Thursday, October 15, 2009

Majlis Ilmu di Masjid USM (18-19 Okt): Syaikh Masyhur Hasan Salman & Syaikh Ali al-Halabi



السلام عليكم

نبشّركم أنه سيحضر الشيخ مشهور حسن آل سلمان والشيخ علي حسن الحلبي وهما من كبار تلاميذ الإمام الألباني رحمه الله يوم السبت القادم 17/10/2009 إلى جزيرة بينانج في ماليزيا


وستكون لهم دروس لمدة يومين( من بعد فجر الأحد إلى مساء الإثنين) في مسجد جامعة

USM


فأرجو ممن خارج مدينة بينانج ولديه رغبة في حضور مجالس العلم للشيخين أن يسرع بالاتصال بالأخ رافع رمضان 0174808752 حتى يتم توفير سكن مجاني له قرب المسجد

Sunday, October 11, 2009

Hati yg Keras & Lalai: Termasuk Tasyabbuh yg Dilarang?


Tasyabbuh dari segi bahasa (etimologi)nya diambil dari kata al-Musyabahah yang bermaksud 'meniru', atau mencontohi, menjalin atau mengaitkan diri dan mengikuti. Sabda Nabi shallallahu 'alayhi wassalam:

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka ia termasuk golongan mereka." [Hadits diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnadnya juz II, hal.50, dan Abu Dawud dengan sanad jayyid hadits no.4031, dan dishahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami' al-Soghir no.6025]

Tasyabbuh yang dilarang dalam al-Qur'an dan al-Sunnah secara syar'ie adalah menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya, baik dalam akidah, peribadatan, kebudayaan, atau dalam pola tingkah laku yang menunjukkan ciri khas mereka (kaum kafir).

Saudaraku,

Mungkin tidak ramai daripada kita yang mengetahui, bahawasanya, termasuk juga dalam tasyabbuh adalah kerasnya hati dan kurangnya penumpuan terhadap ayat-ayat Allah atau dalam berdzikir kepada-Nya; yang mana ia merupakan perangai orang-orang Yahudi yang dilarang Allah dalam firman-Nya:1

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." [al-Hadid (57): 16]

Syaikh Muhammad Soleh al-Munajjid dalam tulisannya Zhohiroh Dhu'fu al-Iman ketika menghuraikan ayat ini mengatakan:

"Menjauhi lingkungan yang situ sudah tercipta iklim keimanan hingga jangka waktu yang lama. Tentu saja hal ini ini boleh menyebabkan lemah iman di dalam diri... Ayat yang mulia ini menunjukkan bahawa sekian lama menjauhi iklim keimanan boleh mengakibatkan lemah iman di dalam hati..."2

Saudaraku,

Ketuklah pintu hati masing-masing, pertanyakan khabar iman di dalam jiwa kita, apakah hati kita telah mula dibelenggu kekerasan? Tepuklah dada, tanyalah hatimu. Banyak orang yang mengadu akan kekerasan hatinya yang diucapkan berkali-kali lewat ungkapan mereka seperti:

"Aku merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku."

"Aku tidak pernah mendapatkan kenikmatan dalam beribadah."


"Aku merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada di dalam jurang."


"Aku tidak terkesan oleh bacaan al-Qur'an."


"Mengapa aku mudah sekali terjerumus dalam kemaksiatan?"3


Maka ketahuilah saudaraku,

Jika semua itu ada, saat itu kita telah menunjukkan simptom-simptom lemahnya iman. Kerasnya hati. Kita banyak lalai dalam beribadah...kita mula merasa senang akan kemaksiatan...

Firman Allah subhanahu wa ta'ala:

"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi." [al-Mujadalah (58):19]


Ingatlah saudaraku,

Orang beriman itu adalah mereka yang selalu mengingati Allah. Lalu dengan ingatnya mereka kepada Allah, dianugerahi mereka ketenangan dan kelapangan hati. Sabda Nabi shallahu 'alayhi wa sallam:

"Iman itu adalah kesabaran dan kelapangan hati." [Rujuk: al-Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no.554]

Sesungguhnya Allah telah menggambarkan karakteristik orang yang beriman itu:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal." [al-Anfal (8):2]

"Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barangsiapa mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya,
" [al-Insan (76): 36]

"(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." [Ali-Imran (3): 191]


Ayuh saudara! Kita perbaiki iman kita! Lazimi diri kita dengan membaca dan mentelaah al-Qur'an. Akhirannya, kita praktikkan apa yang kita pelajari.

