Thursday, November 27, 2008

Memahami Orang yang Didakwah


Saya teringat sewaktu saya terlibat dalam penganjuran International Islamic Fair 2006 (IIF 2006) dahulu, terdapat salah seorang coordinator program yang merupakan seorang muslimah berbangsa Inggeris yang telah lama memeluk Islam.

Sewaktu kami bersembang-sembang sambil berkenalan dengan beliau, seorang rakan saya telah bertanya satu soalan, “How old are you, sister?”

Mungkin bagi kita soalan ini adalah soalan biasa.

Namun dalam budaya masyarakat barat, bertanyakan umur kepada seseorang perempuan adalah dianggap tidak sopan!

Di dalam dakwah, adalah amat penting untuk kita memahami keadaan orang yang kita dakwah. Ini termasuklah budaya mereka, sensitivity mereka, tahap pemikiran mereka dsb. Adakalanya kita perlu membayangkan diri kita berada di tempat mereka, dan cuba berfikir samada apa yang kita sampaikan kepada mereka boleh diterima atau tidak.

Mungkin ramai orang tahu bahawa ‘titik’ sensitif bagi masyarakat Cina adalah makanan. Seseorang itu boleh ditawan hatinya dengan makanan. Namun, tidak semua makanan yang kita anggap sedap adalah juga sedap bagi mereka. Itulah sebabnya kita perlu mengetahui serba sedikit tentang cara pemakanan mereka, restoran-restoran kegemaran mereka yang berhampiran untuk di’recommend’ kepada mereka, dan sebagainya.



Bagi orang India pula, ‘titik’ sensitif bagi mereka adalah tali kekeluargaan. Itulah sebabnya kita perlu banyakkan diskusi berkaitan dengan isu keluarga. Dalam kepercayaan agama Hindu, ibu adalah keutamaan yang paling tinggi. Ia mengikut susunan, ‘matha’ (ibu) - ‘pitha’ (bapa) - ‘guru’ (guru) - ‘dewa’ (Tuhan).

Selain itu, kaum India juga mudah untuk menghargai jasa orang yang berbuat baik kepada mereka, sehingga ke tahap orang itu boleh dianggap seperti ‘tuhan’. Mungkin itulah sebabnya baru-baru ini ada di kalangan mereka yang membina replica tokoh kegemaran mereka di Batu Caves. Itulah sebabnya membina hubungan persahabatan dan menghulurkan pertolongan kepada mereka adalah taktik dakwah yang sangat berkesan bagi masyarakat India.


Dari sudut bahasa pula, seboleh-bolehnya kita berkomunikasi dengan bahasa yang paling dekat dan mudah difahami oleh mereka. Gunakan bahasa yang mudah dan sesuai.

Sebagai contoh, adakalanya, bahasa Inggeris yang ‘kecinaan’ adalah lebih baik daripada bahasa yang ‘perfect’. Bagi orang asing atau ‘foreigner’ yang penguasaan bahasa Inggeris mereka agak kurang baik, maka perlu dipastikan bahasa dan perkataan yang kita gunakan mudah difahami oleh mereka.

“Kami tidak mengutus seorang rasulpun,
melainkan dengan bahasa kaumnya,
supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka..”

[Ibrahim 14:4]

Bentuk pendekatan dan kandungan dakwah juga perlu sesuai. Mungkin anda seorang yang hebat dalam berhujah, setanding dengan Sheikh Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik. Namun sekiranya pendekatan ini digunakan terhadap masyarakat Orang Asli atau masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak, mereka akan menjadi lebih keliru!

Ibnu Mas’ud r.a berkata,
“Tidaklah sekali-kali kamu berbicara
kepada sebahagian manusia dengan
kata-kata yang tidak sampai kepada otak mereka
kecuali hal itu hanya akan menjadi fitnah atas sebahagian mereka”
[Riwayat Bukhari, mauquf hingga Ibnu Mas’ud]


Mungkin Sheikh Ahmed Deedat dan Dr. Zakir Naik adalah dua orang tokoh dakwah yang hebat dari sudut hujah. Mereka sangat berjaya dalam dakwah mereka. Namun pendekatan mereka tidaklah sesuai kepada semua orang. Adakalanya pendekatan Sheikh Yusuf Estes, Shaikh Khaled Yasin dan Sheikh Fadel Soliman adalah lebih sesuai bagi orang lain.

Malah, dalam banyak situasi, pendekatan debat yang digunakan oleh Dr. Zakir Naik dan Sheikh Ahmed Deedat adalah kurang sesuai dalam negara kita. Kita boleh belajar daripada mereka dan mencontohi mereka, tetapi tidak boleh dilaksanakan 100% di negara kita.

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab,
melainkan dengan cara yang paling baik..

[al-Ankabut 29:46]


Seorang pendakwah itu ibarat seorang doktor. Dia memberikan penawar yang berbeza bagi penyakit yang berbeza. Jumlah dos juga berbeza bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa.


Itulah sebabnya kita perlu mengenali dan memahami orang yang hendak didakwah. Kita mungkin mempunyai banyak ‘points’ mengenai sesuatu perkara. Tetapi menyampaikan points yang terlalu banyak adakalanya boleh menyebabkan mad’u kita ‘overdosed’. Sometimes less is more and more is less.

Dalam perkara ini, kita perlu mengikuti apa yang dicontohkan kepada kita oleh Nabi SAW.

Baginda sering menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang berbeza-beza, mengikut keadaan orang yang bertanya.

Dari AbduLLah bin Mas’ud ra., dia berkata,
“Saya bertanya kepada RasuluLLah,
“Amal manakah yang paling Allah senangi?”

RasuluLLah menjawab,
“Solat tepat pada waktunya.”
Kemudian saya bertanya lagi,
“Lalu setelah itu?”

RasuluLLah menjawab,
“Berbuat baik kepada kedua orang tua.”

“Lalu apa lagi setelah itu?”
Tanyaku lagi.

RasuluLLah menjawab,
“Jihad di jalan Allah.”

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Seorang lelaki dari Khas’am berkata,
“Saya datang menemui RasuluLLah yang saat itu berada di tengah-tengah sejumlah sahabatnya.

