi kelebihan dalam urusan harta dan rupa, maka hendaklah ia melihat orang yang lebih rendah dari dirinya.”

Hadits di atas mengajar setiap muslim agar selalu melihat ke bawah dalam perkara dunia dan jangan melihat kepada orang yang melebihinya. Kerana bila ia berbuat demikian akan membuatnya berkeluh kesah, sempit dada, dan tidak bersyukur dengan apa yang Allah subhanahu wa ta’ala berikan kepadanya. Sebaliknya dalam perkara agama/akhirat, seorang muslim harusnya melihat ke atas, kepada orang yang lebih darinya dalam beramal ketaatan, dalam kesolehan dan ketakwaan sehingga ia terpacu untuk terus menambah ketaatan dan amal ibadah. [Bahjatun Nazhirin, 1/534]

Al-Imam Ath-Thabari rahimahullahu berkata tentang hadits di atas:

Ini merupakan sebuah hadits yang mengumpulkan kebaikan. Kerana bila seorang hamba melihat orang yang di atasnya dalam kebaikan, ia menuntut jiwanya untuk turut bergabung dengan orang yang dilihatnya tersebut. Ia pun mengecilkan keadaannya ketika itu sehingga ia bersungguh-sungguh untuk menambah kebaikan. Bila dalam perkara dunianya ia melihat kepada orang yang di bawahnya, akan tampak baginya nikmat Allah subhanahu wa ta’ala yang terlimpah padanya, ia pun mengharuskan jiwanya bersyukur. Inilah makna ucapan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di atas. Bila seseorang tidak melakukan anjuran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut maka keadaannya jadi sebaliknya. Ia terkagum-kagum dengan amalannya sehingga dia malas menambah kebaikan. Ia membukakan kedua matanya kepada dunia dan bercita-cita untuk menambahnya. Nikmat Allah subhanahu wa Ta’ala yang diperolehnya pun diremehkan dan tidak ditunaikan haknya.” [Ikmalul Mu’lim bi Fawa’id Muslim, 8/515]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberikan nasihat yang akan mengubati penyakit yang mungkin ada di dalam dada, maka amalkanlah! Selalulah melihat orang yang kekurangan dan lebih susah daripada kita.

Lihatlah. . . Allah subhanahu wa ta’ala telah memberikan tempat tinggal yang menaungi kita setiap harinya walau rumah yang sederhana, maka syukurilah kerana berapa banyak pengemis-pengemis di sekitar kita. Mereka terpaksa tidur di kaki lima, di bawah jembatan, dan di dalam rumah-rumah buruk . . .

Setiap harinya kita bisa makan dan minum walau hidangan yang tersaji sederhana, namun syukurilah. Lihatlah di sana … Ada orang-orang yang mengais-ngais sampah untuk mencari sesuatu yang dapat mengisi perut mereka yang lapar.

Kita diberi nikmat berupa pakaikan yang dapat menutup aurat kita dan melindungi kita dari hawa panas dan dingin, walau harganya tak seberapa. Namun lihatlah … di sana ada orang-orang yang berpakaian compang-camping kerana kemiskinannya.

Lihatlah dan tengoklah selalu kepada orang yang hidupnya lebih sulit daripada kita, dengan begitu kita dapat mensyukuri nikmat Allah subhanahu wa ta’ala yang diberikan-Nya kepada kita.

Ingatlah selalu bahawa dunia ini ibaratnya hanyalah fatamorgana, tiada berharga, maka jangan engkau terlalu berpanjang angan untuk meraihnya. Tetapi bercita-citalah untuk kehidupanmu setelah mati. Di sana ada negeri kekal menantimu…!!!

Wallahu a’lam bish-shawab.