Rujukan:

[1] Man Tasyabbaha bi Qowmin Fahuwa Minhum (Judul terjemahan: Larangan Meniru Kaum Kafir), oleh Dr. Nashir Abdul Karim al-Aql, terbitan Jahabersa, hal. 57.
[2] Zhohiroh Dhu'fu al-Iman (Judul terjemahan: Obat Lemahnya Iman), oleh Syaikh Muhammad Sholih al-Munajjid, terbitan Darul Falah, hal. 41-42.
[3] ibid, hal. 10.

Friday, October 9, 2009

Bagaimanakah Seorang Muslim Dapat Mendisiplinkan Dirinya?

Oleh Sheikh Muhammad Al Munajjid

Mengakui kelemahan diri anda adalah antara langkah pertama untuk mendisiplinkan diri anda. Sesiapa yang mengakui yang dia mempunyai kelemahan telah memulakan langkah pertama untuk mendisiplinkan diri. Pengakuan ini adalah di antara penyebab untuk kita mendisiplinkan diri dan terus beristiqamah melakukannya. Pengakuan ini tidak sepatutnya menghentikan anda dari mendisiplinkan diri. Apabila seseorang cuba untuk berubah, itu menunjukkan tanda bahawa Allah menyayangi seperti firmanNya:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [al-Ra’d 13:11]

Maka sesiapa jua yang berusaha untuk berubah demi Allah, Allah akan membantunya untuk berubah. Setiap manusia adalah bertanggungjawab kepada dirinya sendiri, dan akan ditanya secara bersendirian, seperti firman Allah (maksudnya):

“Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri” [Maryam 19:93-95]

Manusia tidak mendapat sebarang kebaikan dari apa yang diberitahu kepadanya mengenai kebaikan sehinggalah dia sendiri yang berminat terhadapnya. Tidakkah anda mengetahui mengenai cerita isteri Nabi Nuh a.s dan isteri Nabi Luth a.s, yang mana merupakan ahli keluarga kepada Nabi – nabi, yang mana salah seorangnya merupakan Rasul yang mempunyai semangat yang kuat? Bayangkan bagaimana para Nabi ini berusaha keras untuk mendidik isteri mereka dan betapa banyaknya tarbiyah yang mereka perolehi, tetapi kerana mereka tidak berminat, maka dikatakan kepada mereka (maksudnya):

"Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)". [al-Tahreem 66:10]

Manakala isteri Firaun – walaupun dia merupakan ahli keluarga kepada salah seorang yang paling zalim – dia telah ditunjukkan oleh Allah sebagai contoh kepada mukmin kerana dia mendisiplinkan dirinya. Cara – cara untuk seseorang Muslim untuk mendisiplinkan dirinya adalah seperti berikut:

1- Beribadah kepada Allah, sentiasa mengingatiNya dan menyembahNya. Ianya dilakukan dengan sentiasa melakukan ibadah dengan baik, dan menjauhkan diri anda dari syirik.

2- Banyakkan membaca Qur’an, hayati maknanya dan cuba untuk memahaminya.

3- Membaca buku – buku agama yang bermanfaat yang menerangkan cara untuk membersihkan hati, seperti Mukhtasar Manhaaj al-Qaasideen, Tahdheeb Madaarij al-Saalikeen dan sebagainya; membaca biografi para salaf dan belajar mengenai sikap dan perilaku mereka, seperti Sifat al-Safwah oleh Ibn al-Jawzi dan Ayna Nahnu min Akhlaaq al-Salaf oleh Baha’ al-Deen ‘Aqeel dan Naasir al-Jaleel.