Saya berkata,
“Bukankah engkau yang mengaku sebagai utusan Allah?”

RasuluLLah menjawab,
“Ya.”

Saya berkata,
“Amal apakah yang paling Allah senangi?”

RasuluLLah menjawab,
“Iman kepada Allah.”

“Lalu setelah itu apa?”,
Tanyaku lebih lanjut.

“Menyambung silaturrahmi,”
jawab RasuluLLah.

“Lalu setelah itu?”,
aku bertanya lebih lanjut.

“Kemudian menyuruh kepada kebajikan dan melarang kemungkaran,”
jawab RasuluLLah.”

[Riwayat Bukhari]

Daripada AbduLLah bin Umar,
dia menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada RasuluLLah lalu bertanya,
“Amal Islam apakah yang paling baik?”

RasuluLLah menjawab,
“Memberi makanan,
mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal
ataupun yang belum engkau kenal.”

[Riwayat Bukhari]

Daripada Abu Musa,
dia berkata,
RasuluLLah ditanya,
“Islam manakah yang paling baik wahai RasuluLLah?”

RasuluLLah menjawab,
“Orang yang menjadikan orang Muslim lainnya selamat
daripada kejahatan lisan dan tangannya.”

[Riwayat Bukhari]


WaLLahu a’alam.

Setiap orang boleh berdakwah!

meow!

-Firdaus-

Sumber: http://dawah4dummies.blogspot.com

Malu Untuk Sekeping Gambar


# mungkin fokus tulisan kali ini adalah kepada wanita, tetapi saya sangat mengalukan pembaca muslimin yang mungkin dapat berperanan#

Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa friendster para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa friendster yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum. Apatahlagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

comelnya awak

geramnye..cantik

aduhai, lawanya mata


Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!

Wanita Muslimah...Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.

Sumber: http://lailatulmawardah.blogspot.com

Wednesday, November 19, 2008

Al-Imam al-Syafi'e: Pembela Sunnah Nabi SAW

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Pengenalan Umum

Al-Imam al-Syafi'e (150H-204H) seperti yang disebut oleh al-Zahabi (w. 748H) :

Muhammad bin Idris bin ‘Abbas bin ‘Uthman bin Syafi’ bin al-Saib bin ‘Ubaid bin ‘Abd Yazid bin Hisyam bin al-Mutallib bin ‘Abd Manaf bin Qusaiy bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Luaiy bin Ghalib. Beliau adalah Imam, ‘alim zamannya, pembela sunnah, faqih agama, Abu ‘Abd Allah al-Qurasyi (keturunan Quraisy), juga al-Mutallibi (keturunan al-Mutallib) al-Syafi'e (keturunan al-Syafi'e) al-Makki. Kelahiran Ghazzah, bernasab (berketurunan) RasululLah s.a.w. [Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 10/5-6, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut]

Nasabnya bertemu dengan Nabi s.a.w. pada pada ‘Abd Manaf yang disebutkan namanya di atas. Syafi` pernah berjumpa Nabi s.a.w., namun teragak-agak untuk menerima Islam. Adapun al-Saib adalah pemegang bendera Bani Hasyim pada hari peperangan Badr. Beliau ditawan tentera Islam dan telah menebus dirinya sendiri, kemudian menganut Islam. [Ibn Khallikan, Wafayat al-‘Ayan, 2/312, cetakan Dar Ihya` al-Turath al-‘Arabi, Beirut]

Telah disepakati bahawa beliau lahir di Ghazzah غزة, sebuah bandar yang berada di selatan Palestin. Bapanya meninggal semasa muda, maka beliau hidup yatim di bawah jagaan ibunya. Ibunya bimbang gagal mendidiknya, maka ketika beliau berumur dua tahun ibunya memindahkannya ke tempat asal keturunannya iaitu Mekah. [Al-Zahabi, op. cit, 10/6]

Semasa kecilnya beliau begitu gemar memanah, sehingga berjaya mengatasi saingannya. Kemudian berminat dengan bahasa ‘Arab dan syair, sehingga menjadi pakar dalam bidang tersebut. Selepas itu beliau mencintai ilmu fekah, sehingga mengepalai manusia pada zamannya . [Lihat: ibid, 10/6]

Sebagai peringatan di sana ada kitab yang dusta mengenai al-Rihlah ila al-Rasyid yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafi’e. Dalam kitab tersebut banyak riwayat-riwayat yang bohong dan karut. Antara ianya mencerita bahawa Al-Imam al-Syafi'e bertemu dengan al-Qadi Abu Yusuf (w 182H), tokoh utama mazhab Abi Hanifah di Baghdad, sedangkan al-Qadi Abu Yusuf telah meninggal sebelum al-Imam al-Syafi’e masuk ke Baghdad. Lebih buruk lagi ianya mencerita tokoh terkenal ulama Islam al-Imam Muhammad bin Hasan al-Syaibani (w 189H) dan juga al-Qadi Abu Yusuf merancang agar dibunuh al-Imam al-Syafi'e dengan membuat tuduhan terhadapnya di hadapan khalifah. Ini adalah fitnah yang besar terhadap kedua imam yang agung tersebut. Kedudukan kedua-dua imam yang agung itu memustahilkan mereka melakukan perkara yang seperti itu.

Bahkan di dalam kitab tersebut berbagai pembohongan lagi. [Lihat: Al-Jarrahi, Kasyf al-Khafa`, 2/401-402, cetakan Dar Ihya al-Tutath al-‘Arabi, Beirut] Ini semata-mata untuk memperlihat taksubnya kepada imam al-Syafi'e. Ini semua datangnya datang daripada ‘Abd Allah bin Muhammad al-Balawi, seorang pendusta. Malangnya beberapa tokoh telah memetik apa yang diriwayatkannya tanpa menjelaskan pembohongan isi kandungannya. Termasuklah antara mereka al-Imam al-Baihaqi (w. 458H) di dalam Manaqib al-Syafi'e [Lihat: Syu‘aib al-Arnaut, Tahqiq Siyar ‘Alam al-Nubala, 10/78-79]. Bahkan menurut Al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) al-Imam al-Syafi'e datang ke Bahgdad pada tahun 184H. Beliau telah berdialog dengan al-Imam Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani di hadapan khalifah Harun al-Rasyid. Muhammad bin al-Hasan memuji al-Imam al-Syafi'e disebabkan kebijaksanaannya. Sehingga beliau memuliakan al-Imam al-Syafi'e dan mengambilnya sebagai tetamu. Adapun Al-Qadi Abu Yusuf telah meninggal setahun, atau dua tahun sebelum itu [Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 10/263, cetakan Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, Beirut].