[Sumber: Majalah Asy-Syariah No. 48/IV/1430 H/2009. Rubrik: Sakinah, Lembar untuk Wanita dan Keluarga. Kategori: Mutiara Kata. Halaman: 93 s.d. 94]

Monday, January 11, 2010

40 Nasihat Memperbaiki Rumahtangga berdasarkan al-Qur'an & al-Sunnah (Siri 2)


Bab 1: Mendirikan Rumahtangga


1)Memilih Isteri yang Tepat

Allah berfirman:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وإمائكم إن يكونوا فقراء يغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Dan kahwinkanlah orang-orang yang masih bujang di kalangan kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” [An-Nur: 32]

Seseorang hendaklah memilih isteri yang solehah dengan ciri-ciri seperti berikut:


Wanita itu dinikahi karena empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.
Maka hendaknya engkau utamakan wanita yang memiliki agama, (jika tidak) nescaya kedua tanganmu akan berdebu (miskin, merana).”

[Hadits riwayat al-Bukhari, lihat
Fathul Bari, 9/132] Sabdanya lagi:

ﺍﻟﺪﻨﻴﺎ ﻜﻟﻬﺎ ﻣﺗﺎﻉ ﻮﺨﻴﺮ ﻣﺗﺎﻉ ﺍﻟﺪﻨﻴﺎ ﺍﻠﻣﺮﺃﺓ ﺍﻟﺻﺎﻠﺤﺔ

Dunia semuanya adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” [Hadits riwayat Muslim (1468), cet. Abdul Baqi; dan riwayat an-Nasa’i dari Ibnu Amr, Shahihul Jami’, hadits no.3407]

Sabdanya lagi:
Hendaklah salah seorang dari kamu memiliki hati yang bersyukur, lisan yang selalu berdzikir dan isteri yang beriman yang menolongnya dalam persoalan akhirat.”

[Hadits riwayat Ahmad (5/282), at-Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Tsauban Shahihul Jami’, hadits no. 5231]

Dalam riwayat lain disebutkan: Dan isteri solehah yang menolongmu dalam persoalan dunia dan agamamu adalah sebaik-baik (harta) yang disimpan manusia.”

[Hadits riwayat AlBaihaqi dalam Asy-Syu’ab dari Abu Umamah. Lihat
Shahihul Jami’, hadits no. 4285]

Sabdanya lagi:
Kahwinilah perempuan yang penuh kasih sayang dan yang subur peranakannya. Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya jumlah kalian di antara para nabi pada hari Kiamat.”

[Hadits riwayat Imam Ahmad (3/245), dari Anas. Dikatakan dalam Irwa ‘ul Ghalil, “Hadits ini shahih”, 6/195]

(Nikahilah) gadis-gadis, sesungguhnya mereka lebih banyak keturunannya, lebih manis tutur katanya dan lebih menerima dengan sedikit (qana’ah).”

[Hadits riwayat lbnu Majah, No.1861 dan dalam As-Silsilah Ash-Shahihah, hadits No. 623. Dalam riwayat lain disebutkan: “Lebih sedikit tipu dayanya.”]

Sebagaimana wanita solehah adalah salah satu dari empat sebab kebahagiaan maka sebaliknya wanita yang tidak solehah adalah salah satu dari empat penyebab sengsara. Seperti tersebut dalam hadits shahih:

Dan di antara kebahagiaan adalah wanita solehah, engkau memandangnya lalu engkau kagum dengannya, dan engkau pergi daripadanya tetapi engkau merasa aman dengan dirinya dan hartamu. Dan di antara kesengsaraan adalah wanita yang apabila engkau memandangnya engkau merasa enggan, lalu dia mengungkapkan kata-kata kotor kepadamu, dan jika engkau pergi daripadanya engkau tidak merasa aman atas dirinya dan hartamu.”

[Hadits riwayat Ibnu Hibban dan lainnya, dalam As-Silsilah Ash-Shahihah, hadits no. 282]

Sebaliknya, perlu memperhatikan dengan saksama keadaan orang yang meminang wanita muslimah tersebut, baru mengkabulkannya setelah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Jika datang kepadamu seseorang yang engkau rela terhadap akhlak dan agamanya maka nikahkanlah, jika tidak kamu lakukan nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerusakan yang besar.