4- Menghadiri program–program ilmiah seperti kelas–kelas dan kuliah–kuliah.

5- Menggunakan masa anda sebaiknya dan gunakannya untuk melakukan perkara yang memberi kebaikan dunia dan akhirat.

6- Tidak terlalu menurutkan hati terhadap perkara yg harus dan tidak terlalu melayaninya.

7- Sentiasa bersama orang yang alim dan mencari rakan – rakan yang alim, yang dapat membantu anda untuk melakukan kebaikan. Mereka yang tinggal secara bersendirian akan kerugian banyak dari segi karakteristik seorang saudara yang baik seperti mendahulukan orang lain dan bersabar.

8- Cuba untuk bertindak terhadap apa yang anda pelajari dan mengamalkannya.

9- Sentiasa memantau diri sendiri.

10- Yakinilah diri sendiri –di samping bertawakal kepada Allah– kerana seseorang yang tidak mempunyai keyakinan tidak mampu untuk bertindak.

11- Hina diri anda sendiri kerana tidak melakukan yang secukupnya demi Allah. Ini tidaklah bercanggah dengan perkara yang disebut di atas. Seseorang itu perlulah berusaha keras sementara sentiasa memikirkan yang usahanya masih tidak mencukupi.

12- Amalkan masa bersendirian seperti yang dituntut oleh syara’. Anda tidak sepatutnya bergaul dengan orang sepanjang masa, sebaliknya anda perlu ada masa untuk bersendirian, dalam beribadah seperti yang dianjurkan oleh Islam. Kami berdoa kepada Allah untuk membantu kami dan anda untuk mendisiplinkan diri kita dan untuk melakukan apa yang Allah cinta dan suka.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga dan sahabat – sahabat baginda.

Daurah (16-18Oktober) 'Keilmuan Sebelum Berda'wah (Siri 2)' di IQ, Penang



Bismillah

Assalamualaikum

*Untuk mengetahui pendahuluan/pengenalan tentang program sila ke link

Tema: " Keilmuan Sebelum Berda'wah (Siri 2) "

Tarikh: 16-18 Oktober 2009/ 27-29 Syawwal 1430

Lokasi: Institut al-Qayyim (IQ), Mengkuang, Bukit Mertajam, Penang

Penyertaan: Terbuka kepada semua.

Pengisian:

1)Aqidah Shahihah wa Nawaqid al-Islam (Aqidah yang Benar & Pembatal-pembatal Keislaman) oleh [Syaikh Muhammad Sa'id ibn Abu al-Rubi'; Sijil Pengajian Islam (Univ. Riyadh, Arab Saudi), sedang menyiapkan tesis Ph.D (USM) dalam bidang Comp.Sc]

2)Fiqh al-Ibadah: Memahami Sebaik-baik Ibadah oleh [Ustadz Abdul Kadir bin Sahak; pelajar sepenuh masa B.A (MEDIU) dalam bidang Fiqh & Ushul Fiqh, bekas pegawai penyelidik IQ]

3)Da'watuna al-Kitab wa al-Sunnah 'ala Manhaj Salaf al-Ummah (Dakwah Kita Adalah al-Qur'an & al-Sunnah berdasarkan Kefahaman Salaf) oleh [Ustadz Abu Hafiz bin Salehuddin; pelajar sepenuh masa B.A (UIA) dalam bidang Pengajian al-Qur'an & al-Sunnah]

4)Pengenalan Terhadap Asas Mu'amalat & Aplikasinya Dalam Sistem Perbankan Islam oleh [Saudara Ezry Fahmy bin Edry Yusof; B.Econs (UIA) dan sedang menyiapkan CIFP (INCEIF)]

5)Manajemen Akhlak Salaf oleh [Ustadz Abdul Razak; Diploma Pengajian Islam & Dakwah (Rabithah 'Alam Islami, Mekah), B.A Hons (UIA) Pengajian al-Qur'an & al-Sunnah, dan sedang menyiapkan M.A (UIA) dalam Pengajian Hadits]

6)Kuliah Syarah Riyadhus Soliheen min Kalam Sayyid al-Mursaleen oleh [Ustadz Hisyam bin Mohd Radzi; B.A Hons (Univ. Madinah), dan M.A (USM) dalam Pengajian Hadits]

Yuran Penyertaan: PERCUMA (Pelajar yang menghadapi masalah kewangan untuk pengangkutan dari tempat masing-masing boleh memohon bantuan penganjur, insha Allah)

Anjuran: GMT, USM dan UiTM (Penang) dengan kerjasama IQ.