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memetik kisah-kisah para ulama yang lampau agar tidak terfitnah mereka yang tidak bersalah hasil daripada sikap golongan yang taksub lagi jahat.

‘Aqidah al-Imam al-Syafi'e

Al-Imam al-Syafi'e beraqidah dengan aqidah Ahl al-Hadith dan beliau amat membenci ilmu kalam dan falsafah. Ahl al-Hadith atau disebut sebagai Ashab al-Hadith berpegang kepada aqidah yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Hadith. Mereka menolak berfalsafah dalam aqidah seperti yang dibuat oleh ahli ilmu kalam. Mereka tidak membicarakan sifat-sifat Allah luar daripada ajaran al-Kitab dan al-Sunnah. Ahl al-Hadith (Ahl al-Hadith adalah juga nama kepada Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah yang disebut sebagai al-firqah al-Najiyyah) bermaksud “Mereka yang mementingkan hadith RasululLah s.a.w; sama ada dari segi riwayah dan dirayah (periwayatan atau kefahaman). Mereka bersungguh-sungguh mengkaji hadith-hadith Nabi s.a.w dan meriwayatkannya. Mereka mengikuti kandungannya dalam ilmu dan amalan. Mereka beriltizam dengan sunnah dan menjauhi bid‘ah. Mereka berbeza dengan Ahl al-Ahwa` (golongan yang berpegang dengan hawa nafsu) yang mengutamakan pendapat golongan yang sesat melebihi ucapan-ucapan RasululLah s.a.w. Golongan Ahl Ahwa` mendahulukan akal mereka yang rosak, mantiq (ilmu lojik akal) mereka yang bercanggah dan ucapan meraka yang bertentangan melebihi apa yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah” [Al-Misri: Muhammad ‘Abd al-Hadi, Ma‘alim al-Intilaqah al-Kubra m.s. 49, cetakan Dar Taiyibah, Riyadh].

Kata al-Imam Abu ‘Uthman al-Sabuni (w. 449H): “Ashab al-Hadith yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah –semoga Allah memelihara mereka (ashab al-Hadith) yang masih hidup dan merahmati mereka yang sudah meninggal-bersaksi keesaan untuk Allah sementara kerasulan dan kenabian untuk Rasul s.a.w. Mereka mengenali tuhan mereka azza wa jalla dengan sifat yang dinyatakan oleh wahyu dan kitabNya. Juga apa yang disaksikan oleh RasulNya s.a.w., berdasarkan apa yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat sahih, dan yang diambil daripada baginda melalui para rawi yang adil lagi dipercayai. Ashab al-Hadith menetapkan bagi Allah jalla jalaluh apa (sifat-sifat dan nama-nama) yang Allah tetapkan untuk dirinya di dalam kitabNya dan atas lisan RasulNya s.a.w. Mereka tidak beriktikad dengan tasybih (menyamakan) sifat-sifatNya dengan sifat-sifat makhlukNya..” [Abu ‘Uthman al-Sabuni, ‘Aqidah al-Salaf Ashab al-Hadith, m.s. 26, cetakan Maktabah al-Ghuraba` al-Athariyyah, Madinah]

Kata al-Imam al-Syafi'e : “Pegangan dalam sunnah RasululLah yang aku berada di atasnya, dan aku lihat sahabat-sahabat kita (para ulama) berada di atasnya, mereka itu ahl al-Hadith yang aku telah lihat dan mengambil daripada mereka seperti Sufyan bin ‘Uyainah عيينة, Malik (Maksudnya al-Imam Malik bin Anas r.h) dan selain mereka ialah:

- Ikrar dengan syahadah bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah, dan Muhammad itu RasululLah. Sesungguhnya Allah di atas ‘arasyNya di langit. Dia menghampiri sesiapa yang dikehendakiNya di kalangan makhluk-makhlukNya dengan cara yang Dia kehendaki.

- Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia seperti mana yang Dia kehendaki.

- Bagi Allah itu nama-nama dan sifat-sifat. Ianya didatangkan oleh kitabNya, dan Nabi pula memberitahunya kepada umat. Tidak boleh untuk seseorang dari makhluk Allah Ta‘ala yang telah ditegakkan ke atasnya hujjah (bermaksud telah dijelas dan terangkan kepadanya dengan hujah atau dalil yang kukuh), menolaknya. Ini kerana ianya telah dinyatakan di dalam al-Quran, dan ada sabda yang sahih daripada RasululLah mengenai hal ini, yang diriwayatkan daripada golongan yang adil. Sesiapa yang menyanggahinya selepas thubut hujah (bermaksud dia telah mendengar hujah yang terang dan kukuh) ke atasnya, maka dia seorang kafir. Adapun sebelum thubut hujah ke atasnya maka dia dimaafkan kerana jahil. Ini kerana ilmu dalam masalah ini tidak dapat diperolehi hanya dengan akal, atau pandangan, atau fikiran. Tidak dikafirkan sesiapa yang jahil mengenainya. Melainkan setelah thubut berita (Maksudnya berita mengenai hal tersebut sampai dengan jelas dan kukuh) tersebut sampai kepadanya. Kita menetap (bagi Allah) sifat-sifat ini (Maksudnya sifat-sifat Allah yang dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah) dan menafikan terhadap Allah tasybih (Menyamakan Allah dengan makhluk) seperti mana Dia menafikan tasybih terhadap diriNya, firmanNya:

(terjemahannya: “Tiada sesuatu pun yang sama denganNya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat) " (Surah al-Syura:11)