[Hadits riwayat Ibnu Majah 1967, dalam As-Silsilah Ash-Shahihah, hadits no. 1022]

Hal-hal di atas perlu dilakukan dengan misalnya bertanya, melakukan penelitian, mencari informasi dan sumber-sumber berita terpercaya agar tidak merusak dan menghancurkan rumahtangga yang bersangkutan. Lelaki soleh dengan wanita solehah akan mampu membangun rumah tangga yang baik, sebab negeri yang baik akan keluar tanamannya dengan izin Tuhannya, sedang negeri yang buruk tidak akan keluar tanaman daripadanya kecuali dengan susah payah.

2)Berusaha Keras Membentuk/Mendidik (Memperbaiki) Isteri.

Apabila isteri adalah wanita solehah, maka inilah kenikmatan serta anugerah yang besar dari Allah Ta’ala. Jika tidak demikian, maka menjadi kewajiban kepala rumahtangga adalah melakukan pembaikan. Hal itu boleh terjadi kerana beberapa keadaan. Misalnya, sejak awal dia memang menikah dengan wanita yang sama sekali tidak memiliki (kefahaman) agama, kerana lelaki tersebut dahulunya, memang tidak memperdulikan persoalan agama.

Atau dia menikahi wanita tersebut dengan harapan kelak dia boleh memperbaikinya, atau kerana paksaan keluarganya. Dalam keadaan seperti ini dia harus benar-benar berusaha sepenuhnya sehingga mampu melakukan pembaikan. Suami juga harus memahami dan menghayati dengan sebenar-benarnya, bahawa persoalan hidayah (petunjuk) adalah hak Allah. Allahlah yang memperbaiki. Dan di antara kurnia Allah ke atas hamba-Nya Zakaria adalah sebagaimana difirmankan:

وأصلحنا له زوجه

Dan Kami perbaiki (menjadikan) isterinya (boleh mengandung).” [Al-Anbiya’: 90]

Pembaikan itu boleh berlaku dalam bentuk pembaikan fisikal mahupun agama.

Ibnu Abbas berkata:

Dahulunya, isteri Nabi Zakaria adalah mandul, tidak boleh melahirkan (anak) maka Allah menjadikannya dia boleh melahirkan (anak).”

Atha’ berkata:

"Sebelumnya, ia adalah panjang lidah, kemudian Allah memperbaikinya”.

Beberapa Panduan Memperbaiki Isteri:

Memperhatikan dan meluruskan berbagai macam ibadahnya kepada Allah Ta’ala. Kupasan dalam masalah ini ada dalam pembahasan berikutnya. Berusaha meningkatkan keimanannya, misalnya:

· Menganjurkannya bangun malam untuk solat tahajjud.
· Membaca al-Qur’an al-Karim.
· Menghafalkan dzikir dan do’a pada waktu dan kesempatan tertentu.
· Menganjurkannya melakukan banyak sedekah.
· Membaca buku-buku Islami yang bermanfaat.
· Mendengar rakaman kaset yang bermanfaat,
baik dalam soal keimanan mahupun ilmiah dan terus.
· Berusaha menambah koleksi kaset yang sejenis.
· Memilihkan teman-teman wanita solehah baginya sehingga boleh menjalin ukhuwah yang erat,
· Saling bertukar fikiran dalam masalah-masalah agama serta saling berkunjungan untuk tujuan yang baik.
· Menjauhkannya dari segala keburukan dan pintu-pintunya.
Misalnya dengan menjauhkannya dari rakan dan tempat yang jahat.



40 Nasihat Memperbaiki Rumahtangga berdasarkan al-Qur'an & al-Sunnah (Siri 1)


40
ﻨﺻﻴﺤﺔ ﻹﺻﻼﺡ ﺍﻠﺑﯾﻮﺖ


Tajuk : 40 Nasihat Memperbaiki Rumahtangga berdasarkan al-Qur'an & al-Sunnah
Oleh : Syaikh Muhammad Soleh al-Munajjid
Editor : Abu Nashiruddin Dzul Riyhayn bin Abdul Wahab


Muqaddimah

إن الحمد لله نحمده ، و نستعينه ، ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ، ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ، ومن يضلل فلا هادي له ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له .وأ شهد أ ن محمداً عبدُه و رسولُه

Rumah adalah tempat kenikmatan/ketenangan
. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

والله جعل لكم من بيوتكم سكنا

Dan sesungguhnya Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal...” [An-Nahl: 80]

Ibnu Katsir rahimahullah berkata:

Allah subhanahu wa ta’ala menyebutkan kesempurnaan nikmat-Nya atas hamba-Nya, dengan apa yang Dia jadikan bagi mereka rumah-rumah yang merupakan tempat tinggal mereka. Mereka kembali kepadanya, berlindung dan memanfaatkannya dengan berbagai macam manfaat.”