Tarikh akhir pendaftaran adalah 13 Oktober 2009 ini, sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran SMSkan nama beserta IPT anda kepada Abu Nashiruddin 019-5144029 atau Abdullah 0194782307 bagi peserta lelaki, dan Ummu Muhaymin 0134036368 atau Ummu Sofiyyah 013-9604922 bagi peserta perempuan.

Penginapan adalah di IQ. Sila sebarkan mesej ini.

Tentatif:

Jumaat (16 Oktober 2009)Perkara
08.30 pm Ketibaan Peserta
09.00 pm Makan dan Minum Malam
09.30 pm Sesi Ta'aruf dan Taklimat Program
11.00 pm Khidmat Diri dan Tidur

Sabtu (17 Oktober 2009)Perkara
05.00 am Bangun & Persiapan Diri
05.20 am Qiyam al-Lail
05.50 am Solat Subuh Berjama'ah
06.30 am Tadzkirah
07.10 am Khidmat Diri
07.45 am Sarapan Pagi
08.15 am Solat Sunat Dhuha & Khidmat Diri
09.00 am Pengisian 1 [Aqidah Shahihah (Akidah yang Benar]
11.00 am Kudapan
11.15 am Pengisian 2 [Nawaqid al-Islam (Pembatal-pembatal Keislaman)]
12.45 pm Short Nap
01.00 pm Makan Tengahari
01.15 pm Solat Zuhur
02.15 pm Pengisian 3 [Pengenalan Terhadap Asas Mu'amalat & Aplikasinya Dalam Sistem Perbankan Islam]
04.15 pm Solat 'Asar
05.00 pm Pengisian 4 [Manajemen Akhlak Salaf]
06.30 pm Persiapan & Khidmat Diri
07.15 pm Solat Maghrib & Tadzkirah
07.50 pm Makan Malam
08.30 pm Solat 'Isya'
09.15 pm Pengisian 5 [Da'watuna al-Kitab wa al-Sunnah 'ala Manhaj Salaf al-Ummah (Dakwah Kita Adalah al-Qur'an & al-Sunnah Berdasarkan Kefahaman Salaf)]
11.30 pm Kudapan & Khidmat Diri
11.45 pm Tidur

Ahad (18 Oktober 2009) Perkara
05.00 am Bangun & Persiapan Diri
05.20 am Qiyam al-Lail
05.50 am Solat Subuh
06.30 am Tadzkirah Subuh oleh Ustadz Abu Hafiz Salehuddin
07.15 am Riadhah di Empangan Tasik Mengkuang
08.00 am Sarapan pagi & Khidmat Diri
08.40 am Solat Sunat Dhuha
09.00 am Kuliah Syarah Kitab Riyadhus Soliheen oleh Ustadz Hisyam Mohd Radzi
11.30 am Kudapan
11.45 am Pengisian 6 [Fiqh al-'Ibadah: Memahami Sebaik-Baik Ibadah]
01.15 pm Makan Tengahari
01.30 pm Solat Zuhur
02.15 pm Resolusi
02.45 pm Bersurai

_________________
Official Blog, purify-educate.blogspot.com

التوحيد أولاً يا دعــاة الإسلام

أقيموا دولة الإسلام في نفوسكم تقم لكم في أرضكم

Monday, October 5, 2009

How Can the Muslim Discipline One's Self?