- Kekhalifahan Abu Bakr telah Allah putuskan di langitNya. Dia telah menghimpunkan atas kekhalifahan Abu Bakr semua hati para sahabat NabiNya s.a.w. [Al-Imam al-Syafi'e, Wasiyyah al-Imam al-Syafi'e, m.s 53-58, cetakan al-Maktab al-Islami, Beirut]

Aqidah Ahl al-Hadith adalah ‘aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Ianya adalah ‘aqidah yang diasaskan oleh Nabi s.a.w bukan diasaskan oleh sesiapa. Sumber ‘aqidah adalah al-Quran dan al-Sunnah. Maka Ahl al-Hadith ‘aqidah mereka diasaskan semenjak kedua sumber tersebut wujud di atas muka bumi. Inilah ‘aqidah yang dipegang oleh para sahabah dan mereka yang mengikuti sahabah. Kata al-Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Dahlawi al-Madani (w. 1375H): “Sesungguhnya jalan golongan Ahl al-Hadith bukanlah satu mazhab baru, bahkan ia adalah yang paling asal yang berada di atasnya RasululLah s.a.w. Baginda mewariskannya kepada sahabah-sabahahnya yang agung. Sesungguhnya sahabah r.a. telah mengajar jalan ini kepada mereka yang menganut Islam di tangan mereka” [Ahmad al-Dahlawi al-Madani, Tarikh Ahl al-Hadith, m.s. 29, cetakan Maktab al-Ghuraba` al-Athariyyah, Madinah].

Adapun dakwaan yang menyatakan al-Imam al-Syafi’e beraqidah dengan apa yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-‘Asy‘ari adalah tidak benar. Ini kerana al-Imam al-Syafi'e meninggal pada tahun 204H [Lihat: Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 10/76], adapun al-Imam Abu al-Hasan al-‘Asy‘ari lahir pada 260H dan meninggal pada 324H [Lihat: ibid 15/85-86]. Al-Imam al-Syafi'e meninggal 50 tahun sebelum kelahirannya. Kalau Ahl al-Sunnah itu baru sahaja diasaskan pada zaman Abu al-Hasan al-‘Asy ‘ari, bagaimana dengan aqidah para imam yang wafat sebelum daripada kelahiran beliau, termasuklah kesemua imam yang empat?

Adapun dakwaan menyatakan bahawa al-Imam al-Syafi'e terpengaruh dengan Syi’ah seperti yang disebut oleh mereka yang membencinya pada zamannya dan buku-buku segelintir pengikut mazhab fiqh yang lain (Segelintir tokoh-tokoh pada zaman dahulu menuduh al-Syafi'e sebagai syi`ah disebabkan beberapa pandangannya di dalam masalah furu’ yang menyamai pandangan golongan Syi`ah, seperti masalah membaca basmalah secara jahr (terang) dan qunut subuh. [lihat: Al-Zahabi, Al-Ruwah al-Thiqat, 1/31, cetakan Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Beirut]. Adalah disebabkan salah faham, atau taksub kepada mazhab mereka dan membenci al-Imam al-Syafi'e. Dakwaan ini adalah palsu. Kata al-Imam al-Zahabi (w. 748H): “Sesiapa yang menyatakan al-Syafi'e menganut Syi`ah maka dia adalah pendusta. Dia tidak tahu apa yang dia ucapkan”. Katanya juga: “Sekiranya beliau itu syi`ah –beliau sebenar jauh dari itu semua - beliau tidak akan menyatakan bahawa al-Khulafa al-Rasyidin itu lima; bermula dengan Abu Bakr al-Siddiq dan diakhiri dengan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz” [Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 10/58-59].

Al-Imam al-Syafi'e Menentang Ilmu Kalam

‘Aqidah yang diajar oleh Nabi s.a.w adalah ‘aqidah yang bersih dan mudah difahami. Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan ‘aqidah adalah perkara yang paling mudah dan senang untuk dimengertikan oleh semua lapisan umat. Ini kerana persoalan ‘aqidah mesti difahami oleh mereka yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai. Kalaulah perbahasan ‘aqidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya? Malangnya kemasukan pengaruh Yunan ke dalam pemikiran sebahagian umat Islam telah menyebabkan mereka menjadikan ilmu kalam sebagai ‘aqidah dan meminggirkan persoalan-persoalan asasi dalam ‘aqidah Islamiyyah. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ianya bukannya ‘aqidah….Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah ‘aqidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” [Dr Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Dai‘iyah, m.s. 92, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut].

Golongan ahli falsafah dalam penulisan mereka memulakan perbahasan dengan ilmu mantiq (Ilmu mantiq yang berasal daripada Yunan ini kononnya untuk menjadikan cara fikir betul dan berperaturan) (ilmu lojik akal) kemudian ilmu tabiat (Ilmu ini membahaskan tentang tabiat atau sifat semula jadi sesuatu dan kekuatannya), kemudian ilmu hisab kemudian kepada ilmu ketuhanan. Maka kita lihat ahli-ahli ilmu kalam yang terpengaruh dengan pemikiran ahli falsafah ini mengikuti cara yang sama dalam penulisan dan perbahasan mereka mengenai tauhid. Mereka memulakan perbahasan mereka dalam ilmu kalam dengan bab al-Nazr النظر (pemerhatian), ilmu dan dalil. Ini adalah sebahagian daripada ilmu mantiq. Kemudian mereka akan membahaskan tentang baharunya alam dan membuktikan kebaharuannya. Kebanyakan ahli falsafah meluaskan perbahasan mereka mengenai ilmu tabi‘at. Kemudian mereka meningkat kepada perbahasan mengenai cakerawala atau falak dan hal-hal berkaitannya. Kemudian golongan yang mencari tuhan dari kalangan mereka meningkat kepada persoalan wajib al-wujud (wajib wujud), kemudian mengenai akal dan diri. Inilah yang dilakukan oleh ahli ilmu kalam.

Kemuncak dan tujuan daripada perbahasan tauhid ilmu kalam ialah untuk membuktikan keesaan Allah dan tiada sekutu baginya. Mereka menyangka ini yang dimaksudkan dengan tuntutan La ila illa Allah [Lihat: Dr Sulaiman al-Asyqar, Al-‘Aqidah fi Allah m.s 32-33, cetakan Maktabah al-Falah, Kuwait].

