Tuesday, October 14, 2008

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah!!



Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus.


Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil.


DULU-DULU


Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!


Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.


Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.


Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.


Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.


HARI INI


Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.


Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.
Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah? Tentu sahaja tidak. Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah saya tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!

Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah.


‘ESCAPISM’


Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?


Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.


Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah.


Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.


Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi.


Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan.


ALASAN


Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.


Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.


Alhamdulillah
… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.


Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.


MENOLAK ‘ACUH TIDAK ACUH’


Abang nak makan ayam masak merah”, kata seorang suami kepada isterinya.


Lalu si isteri ke dapur, digorengnya ayam, ditumisnya sos yang merah, dicampur keduanya dan dihidangkan di dalam pinggan percuma semasa membeli ubat gigi kotak besar.


Suprani, bapak mahu makan ayam masak merah”, kata lelaki yang sama itu, kepada pembantu rumahnya.


Lalu si Suprani pergi ke dapur, digoreng ayam, dibuat kuahnya seelok mungkin, ditabur pula dengan daun sup, dihias dengan bawang besar, cili belah empat kembang bunga, dan dihidang di dalam pinggan Pyrex bersama nasi panas.


Agak-agaknya, tanpa perlu berbahas dan berdebat, kita sedia maklum yang tentu sahaja si lelaki itu tadi lebih berminat untuk makan ayam masa merah hasil masakan Suprani berbanding isterinya sendiri. Dua-dua ayam masak merah, tetapi ayam masak merah si isteri itu acuh tak acuh. Cincai kata sesetengah orang. Manakala ayam masak merah si pembantu rumah, biar pun yang memasaknya adalah pembantu rumah, tetapi kesungguhannya memasak menyebabkan lelaki itu lebih teruja untuk mencubanya.


Sifirnya mudah.


Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan,
Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.

Itqan
.


Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!

Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.


Lupakah kita kepada firman Allah SWT:


Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]

Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.


Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA

Setuju. Saya setuju 100%.


Sebab itu saya tidak pernah mengajak kita mengukur kecemerlangan hanya berpandukan keputusan peperiksaan. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan, biar pun selalunya ia berpihak kepada yang tekun berusaha.


Kecemerlangan yang diperlukan ialah pada komitmen pelajar yang da’ie, menempuh proses pembelajaran, dan bukan hanya berorientasikan output.

Maksud saya, sama ada seorang pelajar itu hadir ke kelas, mengikuti kuliah, membuat kajian, menulis assignment… itulah sebenar-benarnya penentu kecemerlangan. Segala proses itu penting kerana ia merupakan latihan sebenar kepada pemikiran dan daya ilmiah seorang pelajar. Di dalam kelaslah dia belajar berfikiran kritis, belajar bertemu dengan pandangan-pandangan yang berbeza, belajar bersoal jawab, belajar bertanya dan belajar menjawab… iaitu segala-galanya yang di kemudian hari menjadi asas terpenting untuk memimpin dan menerajui masyarakat.


Dan sudah semestinya, jika kelas dihadiri, kajian dibuat, menulis assignment diselesaikan, sedikit sebanyak ia akan menghasilkan natijah yang bagus di akhir musim peperiksaan.


Tetapi kalau kita berhasil menjawab keputusan peperiksaan hanya kerana ‘bernasib baik’ apabila soalan dihafal secara last minute, tetapi tidak ke kelas, tidak mengikuti PROSES pembelajaran, maka segala-galanya tidak ke mana.
Lantas segenggam ijazah pun belum tentu ada nilainya!

Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!


AKIBAT LEMAH AKADEMIK


Kadang-kadang kita menganggap akademik hanya sebagai wasilah. Sekadar tiket untuk memenangi kepercayaan masyarakat. Seumpama lesen.


Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat.


Syariatullah


Pelajar pengajian Islam yang tidak menguasai pengajiannya akibat lemah tahap pembelajaran akan terdedah kepada jenayah di masa depan.


Ustaz, apa hukumnya zakat KWSP?”, tanya seorang jemaah di surau.


Alamak… itulah benda yang pensyarah bincangkan tapi aku tak pergi kelas masa tu!” rungut si ustaz di dalam hatinya.


Err… saya rasa tak payah kot!”, jawab si ustaz ala-ala mujtahid.


Tidakkah perbuatan itu suatu pengkhianatan? Memberikan panduan muamalat yang salah kepada masyarakat, mengingkari Syariat Allah SWT lantaran kecuaian dirinya sendiri semasa di alam pembelajaran. Semasa belajar sudah biasa tak buat homework, bila berceramah pun tak buat homework.


Itu jenayah terhadap Syariatullah.


Sunnatullah


Err, pesakit diabetik ni nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya?”, seorang doktor muda berteka-teki di dalam dirinya.