By Sheikh Muhammad Soleh Al Munajjid


Acknowledging your shortcomings is one of the first steps in disciplining yourself. Whoever acknowledges that he has shortcomings has started on the path to self-discipline. This acknowledgement is one of the things that make us discipline ourselves and be persistent in doing so. This acknowledgement should not put you off disciplining yourself. It is a sign of Allah’s care when a person tries to change himself and develop, as Allah says (interpretation of the meaning):

“Verily, Allaah will not change the condition of a people as long as they do not change their state themselves” [al-Ra’d 13:11]


So whoever tries to change for the sake of Allah, Allaah will help him to change. Each person is individually responsible for his own self, and will be questioned individually, as Allaah says (interpretation of the meaning):

“There is none in the heavens and the earth but comes unto the Most Gracious (Allaah) as a slave. Verily, He knows each one of them, and has counted them a full counting. And everyone of them will come to Him alone on the Day of Resurrection (without any helper, or protector or defender)” [Maryam 19:93-95]


Man cannot benefit from what he has been told about goodness unless he himself takes an interest in that. Do you not know the story of the wife of Nooh and the wife of Loot, who were members of the households of two Prophets, one of whom was one of the Messengers of strong will? Imagine how these Prophets strove to guide their wives and how much guidance these wives received, but there was no interest on their part, so it was said to both of them:

“Enter the Fire along with those who enter!” [al-Tahreem 66:10 – interpretation of the meaning]

Whereas the wife of Pharaoh – even though she was a member of the household of one of the greatest evildoers – is presented by Allah as an example to those who believe because she disciplined herself. The ways in which a Muslim can discipline himself are as follows:

1- Worshipping Allah, keeping in contact with Him and submitting to Him. That is done by paying attention to doing obligatory acts of worship well, and cleansing your heart of any attachment to anything other than Allah.

2- Reading Qur’aan a great deal, pondering its meanings and seeking to understand it.

3- Reading useful religious books that describe the ways of treating and cleansing the heart, such as Mukhtasar Manhaaj al-Qaasideen, Tahdheeb Madaarij al-Saalikeen and so on; reading the biographies of the salaf and learning about their attitude and behaviour, such as Sifat al-Safwah by Ibn al-Jawzi and Ayna nahnu min Akhlaaq al-Salaf by Baha’ al-Deen ‘Aqeel and Naasir al-Jaleel.

4- Attending educational programs such as classes and lectures.

5- Making good use of your time and using it to do things that will be of benefit in both worldly and spiritual terms

6- Not indulging too much in permissible things and not paying too much attention to them.

7- Keeping company with righteous people and looking for righteous companions, who can help you to do good. Those who live alone will miss out on a lot of the characteristics of a good brother such as preferring others to oneself and being patient.

8- Trying to act on what you learn and put it into practice.

9- Checking closely on yourself.

10- Having confidence in yourself – whilst relying on Allah – because the one who has no confidence cannot act.

11-Despising yourself for not doing enough for the sake of Allah. This does not contradict the things mentioned above. Man has to strive hard whilst still thinking that his efforts are not enough.

12-Practising withdrawal or isolation as prescribed in sharee’ah.You should not mix with people all the time, rather you must have some time which you spend alone, in worship as prescribed in Islam. We ask Allah to help us and you to discipline ourselves and submit to that which Allah loves and is pleased with.

May Allah send blessings and peace upon our Prophet Muhammad and upon his family and companions

Tuesday, September 15, 2009

Mereka yg Terhina & Tercela di Bulan Ramadhan


Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, agar kamu beroleh taqwa." [Surah al-Baqarah (2): 183]

Wahai jiwa yang berbolak-balik...

Sungguh, telah celaka dan terhinalah...bagi sesiapa yang pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, puasanya gagal membentuk walaupun secelumit nilai taqwa dalam dirinya...

Sungguh, amat malanglah bagi sesiapa yang pada b
ulan penuh barokah ini, dirinya tetap saja bergelumang dengan kemaksiatan atau tidak jauh bezanya dengan dirinya yang sebelum ini....

...Mengumpat, memfitnah, buruk sangka, meninggalkan dan sengaja melewatkan solat, tidak menundukkan pandangannya dari memandang perkara-perkara yang diharamka
n oleh Allah dan kemungkaran yang lainnya...