Adapun manhaj al-Quran yang diturunkan Allah menjadikan pembukaan dakwah keseluruhan para rasul ialah dakwah kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah, atau yang kita namakan Tauhid al-Uluhiyyah atau Tauhid al-‘Ibadah. Tidak berpada sekadar membahaskan keesaannya, tetapi kemuncak tauhid ialah pengabdian diri hanya kepada Allah. Firman Allah :

(terjemahannya) Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu” [Surah al-Anbiya: 25].

Semua rasul menyeru kaumnya kepada ibadah:

(terjemahannya): "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus pada setiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu mengabdikan diri kepada Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya." [Surah al-Nahl: 36]

Sumber ilmu untuk mengenali Allah dan alam ini ialah Allah itu sendiri seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Mengenali Allah membawa insan mengenali segala-galanya. Mengetahui kalam Allah dan kalam al-Rasul seseorang akan mengenali Allah dengan tepat, bukan dengan mantiq Yunan. Justeru itu al-Imam al-Bukhari sebelum memulakan kitab al-Iman dan al-‘Ilm (ilmu) mendahulukan kitab Bad`i al-Wahy (bermulanya wahyu).

Maka dakwah kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah adalah kemuncak dakwah para Rasul. Di dalamnya terkandung makna mengenali Allah dan bertauhid untukNya. Adapun sekadar mengakui keesaan Allah dan hanya Dialah pencipta seperti yang dituntut dalam ilmu kalam, itu hanya satu juzuk daripada manhaj al-Quran tetapi bukan keseluruhannya. Al-Quran menyeru agar ditauhidkan Allah dan mengakuinya hanya Dialah pencipta. Inilah yang kita namakan dengan Tauhid al-Rububiyyah. Namun ini tidak mencukupi. Ianya hendaklah disempurnakan dengan Tauhid al-Uluhiyyah yang memutlakkan ibadah dan tauhid hanya kepadaNya. Ini menuntut antaranya [Lihat: Dr. Muhammad Na‘im Yasin, Al-Iman, m.s. 24-27, cetakan Jordan] agar kita :

1. Mengikhlaskan cinta kepada Allah.
2. Hanya berdo‘a, bertawakkal dan berharap kepadaNya dalam perkara-perkara yang hanya Dia mampu melakukannya.
3. Hanya takut yang mutlak kepadaNya.
4. Untuk Allah sahaja seluruh ibadah.

Tauhid inilah yang terkandung dalam hakikatnya keseluruhan tauhid yang lain; al-Rubbiyyah dan Tauhid al-Asma wa al-Sifat [Ibid, m.s. 22]. Inilah seruan para rasul.

Kalau sekadar mengakui Allah sebagai pencipta sudah memadai, tentulah golongan musyrikin sudah memenuhi tuntutan tersebut. Firman Allah menceritakan hal musyrikin:

(terjemahannya) Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (insaf)? "Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?" Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?" Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!" Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?" [Surah al-Mu`minun : 84-89]

Firman Allah juga:

(terjemahannya): Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). " [Surah Luqman: 25]

Kata Ibn Abi al-Izz al-Dimasyqi (w. 792H): “Tiada di sana golongan yang menetapkan bagi alam ini dua pencipta yang sama. Namun begitu, ahli kalam, nazr (Gelaran untuk ahli kalam. Bermaksud golongan yang membuat pemerhatian dan kesimpulan) dan falsafah bersusah payah menetap dan membuktikan hal ini (bahawa bagi alam hanya satu pencipta (Keyakinan bagi alam hanya satu pencipta adalah fitrah insan, yang tidak berhajatkan kepada hujah golongan ahli kalam dan falsafah)." [Ibn Abi ‘Izz, Syarh al-‘Aqidah al-Tahawiyyah, 1/28, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut].

Ini disebabkan kekeliruan mereka dalam memahami tauhid al-Uluhiyyah atau disebut al-ilahiyyah [Lihat: ibid, 1/2]. Akhirnya kita lihat perbahasan tauhid secara ilmu kalam tidak membawa seseorang kepada keimanan yang teguh dan berwaspada terhadap syirik serta perkara yang membatalkan iman. Sebab itulah ramai yang menghafal ilmu kalam, tetapi mereka masih lagi tidak mengikhlaskan tauhid kepada Allah kerana sangkaan cukuplah dengan mengakui Allah sebagai tuhan dan pencipta.

Lebih daripada itu perbahasan tauhid secara ilmu falsafah dan kalam telah mengheret sebahagian besar golongan umat Islam ke dalam kancah perbahasan ketuhanan yang menyanggahi dasar-dasar yang terkandung dalam al-Quran dan l-Sunnah. Al-Imam al-Syafi'e samalah seperti imam-imam Ahl al-Sunnah yang lain, mereka mengutuk dan mencerca ilmu ini. Bahkan cercaan al-Imam al-Syafi'e terhadap falsafah dan kalam paling banyak diriwayatkan dibandingkan imam-imam yang lain. Antara katanya:

- (maksudnya) "Kalaulah manusia tahu hawa nafsu yang ada dalam ilmu kalam nescaya mereka akan lari daripadanya seperti mana mereka lari daripada singa". [Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala, 10/16]

- (maksudnya) "Tiada sesuatu yang lebih aku benci dari ilmu kalam dan ahlinya". [Ibid, 10/19]

- (maksudnya): "Wahai Rabi’ ! (Beliau adalah al-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi , imam, muhaddith, faqih, anak murid al-Imam al-Syafi'e dan pewaris ilmunya. Lahir pada 174H, meninggal 270H. [Al-Zahabi. Siyar ‘Alam al-Nubala`, 12/587]. Ambillah daripadaku tiga perkara. (Pertama) Jangan masuk campur memperkatakan mengenai sahabah-sahabah RasululLah s.a.w (Maksudnya mengenai pertelingkahan yang berlaku di kalangan mereka) kerana sesungguhnya esok yang akan menjadi musuh kamu ialah Nabi s.a.w. (Kedua) Jangan kamu sibuk dengan ilmu kalam, kerana sesungguhnya aku telah melihat ahli ilmu kalam melakukan ta’til (Ta’til bermaksud menafikan makna yang sahih pada sifat Allah tanpa diganti dengan makna yang lain." [lihat: Salih al-Fauzan, Syarh al-‘Aqidah al-Wasitiyyah, m.s. 14, cetakan Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh]. (Ketiga) Jangan engkau menyibukkan diri dengan ilmu bintang". [ibid, 10/28]