Akibat kemalasannya terhadap kelas pengajian, atau belajar secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang ditentukan Allah SWT hanyalah pada kadar 6 ke 10 unit.


Pesakit mati mengejut akibat hipoglesimik.


Berdosa atau tidak? Jenayah atau tidak?


Dosa terbit bukan hanya kerana melanggar hukum Syariat tetapi juga hukum Sains. Seorang ustaz yang tidak berkompetensi, sama sahaja dengan seorang doktor, jurutera, atau apa sahaja pekerjaan profesional yang tidak berkompetensi.
Mencetus mudarat..

Maka ala kadar dalam menguasai bidang pengajian masing-masing bukan sekadar masalah sikap yang biasa. Ia mampu membunuh!


Ke mana anda mahu membawa dakwah jika
duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?
‘Berdosa’ mengabaikan Bahasa Inggeris?

ALLAH MESTI TOLONG


Akhirnya sampai kita kepada alasan paling biasa.


Kita manusia biasa, tetapi sering mengharapkan benda-benda yang luar biasa.

Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”, yakin benar seorang aktivis dakwah kampus berkata begitu.

Cuba perhatikan firman Allah SWT:
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu.” [Al-Baqarah 2: 282]

Allah SWT berjanji akan membantu.


Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.


TAQWA itu adalah kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan Allah SWT… meliputi Syariatullah dan Sunnatullah
. Ia telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar semasa memperkatakan tentang kualiti Muslim yang mesti bukan sahaja SYARIATIC (komited dengan Syariatullah) malah SCIENTIFIC (komited dengan Sunnatullah).


Jika kita baca sejarah perjuangan Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali.


Biar pun sehimpun janji dikurniakan Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan, Baginda SAW sentiasa mengambil asbab kemenangan secara optimum.


Jika dianalisa peristiwa Hijrah, Baginda SAW telah mengatur sehebat-hebat strategi dan persiapakan untuk menjayakannya. Begitu juga dalam perang-perang yang lain. Strategi yang pada hari ini layak digelar sebagai SAINS KETENTERAAN.

Termasuk juga dalam soal pentadbiran, pengurusan dan kerja seharian. Baginda SAW tidak pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita”

Tetapi aktivis dakwah hari ini ramai yang mudah tersasar.


Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa.
Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita.


BERLATIH MENGURUSKAN REALITI


Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.


Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.


Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.


Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.


Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.


Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi.


TAMRIN DISIPLIN


Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN yang paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.


TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya.


Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Al-Baqarah 2: 216]

Mungkin di alam TAMRIN akademik, bilik kuliah adalah medan perang yang kamu benci… padahal ia ditentukan Allah sebagai KEBAIKAN buat dirimu.


Berdisiplinlah!


p/s: pelajar yang enggan memikul amanah dakwah dengan alasan kesibukan akademik juga harus banyak berkoreksi dan memuhasabah diri…


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Monday, October 13, 2008

Iraq VS Palestin: Jangan Sampai Mekesampingkan Saudara Kita di Iraq!


Ya Syakira, kami ini orang Arab. Dari tanah Arab. Kami tahu hal yang sebenarnya terjadi.”, jelas Aminah.


Aku menarik nafas dan menghela perlahan.


Aminah(bukan nama sebenar) ialah sahabat yang aku kenal pada bulan Ramadhan tahun lepas. Ada beberapa peristiwa men
jurus kepada perkenalan kami di masjid.

Pagi tadi usai kelas Political Science, aku terus pulang ke Mahallah Saffiyah. Cadangnya nak baca Ulum Quran. Esok ada mid term. Berselisih dengan Aminah si pipi merah bermata biru. Salam dihulur. Pipi bertemu.

I miss you, ukhti. Sudah lama tak berjumpa”,
katanya kepadaku. Aku tersenyum membalas.

Lantas kutanyakan kepadanya.

Sekarang inikan minggu memperingati Al-Quds, Filastin? Kamu tak sertai mereka buka booth?”

Ooh...saya ada juga dengar tentangnya.” Jawabnya dengan muka bersahaja. Aku jadi hairan melihat reaksinya itu. Sepatutnya dia perlu bersemangat kerana bukankah Palestin adalah negaranya yang perlu dilindungi?

Lalu kutanyakan lagi.


Kamu bukankah orang Palestin?”
Tidak ya ukhti. Ana min Iraq

Masya Allah... Aku jadi terlupa bahawa Aminah sebenarnya berasal dari Baghdad. Ini mesti aku telah tercampur aduk dengan Sameer, Na’il dan David yang dari Palestin itu. Benar. Ameerah berasal dari Baghad. Lantas cerita-cerita lama tentangnya bermain di fikiranku. Tentang ibunya yang sudah tua tinggal keseorangan di sana. Yang tinggal hanya dia dan adik perempuannya sahaja. Ayah dan saudara-saudara lelakinya telah terbunuh.