Banyak sekali kegunaan rumah bagi seseorang. Ia adalah tempat makan, tidur, istirehat, dan berkumpul dengan keluarga, isteri dan anak-anak, juga tempat melakukan aktiviti yang paling peribadi/tertutup oleh ahli anggota keluarga.

Allah berfirman:

وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu.” [Al-Ahzab: 33]

Jika kita renungkan keadaan orang-orang yang tidak memiliki rumah, yakni orang-orang yang hidup di rumah-rumah perlindungan, atau di tepi-tepi jalan serta para pelarian yang terusir di perkemahan perkemahan sementara, nescaya kita benar-benar sedar akan nikmatnya memiliki rumah/tempat. Tentu kita akan tersentuh dan sedih mendengar orang misalnya dia mengatakan: “Saya tidak punya tempat tinggal tetap, terkadang saya tidur di rumah si Fulan, terkadang di kedai kopi, kebun atau di pantai, dan aku menyimpan pakaianku di dalam kereta.”
Dengan demikian kita pun akan memahami makna kesusahan kerana tidak memiliki tempat tinggal atau rumah. Ketika Allah menyeksa orang-orang Yahudi Bani Nadhir, Allah mengambil daripada mereka nikmat rumah ini, Allah mengusir mereka dari kampung halaman mereka.

Allah berfirman:

Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung-kampung pada saat pengusiran pertama kali.” [Al-Hasyr: 2]

Kemudian firman-Nya:

Mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang beriman. Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan.” [Al-Hasyr: 2]

Sebab-Sebab (Mengapa) Seorang Muslim Perlu Melaksanakan Penambah-baikan di dalam Rumahnya


Menjaga diri dan keluarga dari api Neraka jahannam dan selamat dari seksa yang menyala-nyala.

Allah berfirman:

يا أيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا وقودها الناس والحجارة عليها ملائكة غلاظ شداد لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-bata, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [At-Tahrim: 6]

Besarnya tanggungjawab yang dibebankan terhadap pemimpin rumah di hadapan Allah pada Hari Perhitungan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta’ala akan meminta pertanggung-jawaban kepada setiap pemimpin atas apa yang dipimpinnya, apakah ia menjaga kepemimpinannya atau melalaikannya, sehingga seorang lelaki ditanya tentang anggota keluarganya.”

[Hadits Hasan, diriwayatkan oleh An-Nasa’i dalam Isyratun Nisaa’, hadits no.292 dan Ibnu Hibban dari Anas dalam Shahihul Jami’, no.1775; As-Silsilah Ash-Shahihah no.1636]

Rumah adalah tempat menjaga diri dan keselamatan dari berbagai kejahatan dan menolak dari bahaya manusia lain; rumah adalah tempat perlindungan ketika terjadi fitnah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Beruntunglah orang yang menguasai lisannya dan lapang rumahnya serta menangis atas kesalahannya.”

[Hadits Hasan, diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jamul Ausath dari Tsauban dan terdapat dalam Shahihul Jami’, no.3824]

Dan baginda bersabda:

Lima perkara yang barangsiapa mengerjakan salah satu daripadanya maka ia akan mendapat jaminan dari Allah. Iaitu : orang yang menjenguk orang sakit, orang yang pergi berperang, atau orang yang masuk kepada pemimpinnya dengan maksud menegurnya atau mengingatkannya, atau dia duduk di rumahnya sehingga orang-orang selamat dari (ganggguan)nya dan ia selamat dari (gangguan) mereka."

[Hadits riwayat Ahmad (5/241)]

Dan baginda bersabda:

Keselamatan seseorang dalam fitnah iaitu dia sentiasa mendiami rumahnya.”