Sungguh malang...tatkala masih lagi berada di bulan ini, kita masih lagi leka, lupa dan alpa...jauh dari yang Maha Esa...hayut dengan buaian dunia...aduhai manusia...


Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w turun dari mimbar dan berkata:

"Amin, amin, amin. Maka ditanya kepada baginda: Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berkata begitu? Baginda menjawab: Jibra'il berkata kepadaku: Semoga Allah menghina orang yang apabila Ramadhan tiba dosanya tidak terampun dan aku berkata: Amin..."

[Hadits riwayat Ibn Khuzaimah no.1888, al-Tirmidzi no.3545, Ahmad no.7444 dan Ibn Hibban no.908. Rujuk Shahih al-Jami' no.3501. Juga diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Thobrani]

Menurut riwayat Ibn Hibban dalam Shahihnya lafaznya pula:

"Barangsiapa mendapatkan Ramadhan tetapi dosanya tidak diampuni, maka Allah akan menjauhinya..."

Wahai jiwa yang berbolak-balik...

Takutlah dirimu kepada Allah yang Maha Dahsyat azabNya bagi sesiapa yang mengingkari dan meremehkan perintah dan laranganNya!!!

Peliharalah diri dan keluargamu dari melakukan kemungkaran yang membawa pelakunya ke penyeksaan api neraka...

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya mala'ikah yang kasar, dan keras..." [Surah al-Tahrim (66): 6]

Sama-samalah kita memohon/berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan dalam melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan....

"Ya Allah, berilah kami bahagian dari rasa takut kepadaMu dengan sifat yang menghalangi kami dari melakukan kedurhakaan-kedurhakaan kepadaMu, rasa taat yang kepadaMu yang mengantarkan kami ke syurgaMu..."

[Hadits riwayat al-Tirmidzi dan al-Hakim dari Ibnu 'Umar. Dihasankan oleh al-Albani di dalam al-Jami' al-Soghir]

"Wahai Tuhanku, jadikanlah bulan baru dengan penuh rahmat, keimanan, keselamatan, dan Islam. Tuhanku dan Tuhan kamu ialah Allah."


[Hadits diriwayatkan oleh al-Tirmidzi no.3451. Di
shahihkan oleh al-Albani dalam Shahih al-Tirmidzi no.2745]

Jadikanlah Ramadan ini bulan paradigma dan yang bermakna buat kami ya Allah...

Sunday, September 13, 2009

Puasa Tetapi Tidak Solat

Syaikh Muhammad bin Sholih Al-‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan shalat?”

Beliau rahimahullah menjawab:


“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan shalat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan shalat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala,


فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ


“Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” [Qs. At Taubah (9): 11]


Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,


بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ


“Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan shalat.” [HR. Muslim no. 82]


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,


الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ


“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai shalat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.” [HR. Ahmad, Al-Tirmidzi, Al-Nasa’i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani]


Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan shalat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma’ (kesepakatan) para sahabat.


‘Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi’in yang sudah masyhur) mengatakan, “Para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara shalat.” [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al-'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahwa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]


Oleh kerana itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan shalat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.


Oleh sebab itu, kami katakan, “Shalatlah kemudian tunaikanlah puasa.” Adapun jika engkau puasa namun tidak shalat, amalan puasamu akan tertolak karena orang kafir (karena sebab meninggalkan shalat) tidak diterima ibadah dari dirinya.


[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]


***

Penterjemah: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel www.muslim.or.id

Sunday, September 6, 2009

Mimpi Ibnul Qayyim & Mimpi Ttg Syaikh al-Albani







Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa bermimpi melihatku ketika tidur, dia akan melihatku
ketika tidur, dia akan melihatku sewaktu jaga, atau dia benar-benar seperti melihatku pada waktu jaga kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku."

[Hadits shahih oleh Muslim, Kitab al-Ru'ya, Bab Qowl al-Nabiyy Sholla Allah 'Alayhi wa Sallam Man Roo-a-ni fi al-Manam Faqodd Roo-a-ni]

Diriwayatkan dari Abu Salamah: Aku mendengar Abu Qatadah berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Mimpi yang baik itu dari Allah, dan mimpi yang buruk itu dari syaitan..."