Isu di Iraq lebih besar, Syakira. Lebih besar daripada isu Palestin.”


Aku terdiam. Membesarkan mata tanda perlukan penjelasan.

Puak-puak Syiah membunuh kami orang-orang Sunnah. Mereka bukan membunuh secara biasa, tetapi mereka menyeksa kami dengan seksaan yang dahsyat. Mereka mencungkil mata kami, menggerudi tubuh kami sehingga kami mati.”

Aku beristighfar. Aku keliru. Apakah Syiah ini Muslim?

Semasa semester satu tahun lepas, Syiah ialah
tajuk assignment yang aku pilih untuk subjek Introduction to Fiqh. Mungkin 5 buah buku rujukan yang aku baca masih tidak mencukupi untuk aku memahami situasi sebenar. Aku maklum dengan firqah mereka. Zaidiyyah, Ismailiah, Fatimiyah dan lain-lain lagi, serta 12 imam mereka. Aku maklum dengan ajaran-ajaran mereka yang aneh-aneh lagi gharib itu. Rupanya apa yang aku maklum itu hanyalah makluman yang secebis cuma. Rupanya apa yang aku maklum itu hanya serba berdikit sahaja.

Tidak. Mereka bukan Muslim. Asalnya mereka adalah agama dari Parsi.” jawab Aminah menghilangkan kegusaranku.

Di hadapan kamu, mereka mengaku mereka Muslim, tetapi pada hakikatnya, mereka ingin menghancurkan Islam. Mereka ingin menghancurkan Al-Quran. Mereka ingin menghancurkan Sunnah. Mereka menolak Nabi Muhammad Sallahu alaihi wa Sallam, sambungnya lagi dengan penuh semangat.

Aku mendengar penuh teliti.


Mereka menutup isu ini daripada pengetahuan umum. Dah
ulunya banyak puak Sunni yang tinggal di Iraq. Tetapi sekarang sudah semakin berkurang kerana mereka membunuh kami setiap hari. Cuba kamu bayangkan kami berjiran dengan Syiah, lalu mereka masuk ke dalam rumah kami dan menyeksa kami sebelum membunuh. Kanak-kanak, orang tua dan semua orang-orang Sunni. Sehinggakan kami sangat takut untuk mengaku kami ini Sunni di hadapan mereka. Hatta sekarang kemudahan air puak Sunni sedang dipotong oleh mereka.”

Mereka kata Saddam Hussein itu zalim. Sedangkan hak-hak mereka telah Saddam penuhi. Dia memberi kemudahan dan kedudukan kepada mereka. Tapi akhirnya mereka mendakwa Saddam tidak memberikan mereka hak apa pun. Saddam berpemikiran tentera. Walaupun dia tidak begitu Islamic tetapi di
a tetap golongan Sunni.”

Ramai orang tak tahu, Syakira.”


Apabila keadaaan sudah jadi begini, tiada siapakah yang datang membantu kamu, Aminah?”, tanyaku.

Perbualan kami menjadi semakin panjang. Campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab melancarkan perpincangan. Berbincang di tengah panas mentari pagi pada jam 1015 di hadapan pondok pengawal, tidaklah sepanas hati Aminah menceritakan segala kekejaman Syiah kepadaku.


Tia
da siapa datang membantu. Ini semua hanya permainan politik. Mereka Syiah bekerjasama dengan US. Malah Tanah Arab di sekitarnya turut berkerjasama dengan US. Mereka tidak bisa berkata apa-apa”, jawabnya sambil tersenyum.

Senyuman yang kurasakan hanya untuk menyembunyikan perasaannya sebenar. Kagum. Aku kagum melihat dia yang masih mampu tersenyum. Jika aku di tempatnya mungkin sudah basah kain kerudungku menyapu air mata. Apatah lagi mengenang ibunya yang keseorangan di Baghdad.

Di Palestin situasinya berbeza. Mereka mendapat simpati dari seluruh dunia. Kerajaan Arab di sekitar datang membantu mereka. Orang-orang Yahudi membunuh hanya segolongan daripada mereka sahaja. Golongan mujahidin yang mempertahankan Al-Aqsa sahaja dibunuh, serta ahli keluarga mereka yang terlibat dihalau dari tanah mereka. Sesetengahnya tidak dibunuh tapi hanya dihalau. Sekiranya dibunuh, mereka akan dibunuh dengan senang menggunakan senapang dengan tembakan sahaja. Tetapi kami? Mereka menyeksa, mencungkil biji mata kami hidup-hidup. Seksaan Yahudi itu lebih ringan jika dibandingkan dengan apa yang Syiah lakukan. Apa yang Yahudi mahukan hanyalah tanah Palestin dan tapak Haikal di Al-Aqsa”, terangnya.