- (maksudnya): "Hukumanku terhadap ahli kalam ialah hukum ‘Umar (ibn Khattab) terhadap Sabigh" (Al-Zahabi, op.cit. 10/29) – (Namanya Sabigh bin ‘Isl al-Hanzali. Dia datang ke Madinah dan bertanyakan tentang ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Quran. Dia dipukul oleh Saiyyidina ‘Umar dengan pelepah tamar kering sehingga berdarah kepalanya. Dia berkata: “Cukuplah wahai amir al-mu`minin, telah hilang apa yang ada dalam kepalaku”". [lihat Tahqiq Siyar ‘Alam al-Nubala, 10/29].

- (maksudnya) "Hukumanku terhadap ahli kalam ialah hendaklah dipukul dengan pelepah tamar (Jarid asalnya bermaksud pelepah tamar yang dibuang daunnya), diletak di atas unta dan dibawa mengelilingi orang ramai dengan diseru: Inilah balasan sesiapa yang meninggalkan kitab Allah dan sunnah lalu mengadap kepada ilmu kalam". [Al-Zahabi, Siyar’Alam al-Nubala, 10/29]

- "Jika seseorang berwasiat memberikan buku-buku ilmunya kepada seseorang. Di dalam buku-buku tersebut ada buku-buku kalam, maka ianya tidak termasuk dalam wasiat berkenaan. Ini kerana buku-buku kalam tidak termasuk dalam ilmu". [Al-Zahabi, op.cit. 10/30]

Di sana banyak lagi ucapan-ucapan beliau yang menggambarkan pendiriannya yang menentang ilmu kalam dan inilah pendirian para ulama hadith sejak dahulu.

Al-Imam al-Syafi'e Menyuruh Berpegang Kepada Sunnah dan Meninggalkan Taksub

Al-Imam al-Syafi'e sama seperti imam-imam mazhab empat yang lain, mereka melarang orang ramai taksub kepada pendapat mereka. Semua imam-imam menyeru orang ramai berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah, serta jangan berpegang kepada pendapat mereka jika didapati ianya tidak menyamai apa yang ada di dalam al-Kitab dan al-Sunnah.

Golongan yang taksub kepada mazhab dan memusuhi mereka yang tidak sealiran dengan pendapat mazhab tertentu dalam sesuatu hukum sebenarnya adalah menyanggahi arahan para imam. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab sebagai mempunyai kuasa membuat syari`at (Kuasa menentu syariat hanyalah milik Allah SWT) dan menganggap perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid (Taklid maksudnya ikut tanpa mengetahui dalil) kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah (Maksudnya tabi`in dan tabi’ al-tabi`in) sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (Muhaqqiq daripada perkataan tahqiq yang bermaksud mereka yang mengkaji, menyemak dan memastikan kekuatan atau kesahihan sesuatu hujah atau fakta) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah” [Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, cetakan: Dar al-Sahwah, Kaherah].

Di sini kita sebutkan beberapa ucapan al-Imam al-Syafi'e, imam kita yang membela kitab Allah dan sunnah RasululLah s.a.w yang menyuruh berpegang kepada sunnah dan melarang taklid buta kepada pendapatnya;

- (maksudnya) "Setiap apa yang aku ucapkan dan didapati apa yang sahih yang diriwayatkan oleh RasululLah menyanggahi pendapatku, maka ianya (hadith Nabi s.a.w) itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku" [Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 10/33] – (maksudnya: "jangan mengikutku dalam pendapat-pendapat beliau yang tidak bertepatan dengan sunnah RasululLah s.a.w.")

- “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam kitabku menyanggahi sunnah RasululLah s.a.w, maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku." [Al-Zahabi, op.cit. 10/34]

- Seorang lelaki berkata kepada al-Imam al-Syafi'e: “Apakah engkau akan berpegang dengan hadith ini, wahai Abu ‘Abd Allah? (Gelaran al-Imam al-Syafi'e)”. Jawab beliau: “Apabila diriwayatkan daripada RasululLah sesuatu hadith yang sahih dan aku tidak mengambilnya, maka ketahuilah bahawa akalku telah hilang”. [Ibid, 10/34]

- Kata al-Humaidi (Al-Humaidi adalah salah seorang imam hadith yang masyhur. Mengambil hadith – walaupun tidak banyak - daripada al-Imam al-Syafi'e. Murid kepada Fudail bin ‘Iyadh, Sufyan bin ‘Uyainah dan lain-lain. Salah seorang guru al-Imam al-Bukhari. Meninggal pada 219H. [Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 10/616]: "Suatu hari al-Syafi'e meriwayatkan sebuah hadith. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang kristian (Perkataan zunnar bermaksud tali pinggang yang dipakai oleh orang kristian) sampai apabila aku mendengar sesuatu hadith daripada RasuluLah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya?" [ibid, 10/34]

- “Langit manakah yang akan memayungiku, bumi manakah yang akan menanggungku, jika aku meriwayatkan hadith daripada RasululLah s.a.w. lalu aku tidak berpegang kepadanya” [Al-Zahabi, op.cit, 10/35]

- “Setiap hadith daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku” (Maka dengan ini, seseorang dianggap berpegang dengan al-imam al-Syafi'e selagimana dia berpegang kepada hadith-hadith Nabi s.a.w. sekalipun al-Imam al-Syafi'e tidak menyebutnya).