[Hadits shahih oleh Muslim, Kitab al-Ru'ya, Bab al-Ru'ya min Allah wa al-Hulm min al-Syaithon]

Diriwayatkan oleh Ubadah bin Shamit r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Mimpi seorang mukmin adalah sebahagian dari empat puluh enam cabang kenabian."

[Hadits shahih oleh Muslim, Kitab al-Ru'ya, Bab Ru'ya al-Mu'min Juz'un min Sittah wa Arba'uun min al-Nubuwwah]

Driwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w: Baginda bersabda:

"...Mimpi itu ada tiga macam, iaitu (1)mimpi yang baik, iaitu berita gembira dari Allah...."

[Petikan dari hadits Shahih Muslim, Kitab al-Ru'ya, Bab Idza Iqtaroba al-Zaman Lam Takad Ru'ya al-Muslim Takdzib]

P/S: Semoga Allah merahmati Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dan memasukkan mereka berdua ke dalam kelompok pejuang dan pembela agama Mu ya Allah....ameen....

Friday, September 4, 2009

Buku Tahajjud Nabi


Tajuk Buku:
Tahajjud Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
(Terjemahan dari Qiyam al-Layl Fadhluhu wa Adaabuhu wa al-Asbab al-Mu'ayyanah Alayhi fi Dhow'i al-Quran wa al-Sunnah)

Pengarang/Penulis:
Syaikh Dr. Sa’id bin Ali bin Wahf al-Qahthani

Publisher:
Media Hidayah

Price:
RM16.00

Weight:
100g

Description:

Solat malam memiliki keutamaan yang sangat besar, ia merupakan salah satu sebab utama bagi seseorang dimasukkan ke Syurga. Ia merupakan penutup kesalahan dan penghapus dosa. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sangat menitik-beratkan dan menyarankan supaya sentiasa bersolat malam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“...Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.” (HR. Muslim)

Maka, semoga dengan buku ini akan dapat membantu anda melaksanakan solat malam sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan sumber-sumber rujukan yang ilmiyah dari al-Qur’an, hadis-hadis nabi yang sahih, dan atsar para sahabat yang diredhai.

Total Pages:
118

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Tuesday, August 25, 2009

Buku Himpunan Fatwa Tentang Puasa


Nama Buku:
Pedoman Puasa

Selenggaraan:
Sakinah Ariff Johor

Terbitan:
Karya Bestari

Harga:
RM18.00 (Termasuk kos penghantaran)

Berat:
500gram

Berkaitan Buku:

Sempena bulan Ramadan yang penuh berkat ini, kami mempersembahkah buku PUASA. Ia mengandungi soalan dan jawapan mengenai pelbagai kemusykilan puasa bermula dari melihat anak bulan, ucapan selamat, jenis ibadah yang disyariatkan, keuzuran, tarawih, lailatulqadar, iktikaf sepuluh akhir Ramadan, puasa ganti, kifarat, puasa sunat, hari yang diharamkan berpuasa dan pelbagai kemusykilan lagi.

Buku ini menghuraikan secara lengkap tentang setiap persoalan yang dikemukakan disertai dalil daripada al-Quran dan sunnah. Begitu juga pendapat ulama muktabar bermula daripada sahabat, tabi'in, tabi' al-Tabiin dan para ulama Islam sehinggalah ke hari ini.

Mudah-mudahan dengan memiliki buku ini ibadah puasa yang mulia ini dapat berjalan dengan sempurna dalam memperolehi darjat orang-orang yang bertakwa.

Jumlah Muka Surat:
576 m/s.

Hubungi:

Saudara Nawawi, 012-6887715, dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

Sunday, August 23, 2009

Doa Berbuka Puasa yang Shahih


[Hadits riwayat Abu Dawud dan al-Hakim dari Ibnu 'Umar. Dishahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam al-Jami' al-Soghir no.4678]

Tuesday, July 28, 2009

Da'wah dan Tarbiyyah (Siri 9)

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template