Aku perhatikan betul-betul butir bicaranya.

“Tetapi situasi kami di Iraq sangat-sangat genting. Mereka membunuh SEMUA orang Sunni. Mereka mahu menghapuskan Sunni dari tanah Iraq. Ketahuilah Syakira, apabila mereka sudah selesai di Iraq, mereka pasti akan beralih ke negeri lain pula.” “Jadi saya ingin tanyakan kepada kamu, Syakira. Yang mana satu perkara yang lebih berbahaya antara dua keadaan ini? Palestin atau keselamatan Islam dan Sunni di Iraq? Ya Syakira, kamu foreigners. Mungkin kamu tidak tahu. Kami ini orang Arab. Dari tanah Arab. Kami tahu hal yang sebenarnya terjadi.”, jelas Aminah. Jika kamu tanyakan kepada orang Palestin bagaimana kehidupan mereka sekarang, mereka pasti akan menjawab, “kami hidup dengan tenang”...”

Dalam perkara ini mungkin ada benarnya juga. Aku sudahpun singgah di booth Palestin dan bertanya keadaan Palestin sekarang. Mereka menjawab 50% 50%.


Sambung Aminah lagi. “gambar-gambar kekejaman yang mereka tunjuk itu adalah gambar-gambar lama. Lihatlah pada tarikhnya. Sekarang ianya sudah tiada lagi. Saya hairan dengan orang Palestin yang mempromosikan hal ini. Mereka kata mereka bersedih. Tetapi jika ditanya, adakah mereka berjuang menentang Yahudi? Mereka menjawab tidak. Akan tetapi, jika kamu tanya mereka tentang Iraq, mereka tidak tahu. Cuba kamu tanyakan mereka tentang gambar-gambar kekejaman yang berlaku sekarang. Mereka tidak ada.” Terangnya panjang lebar.


Sekali lagi mungkin ada benarnya juga kata-kata Aminah ini.

Aku pernah bersembang dengan beberapa brothers Palestin. Aku tanyakan adakah mereka berperang dengan Yahudi? Mereka katakan tidak. Mereka punyai anggota mujahidin tersendiri. Entah lah. Aku pun tak pasti.


Aku teringin benar mahu melihat gambar-gambar kekejaman Syiah di Iraq. Walaupun aku tahu aku tidak sanggup, mungkin menjeling sikit-sikit boleh lah.


Saya ada gambarnya dalam laptop saya. Suatu hari nanti saya akan tunjukkan pada kamu. Syakira, apa yang saya ceritakan ini bukannya mahu menagih simpati atau belas kasihan orang ramai. Tetapi saya berharap benar agar orang ramai akan tahu situasi yang menggugat Islam sedang berlaku.”, ujarnya mengakhiri kalam.


Masa berlalu tak kusedari. Sudah sejam kami berdiri berbual. Aminah terpaksa mengundur diri kerana sudah berjanji dengan rakannya untuk perbincangan. Kalau diikutkan mahu sahaja aku memanjangkan bicara. Mungkin lain kali kami berjumpa lagi, apatah lagi aku sudah berjanji untuk ke biliknya dalam minggu ini untuk melihat gambar.


Huhu. Tersilap maklumat pula aku khabarkan pada Aminah bahawa pada hari Sabtu ini,23 Ogos, ada seminar Syiah dan Khawarij di Taman Sri Ukay. Rupa-rupanya tersilap tarikh. Seminar itu pada 20 September nanti. Ini mesti aku dah terpening dengan pengumuman Abg Syarief semalam ketika di penghujung kuliyyah Ustaz Fadlan, yang menyebut banyak sangat program.

Kesimpulannya...


Anda simpul lah sendiri. Aku terkedu dan terharu mendengar cerita ini. Tidak tahu apa yang harus dikatakan melainkan berdoa agar mereka dilindungi oleh Allah SWT. Kedua-dua isu Iraq dan Palestin tak boleh diketepikan. Prioriti?

Kita yang berada jauh daripada kedua-dua mereka patut menyokong apa-apa perjuangan mereka menyelamatkan Islam. Dalam hal ini, Aminah mungkin berasa negaranya disisihkan daripada pengetahuan umum, jadi dia terasa sedikit dengan orang Palestin...

Really nice to meet her.

Wallahu a’lamu bis sowaab...

Sumber: http://tomatosyakira.blogspot.com/

P/S: Saya dihimpit rasa kehairanan dan kesedihan, mengapa masih ramai yang belum atau tersalah faham berkait isu firqoh dholalah yakni Syiah? Kesedihan saya timbul saat mendengar kata-kata seorang pemimpin tertinggi sebuah persatuan Islam di sebuah universiti terkemuka di Malaysia ini keliru dengan mengatakan yang Syiah ini termasuk golongan Sunni!!! Alangkah jahilnya... Namun setelah mana kami menegakkan hujah padanya masih lagi bersikap sombong tidak mahu mengakui dan memperbetulkan kesilapannya... masih lagi mengatakan "syiah tidak sesat..."