[Hadits Hasan, diriwayatkan oleh Ad-Dailami dalam Musnadul Firdaus dari Abu Musa; terdapat dalam Shahihul Jami’ no.3543, dan lafazh dalam Sunan oleh Ibnu Abi ‘Ashim, no.1021. Dalam takhrij ia mengatakan: “Hadits ini shahih."]

Orang muslim akan merasakan faedah ini ketika ia dalam keadaan terasing, saat dia tidak mampu mengubah kemungkaran-kemungkaran yang ada, maka dia memiliki tempat berlindung ketika kembali ke rumahnya. Rumah itu akan menjaga dirinya dari perbuatan dan pandangan yang dilarang, menjaga isterinya dari tabarruj (mempamerkan kecantikan dan hiasan) serta menjaga anak-anaknya dari teman-teman yang jahat.

• Sesungguhnya sebahagian besar manusia menggunakan waktunya di dalam rumah, terutama pada musim panas dan dingin yang menyengat, pada musim hujan, permulaan dan akhir siang, ketika selesai dari kerja atau sekolah, kerana waktu-waktu tersebut semestinya digunakan dalam
ketaatan, jika tidak tentu akan habis untuk melakukan hal-hal yang dilarang.

• Ini yang terpenting, bahawa memberikan perhatian terhadap rumah merupakan cara yang paling berkesan untuk membangun masyarakat muslim. Kerana sebuah masyarakat ini terdiri dari rumah-rumah.

Rumah-rumah adalah unsur dasar suatu masyarakat. Rumah-rumah itu membentuk suatu perkampungan dan perkampungan-perkampungan itu adalah masyarakat. Jika unsur dasarnya baik, nescaya akan kuatlah masyarakat kita dengan hukum-hukum Allah, tegar dalam menghadapi musuh-musuh Allah, memancarkan kebaikan dan tidak menimbulkan kejahatan. Dari sebuah rumah yang Islami akan lahir tunjang-tunjang pembaikan dalam masyarakat, berupa pendakwah-pendakwah yang teladan, penuntut ilmu, mujahid yang sesungguhnya, isteri yang solehah, ibu yang penyayang dan lain-lain jenis pembaharu.

Jika sedemikian penting permasalahan tersebut, sementara rumah-rumah kita penuh dengan kemungkaran dan kelalaian, meremehkan dan melampaui batas, maka dari sini timbul tanda tanya besar:

"Apakah Cara-Cara Untuk Memperbaiki Rumahtangga Muslim?"

Kepada para pembaca, penulis memberikan jawabannya, nasihat-nasihat dalam persoalan ini, mudah-mudahan Allah memberi manfaat kepada kita dengannya, dan mudah-mudahan Allah mengarahkan semangat putera-puteri Islam untuk membawa risalah (tugas) perbaikan rumah Islami dari awal. Nasihat ini (ditulis) bertujuankan dengan dua faktor, (iaitu) memperoleh maslahat (kebaikan) yakni dengan (melaksanakan) amar ma’ruf atau mencegah kerosakan yakni menghilangkan kemungkaran. Semoga bermanfaat.


P/S: Bersambung....

Thursday, January 7, 2010

Ceramah Perdana: Prof. Dr. Abdur Razzaq bin Abdul Muhsin 'Abbad al-Badr



Hadirlah ke Tabligh Akbar bersama Prof. Dr. Syaikh 'Abdurrozzaq B. 'Abdul Muhsin al-'Abbad al-Badr. Beliau adalah Pensyarah (Tenaga Pengajar Pasca Sarjana) Di Fakulti 'Aqidah & Usuluddin Universiti Islam Madinah. Terbuka kepada umum, sama-ada individu, keluarga, para penuntut ilmu, atau para pendidik.

Tarikh:
17 January 2010 (01 Safar 1431H) / Ahad

Waktu:
9pagi-waktu Zuhur.

Tempat:
Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat.

Tajuk:
Sebab-sebab Datangnya Kebahagiaan...


Siaran Live (Audio):

Insya Allah, kajian ini juga boleh didengarkan secara langsung melalui Radio Rodja 756 am atau radio streamingnya (http://live.radiorodja.com).


Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template