Inilah natijahnya kesan dari kita mengangkat seseorang pemimpin sebelum keilmuannya... Kita lupa akan pesan Amirul Mukminin Umar al-Khattab yang dinukil al-Imam Muslim di dalam Shahihnya:

"Keilmuan sebelum (diangkat menjadi) pemimpin."

Thursday, October 9, 2008

Kenali Protaz Kapten Hafiz Firdaus


Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1971, Hafiz Firdaus Abdullah merupakan salah seorang penulis serta penceramah kontemporari yang mendalami hadis dan ayat-ayat al-Quran serta mengkaji sirah para Nabi dan Sahabat bagi mengupas isu isu dan persoalan semasa. Penulisan beliau merupakan satu usaha membawa kembali pemahaman ilmu-ilmu Islam yang dipegang oleh masyarakat umum kepada pemahaman yang sahih, benar dan dengan hak.


Pendidikan


Memulakan pengajian di St. John's Institution, Bukit Nanas, Kuala Lumpur, beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal di mana-mana sekolah agama atau institusi pengajian tinggi. Namun berdasarkan prinsip 'kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya', beliau mengikuti pelbagai bentuk kuliah agama serta mengkaji kitab-kitab muktabar yang ditulis oleh tokoh-tokoh ilmuwan Islam zaman silam dan juga semasa sehingga membolehkan beliau berkecimpung dalam arena penulisan ilmiah ini. Beliau juga gigih mempelajari bahasa Arab melalui guru guru agama dan rakan rakannya yang mahir berbahasa Arab bagi memaksimumkan kebolehannya membaca kitab-kitab agama. Sehingga kini, walaupun beliau tidak boleh bertutur tetapi beliau dapat membaca kitab-kitab berbahasa Arab dengan baik.

Kerjaya

Pada tahun 1989 beliau menyertai Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) sebagai seorang juruterbang. Kerjaya ini telah memberikan kelebihan kepada usaha dan minat beliau kerana dengan keperluan beliau untuk terbang ke serata dunia telah memberi peluang untuk memahami agama dari perspektif yang lebih luas. Dengan memperhatikan kepelbagaian ragam umat Islam seluruh dunia beliau dapat menyaksikan adanya toleransi dalam berbagai-bagai perbezaan pendapat justeru menyebabkan beliau berfikiran lebih terbuka. Tidak berakhir di situ, beliau cuba
mengkaji apa pegangan dan dalil yang menjadi hujah mereka. Peluang ini bertambah menarik kerana beliau juga dapat dapat menimba ilmu daripada pelbagai tokoh dan sumber di serata dunia. Satu bonus juga kepada beliau kerana dengan kerjayanya beliau dapat membeli buku-buku ilmiah daripada serata dunia.

Penulisan dan laman web


Berpegang kepada konsep "Bukan siapa yang berkata tetapi apa yang dikatakan", Hafiz Firdaus mula menulis sejak tahun 1999. Manhaj beliau ialah mengkaji sesuatu topik daripada sumber khazanah ilmu tokoh-tokoh terdahulu lalu menyusun dan menyampaikannya dalam bentuk yang mudah lagi relevan dengan isu-isu terkini. Hafiz lebih cenderung menulis berkaitan dengan masyarakat dan perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang minimum. Dalam menghasilkan buku beliau memastikan keseluruhan isi kandungan bukunya tepat tanpa terselit pandangan-pandangan yang mengelirukan, malah beliau sentiasa memastikan hadis-hadis yang dikemukakan disemak terlebih dahulu.

Hasil penulisan beliau bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk buku tetapi juga dalam bentuk atas talian dengan terbentuknya laman web beliau: http://www.hafizfirdaus.com. Laman web ini adalah satu usaha dalam mempelbagaikan lagi medium dakwah yang tidak hanya tertumpu kepada lisan dan bahan bacaan bercetak. Laman web ini juga diadakan bagi memanfaatkan kelebihan dunia tanpa sempadan yang membenarkan aliran maklumat boleh diakses dengan lebih pantas tanpa mengira had masa dan tempat. Dengannya, sasaran pembaca juga semakin meluas dan tidak terhad kepada pengunjung di Malaysia tetapi juga di negara luar. Selain itu cara ini juga dapat mengembangkan lagi ilmu ini dan sekaligus berdakwah kerana pengunjung dapat membaca apa yang ditulis secara percuma.

Laman web ini tiada halaman 'forum' untuk berkomunikasi dua hala dengan pengunjung tetapi lebih memfokuskan kepada e-Buku iaitu pengunjung boleh membaca secara
online keseluruhan isi kandungan buku-buku hasil penulisan beliau tanpa perlu membelinya. Malahan pengunjung juga boleh memindah turun untuk membaca ketika di luar talian.

Beliau tidak pernah meminta royalti, oleh itu hak cipta adalah atas nama beliau dan boleh dipaparkan dalam laman web.
Beliau tiada masalah dengan penerbit Jahabersa kerana mereka juga lebih mementingkan penyampaian ilmu berbanding keuntungan. Bahkan beliau diberi keizinan untuk memaparkan kesemua buku-buku hasil karyanya untuk dimuatkan ke dalam laman web.

Soal jawab agama


Disebabkan masa yang terhad untuk sentiasa berada di hadapan komputer, beliau lebih selesa menggunakan emel sekiranya ada persoalan daripada masyarakat umum. Namun begitu cepat atau lambat jawapan itu bergantung kepada soalan yang diajukan. Jika soalan itu mudah dan sudah ada jawapannya, maka cepatlah soalan itu dibalas. Tetapi jika soalan itu agak susah, ia perlu mengambil masa untuk dibuat kajian terlebih dahulu dengan merujuk kepada al-Quran dan hadith ataupun orang yang pakar dalam bab tersebut.


Pesanan Hafiz Firdaus Abdullah

Mengkaji ilmu-ilmu agama, dengan ikhlas

“Masyarakat terutamanya golongan profesional disarankan agar jangan 'membodohkan diri” dalam bidang agama, sebaliknya mesti yakin dan ikhlas agar kita boleh menghayati agama dengan cara yang benar. Mungkin ramai yang beranggapan, bukannya mudah untuk mengkaji kitab-kitab muktabar itu seorang diri tanpa dipandu oleh guru. Tetapi yakinlah setiap orang boleh melakukannya jika dipandu oleh hati yang ikhlas dan mengharap petunjuk daripada Allah SWT. Sesiapa saja yang ingin mendalami agama, dia pasti boleh melakukannya asalkan niatnya ikhlas.

Jangan sekali-kali mendalami agama untuk tujuan lain seperti mendapat gelaran, sanjungan dan sebagainya, sebaliknya mestilah dengan niat untuk beramal dan berkongsi ilmu itu dengan orang lain. Insya-Allah kita akan dibantu oleh Allah.”

Hasil penulisan beliau di bahan cetak dan di laman web.


"
Saya tidak kisah jika ada yang ingin menciplak. Kalau mereka nak 'copy and paste' tanpa dinyatakan nama saya pun tak apa yang penting ilmu itu dapat disebarkan tanpa ditokok tambah nanti timbul pula ajaran songsang,"

Maklumat-maklumat atas talian.

Walaupun kini maklumat boleh diperoleh hanya dihujung jari, namun tidak semuanya betul dan boleh di-terima bulat-bulat. Amalkan sistem menganalisa dan menapis sebelum menerima sesuatu maklumat dari la-man-laman web Islam. Dan sekiranya tidak cukup ilmu untuk mengkaji, jangan terima maklumat itu bulat-bulat. Ini kerana ada sesetengah laman web Islam yang berfahaman syiah yang boleh menyesatkan pembaca.

Sekiranya pengunjung merasa was-was dengan maklumat yang didapati, boleh merujuk kepada laman-laman web Islam yang sememangnya boleh dipercayai seperti laman web
www.saifulislam.com (Hasrizal Abdul Jamil), http://www.drmaza.com (Dr Mohd Asri Zainul Abidin) dan www.zaharuddin.net (Ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman). Dan kebanyakan web site kalau kita perhatikan turut menyediakan link dengan web site lain yang juga berautoriti."

Sumber: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BiodataHF2.pdf

Wednesday, October 8, 2008

Puasa Enam Mendapat Ganjaran Sepanjang Tahun

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus



Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulan Ramadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuh berkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu langit dengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulan yang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka…" [Hadits riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 1899]

Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakaian yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.

Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah pada bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentuk keperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalam menjadi insan yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa." [Hadits riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164]

Menerusi hadits di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

"Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawal setelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya." [Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam]

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu 'alaihiwasallam yang tsabit. Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.


Monday, October 6, 2008

Eid Mubarak! Satu Renungan...


Hatiku ini menangis, fikiran pun menjadi kusut, jiwa ini tertanya-tanya: "Apakah aku berhasil membentuk apa yang dinamakan Taqwa dalam diri ini, setelah mana sebulan lamanya menghadapi madrasah ramadhan? Entahlah... jiwa ini merasakan seolah-olah tiada peningkatan kualitas keimanan... bahkan, Na'uzubillah min dzaa-lik, terasa macam iman ini semakin hari semakin menurun... aku gagal memanfaatkan sepenuhnya ramadhan kali ini... Astaghfirullah wa atuubu ilayhi (aku memohon keampunanMu ya Allah dan aku bertaubah kepadaNya -dari segala dosa-dosaku- )..."

Namun, aku tetap mengharapkan amalanku sebelum-sebelum ini diterimaMu ya Allah...

"Apabila para Sahabah Rasulullah SAW bertemu di Hari Raya, mereka saling mengucapkan Taqabba Allahu Minna wa Minkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)."

(Rujuk Fath al-Baari Syarh Shahih al-Bukhari, al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani, m/s 270-271. Menurut beliau hadits ini berstatus Hasan)[1]


Renungilah duhai Ikhwati kisah yang diceritakan oleh Pak HAMKA ini:

Seorang teman bertanya: "Bukankah esok Hari Raya? Mana baju rayamu?"

Aku menjawab: "Pakaianku sangat indah. Pemberian daripada kecintaanku. 2 helai baju, yakni kemiskinan dan kesabaran... Pakaian apakah yang lebih indah di Hari Raya, daripada pakaian pemberian kekasih?

...tidak ada ertinya hari raya bagiku, hai Kekasih, kalau CahayaMu tak bersinar di sana. Tak ada Hari Raya, bila Engkau terlepas dari ingatanku...

Patutkah aku disebut seorang yang setia, kalau ada wajah lain yang ku lihat selain WajahMu?..." [2]

Rujukan:

[1]Mohd Yaakub Mohd Yunus, Menyambut Ramadhan dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah SAW, Karya Bestari, m/s 137-138.
[2]Prof. Dr Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (HAMKA), Tasawwuf Modern, Pustaka Nasional, m/s ...

P/S: Terlewat mengucapkan selamat Hari Raya kerana line internet di rumah sangat perlahan, jadi bila pulang ke kampus baru ler dapat online. Kisah yang diceritakan Pak HAMKA di atas telahpun saya baca 3 tahun yang lepas, karyanya Tasawwuf Modern merupakan satu tulisan yang amat baik, malangnya buku yang saya miliki tersebut telah dicuri bersama puluhan koleksi buku-buku yang lain ketika cuti semester tahun pertama saya melangkah ke alam Universiti...

Monday, September 22, 2008

Beberapa Info Berguna Berkenaan Malam al-Qadar


Oleh:

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr .

Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" [Al-Qadr : 2]

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :


Ertinya : "Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" [Riwayat Muslim, no 1175]

Sebuah lagi hadis menyebut :
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)." [Riwayat al-Bukhari & Muslim]

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : "Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


Waktunya

Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman. Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.


Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan.

Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu. Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil. Hadith Nabi menyebut:

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : "Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" [Riwayat Bukhari dan Muslim]


Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi? Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

Carilah malam al-Qadar dengan ikhlas dan amal
.

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh. [Al-Majmu' 6/450]


Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : "Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir." [Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim]


Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramadhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerna beliau telah melihat tandanya dan zaman lain umumnya), sebagaimana dalil hadith yang menyebut:

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar adalah malam ke dua puluh tujuh." [Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386]


Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa berdoa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Antaranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat." [Al-Baqarah : 200]


Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat, dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka." [Al-Baqarah : 201]


Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?


Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها.

Ertinya : "Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." [Riwayat Muslim]


Hadith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?

Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah : waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja.

Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : "Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." [Al-Qadr: 5]


Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. [Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134]


Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.


Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.


Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.


Doa Pada Malam LailatulQadar



At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan selainnya meriwayatkan daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, beliau berkata:


Aku berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah,



Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).”


(HR. Tirmidzi nombor 3513, Ibnu Majah nombor 3850 dan dishahihkan oleh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah nombor 3105)


Sumber: http://the-authenthic.blogspot.com

Kemuliaan LailatulQadar (Siri 2)

Sumber : Shifat shaum an Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam Fii Ramadhan
Bab : “Malam Lailatul Qadar”
Penulis : Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaaly, Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid al-Halaby

Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an, red), akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.

1)Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman (yang artinya),

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 - 5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,

[3]Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 - 6]

2) Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. [Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeda-beda, al-Imam Al Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini, lihatlah]

Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. [Sebagaimana dinukil al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388]

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya)

Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” [HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169]

"Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” [HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165]

Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” (Lihat maraji’ diatas).

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda,

Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak bisa lagi diketahui kapan lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” [HR Bukhari 4/232]

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah. Maka dengan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut, tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisahkan.

Kesimpulannya, jika seseorang muslim mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

Paling benarnya pendapat lailatul qadr adalah pada tanggal ganjil 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan, yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah beri’tikaf pada 10 terakhir pada bulan Ramadhan dan berkata, “Selidikilah malam lailatul qadr pada tanggal ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan.”

3) Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar

"Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu." [HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” [HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759]

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata,

Aku bertanya, Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” [HR Tirmidzi3760), Ibnu Majah (3850), dari Aisyah, sanadnya shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan, halaman 55-57, karya ibnu Rajab al Hanbali]

Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaatiNya - engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan sholat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha: “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita yaitu istri-istrinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” [HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174]

Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” [HR Muslim 1174]

4) Tanda-tandanya

Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya- sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.

Dari Ubay radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” [HR Muslim 762]

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” [HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al-Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.”]

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” [HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan]

Sumber: http://akob73.blogspot.com

Kemuliaan LailatulQadar

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana ALLAH S.W.T. meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :



"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." [Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1079]

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." [Surah al-Qadr: 1-5]

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Apakah itu Lailatulqadar?

Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam di mana ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Mereka berhujah dengan Firman ALLAH S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba KAMI tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku." [Surah al-Dukhan: 3-4]

Menurut tafsiran 'Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Sya’ban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih telah menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan dan malam yang diberkati itu adalah malam lailatulqadar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Qadr yang telah penulis paparkan sebelum ini.

Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya:

"ALLAH berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman ALLAH di dalam surah al-Qadr:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr." [Surah al-Qadr: 1]

Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), dia hendaklah berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, (dia bolehlah berbuka kemudian dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Malah supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA dan supaya kamu bersyukur." [Surah al-Baqarah: 185]

Apa yang dapat diambil pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nisfu Sya’ban seperti yang diriwayatkan daripada 'Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatulqadar) adalah pada bulan Ramadan." [Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-‘Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137]

Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:

"Keyakinan bahawa malam Nisfu Sya’ban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah. Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-'Arabi mengatakan bahawa firman ALLAH di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Sya’ban adalah tidak benar kerana ALLAH tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Sya’ban.

Tetapi, ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatulqadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh ALLAH di dalam surah al-Baqarah, ayat 185: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya. Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sangat bertentangan dengan Kitabullah dan sangat jauh terpesong dari isi kadungannya.

Perlu kami ingatkan bahawa ALLAH sendiri telah menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam al-Qadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Sya’ban." [Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156]

Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah tersebut tidak ada contohnya daripada Rasulullah s.a.w mahupun para al-Salafussoleh dan sewajarnya dinilai semula oleh semua pihak. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:

"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid'ah itu menyesatkan". - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, no: 867.

Bilakah Berlakunya Lailatulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." [Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017]

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." [Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165]

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Namun demikian Rasulullah s.a.w. apabila tiba sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, baginda akan menggandakan ibadah baginda maka amalan sebeginilah yang afdal untuk diamalkan kita semua. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang untuk melakukan ibadah sambil beriktikaf di masjid. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h:

"Dari segi bahasa, iktikaf bermaksud membatasi diri pada sesuatu. Sedangkan menurut pengertian syarak, ia bermaskud individu tertentu menetap di dalam masjid dengan cara khusus (menepati sunnah)." [Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari, jil. 11, ms. 538]

Ketika beriktikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain amalan yang soleh.

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." [Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174]

"Sesungguhnya Nabi s.a.w biasa melakukan iktikaf pada sepuluh yang terakhir di bulan Ramadani sehingga ALLAH mewafatkan baginda." [Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2026]

Aisyah r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." [Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174]

Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyyat):

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU." – [Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya]

Selain dari itu, dianjurkan kan juga untuk berdoa sebagaimana dikhabarkan dari ‘Aishah r.a dia berkata:

"Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul-Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan. Rasulullah menjawab:

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku." [Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, no: 3840]

Semoga Ramadan pada tahun ini kita semua dapat mendapat malam lailatuqadar dan kita dapat mengisi sepanjang bulan ini dengan amal-amal ibadah yang sabit daripada Rasulullah s.a.w. serta mengerjakan amal-amal soleh. Lantaran dari itu semoga kita semua dapat menikmati segalan ganjaran pahala seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH S.W.T. kepada hambanya yang taat kepada perintah-NYA. Ada golongan yang menyatakan bahawa puasa bagi golongan yang tinggi makamnya adalah mereka yang berpuasa semata-mata ikhlas kerana ALLAH S.W.T tanpa menginginkan ganjaran pahala tersebut. Ternyata pemikiran sebegini tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Sememangnya amal ibadah kita perlu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan pada masa yang sama bukanlah menjadi satu kesalahan untuk mencita-citakan ganjaran pahala serta syurga daripada ALLAH S.W.T.. Buktinya ALLAH sendiri telah berfirman:

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari TUHAN kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" [Ali Imraan(3) : 133]

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan kita untuk mengharapkan ganjaran daripada ALLAH S.W.T. sebagaimana sabdanya:

"Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." [Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759]

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template