- “Apabila sahihnya sesuatu hadith maka itulah mazhabku. Jika sahihnya sesuatu hadith maka campakkan pendapatku ke dinding” (Di samping itu hendaklah kita sedar, bahawa bukan semua hadith yang sahih yang tidak diamalkan oleh al-Imam al-Syafi'e disebabkan beliau tidak menemuinya. Demikian juga imam-imam yang lain. Di sana ada syarat-syarat yang lain untuk seseorang ahli ilmu berpegang dengan sesuatu hadith, seperti mengetahui ilmu nasikh mansukh, sabab al-wurud, gharib al-Hadith, musykil al-hadith dan lain-lain. Maka tidak wajar bagi seseorang yang tidak memahami ilmu-ilmu ini di samping bahasa ‘arab, usul al-Fiqh juga perkara-perkara berkaitan dengannya lalu cuba mengeluarkan pandangan secara sendirian terhadap hukum-hakam syarak hanya kerana membaca terjemahan sesuatu hadith yang sahih. Dia hendaklah menyandarkan fahamannya kepada mana-mana imam-imam yang muktabar, atau kepada ahli ilmu yang berkemampuan. Sesiapa yang berfatwa tanpa ilmu, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati agama).

- Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunnah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia”. [Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263, cetakan Dar al-Fikr, Beirut]

- “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedang ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi s.a.w. yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati”. ([bid, 2/266]

Penutup

Inilah pengenalan ringkas mengenai pendirian al-Imam al-Syafi'e r.h sebagai pembela sunnah RasululLah s.a.w.

Friday, November 14, 2008

Hak-Hak Wanita Dalam Islam


Penulis: Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah


Sesungguhnya Islam menempatkan wanita pada posisi yang tinggi dan sejajar dengan pria. Namun dalam beberapa hal ada yang harus berbeda, karena pria dan wanita hakikatnya adalah makhluk yang berbeda. Kesalahan dalam memahami ajaran yang benar inilah yang menjadikan Islam kerap dituding sebagai agama yang menempatkan wanita sebagai “warga kelas dua.” Benarkah? Semak kupasannya!


Suatu hal yang tidak kita sangsikan bahwa Islam demikian memuliakan wanita, dari semula makhluk yang tiada berharga di hadapan “peradaban manusia”, diinjak-injak kehormatan dan harga dirinya, kemudian diangkat oleh Islam ditempatkan pada tempat yang semestinya dijaga, dihargai, dan dimuliakan. Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberikan banyak kebaikan kepada hamba-hamba-Nya.


Keterangan ringkas yang akan dibawakan, sedikitnya akan memberikan gambaran bagaimana Islam menjaga hak-hak kaum wanita, sejak mereka dilahirkan ke muka bumi, dibesarkan di tengah keluarganya sampai dewasa beralih ke perwalian sang suami.


1. Pada Masa Kanak-kanak


Di masa jahiliah tersebar di kalangan bangsa Arab khususnya, kebiasaan menguburkan anak perempuan hidup-hidup karena keengganan mereka memelihara anak perempuan. Lalu datanglah Islam mengharamkan perbuatan tersebut dan menuntun manusia untuk berbuat baik kepada anak perempuan serta menjaganya dengan baik. Ganjaran yang besar pun dijanjikan bagi yang mau melaksanakannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan anjuran dalam sabda-Nya:


مَنْ عَالَ جَارِيَتَيْنِ حَتَّى تَبْلُغَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ (وَضَمَّ أَصَابِعَهُ)

“Siapa yang memelihara dua anak perempuan hingga keduanya mencapai usia baligh maka orang tersebut akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aku dan dia1 seperti dua jari ini.” Beliau menggabungkan jari-jemarinya. [HR. Muslim no. 6638 dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu]


‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkisah: “Datang ke rumahku seorang wanita peminta-minta beserta dua putrinya. Namun aku tidak memiliki apa-apa yang dapat kusedekahkan kepada mereka kecuali hanya sebutir kurma. Wanita tersebut menerima kurma pemberianku lalu dibaginya untuk kedua putrinya, sementara ia sendiri tidak memakannya. Kemudian wanita itu berdiri dan keluar dari rumahku. Tak berapa lama masuklah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kuceritakan hal tersebut kepada beliau. Usai mendengar penuturanku beliau bersabda:


مَنِ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ

“Siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu ia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang/penutup baginya dari api neraka.” [HR. ِAl-Bukhari no. 1418 dan Muslim no. 6636]


Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu dalam penjelasan atas hadits di atas: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutnya dengan ujian (ibtila`), karena manusia biasanya tidak menyukai anak perempuan (lebih memilih anak lelaki), sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang kebiasaan orang-orang jahiliah:


وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِاْلأُنْثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيْمٌ. يَتَوَارَى مِنَ الْقَوْمِ مِنْ سُوْءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُوْنٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلاَ ساَءَ مَا يَحْكُمُوْنَ

“Apabila salah seorang dari mereka diberi kabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, menjadi merah padamlah wajahnya dalam keadaan ia menahan amarah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak karena buruknya berita yang disampaikan kepadanya. (Ia berpikir) apakah ia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” [An-Nahl: 58-59]


Hadits-hadits yang telah disebutkan di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak perempuan, memberikan nafkah kepada mereka dan bersabar memelihara mereka. [Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 16/395]


Islam mewajibkan kepada seorang ayah untuk menjaga anak perempuannya, memberi nafkah kepadanya sampai ia menikah dan memberikan kepadanya bagian dari harta warisan.


2. Dalam masalah pernikahan


Wanita diberi hak untuk menentukan pendamping hidupnya dan diperkenankan menolak calon suami yang diajukan orang tua atau kerabatnya bila tidak menyukainya. Beberapa hadits di bawah ini menjadi bukti:


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ تُنْكَحُ اْلأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ وَكَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: أَنْ تَسْكُتَ


“Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah (dimintai pendapatnya), dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan hingga diminta izinnya.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah izinnya seorang gadis?” “Izinnya adalah dengan ia diam”, jawab Rasulullah.
" [HR. Al-Bukhari no. 5136 dan Muslim no. 3458 dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu]

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنَّ الْبِكْرَ تَسْتَحِي. قاَلَ: رِضَاهَا صَمْتُهَا

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang gadis itu malu (untuk menjawab bila dimintai izinnya dalam masalah pernikahan).” Beliau menjelaskan, “Tanda ridhanya gadis itu (untuk dinikahkan) adalah diamnya.” [HR. Al-Bukhari no. 5137]


Khansa` bintu Khidam Al-Anshariyyah radhiyallahu ‘anha mengabarkan, ayahnya menikahkannya dengan seorang lelaki ketika ia menjanda. Namun ia menolak pernikahan tersebut. Ia adukan perkaranya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hingga akhirnya beliau membatalkan pernikahannya. [HR. Al-Bukhari no. 5138]


Hadits di atas diberi judul oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullahu dalam kitab Shahih-nya: Bab Apabila seseorang menikahkan putrinya sementara putrinya tidak suka maka pernikahan itu tertolak.


Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash-Shiddiq menceritakan, salah seorang putri Ja’far2 merasa khawatir walinya akan menikahkannya secara paksa. Maka ia mengutus orang untuk mengadukan hal tersebut kepada dua syaikh dari kalangan Anshar, ‘Abdurrahman dan Majma’, keduanya adalah putra Yazid bin Jariyah. Keduanya berkata, “Janganlah kalian khawatir, karena ketika Khansa` bintu Khidam dinikahkan ayahnya dalam keadaan ia tidak suka, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menolak pernikahan tersebut.” [HR al-Bukhari no. 6969]


Buraidah ibnul Hushaib radhiyallahu ‘anhu mengabarkan:


جَاءَتْ فَتَاةٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقاَلَتْ: إِنَّ أَبِي زَوَّجَنِي ابْنَ أَخِيْهِ لِيَرْفَعَ بِي خَسِيْسَتَهُ. قَالَ: فَجَعَلَ اْلأَمْرَ إِلَيْهَا، فَقَالَتْ: قَدْ أَجَزْتُ مَا صَنَعَ أَبِي، وَلَكِنْ أَرَدْتُ أَنْ تَعْلَمَ النِّسَاءُ أَنْ لَيْسَ لِلآبَاءِ مِنَ اْلأَمْرِ شَيْءٌ

“Pernah datang seorang wanita muda menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam rangka mengadu, ‘Ayahku menikahkanku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaan yang ada padanya dengan pernikahanku tersebut’, ujarnya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyerahkan keputusan padanya (apakah meneruskan pernikahan tersebut atau membatalkannya). Si wanita berkata, ‘Aku membolehkan ayah untuk melakukannya. Hanya saja aku ingin para wanita tahu bahwa ayah mereka tidak memiliki urusan sedikitpun dalam memutuskan perkara seperti ini’. [HR. Ibnu Majah no. 1874, kata Syaikh Muqbil bin Hadi rahimahullahu dalam Al-Jami’ush Shahih (3/64), “Hadits ini shahih menurut syarat Al-Imam Muslim.”]


Islam memberikan hak seperti ini kepada wanita karena Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan wanita sebagai penenang bagi suaminya dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kehidupan suami istri ditegakkan di atas mawaddah wa rahmah. Maka bagaimana akan terwujud makna yang tinggi ini apabila seorang gadis diambil secara paksa sebagai istri sementara ia dalam keadaan tidak suka? Lalu bila demikian keadaannya, sampai kapan pernikahan itu akan bertahan dengan tenang dan tenteram?


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu menyatakan: “Tidak boleh seorang pun menikahkan seorang wanita kecuali terlebih dahulu meminta izinnya sebagaimana hal ini diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Apabila si wanita tidak suka, maka ia tidak boleh dipaksa untuk menikah. Dikecualikan dalam hal ini, bila si wanita masih kecil, karena boleh bagi ayahnya menikahkan gadis kecilnya tanpa meminta izinnya. Adapun wanita yang telah berstatus janda dan sudah baligh maka tidak boleh menikahkannya tanpa izinnya, sama saja baik yang menikahkannya itu ayahnya atau yang lainnya. Demikian menurut kesepakatan kaum muslimin.”


Ibnu Taimiyyah rahimahullahu melanjutkan: “Ulama berbeda pendapat tentang izin gadis yang akan dinikahkan, apakah izinnya itu wajib hukumnya atau mustahab (sunnah). Yang benar dalam hal ini adalah izin tersebut wajib. Dan wajib bagi wali si wanita untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam memilih lelaki yang akan ia nikahkan dengan si wanita, dan hendaknya si wali melihat apakah calon suami si wanita tersebut sekufu atau tidak. Karena pernikahan itu untuk kemaslahatan si wanita, bukan untuk kemaslahatan pribadi si wali.” [Majmu’ Fatawa, 32/39-40]


Islam menetapkan kepada seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita agar memberikan mahar pernikahan kepada si wanita. Dan mahar itu nantinya adalah hak si wanita, tidak boleh diambil sedikitpun kecuali dengan keridhaannya.


وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوْهُ هَنِيْئًا مَرِيْئًا

“Berikanlah mahar kepada para wanita (yang kalian nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian dengan senang hati sebagian dari mahar tersebut, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” [An-Nisa`: 4]


Al-Imam Al-Qurthubi Subhanahu wa Ta’ala berkata, “Ayat ini menunjukkan wajibnya pemberian mahar kepada wanita yang dinikahi. Ulama menyepakati hal ini tanpa ada perbedaan pendapat, kecuali riwayat sebagian ahlul ilmi dari penduduk Irak yang menyatakan bila seorang tuan menikahkan budak laki-lakinya dengan budak wanitanya maka tidak wajib adanya mahar. Namun pendapat ini tidak dianggap.” [Al-Jami’ li Ahkamil Qur`an, 5/17]


3. Sebagai Seorang Ibu


Islam memuliakan wanita semasa kecilnya, ketika remajanya dan saat ia menjadi seorang ibu. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan seorang anak untuk berbakti kepada kedua orang tuanya, ayah dan ibu. Allah Subhanahu wa Ta’ala titahkan hal ini dalam Tanzil-Nya setelah mewajibkan ibadah hanya kepada-Nya:


وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلاً كَرِيْمًا. وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا

“Rabbmu telah menetapkan agar janganlah kalian beribadah kecuali hanya kepada-Nya dan hendaklah kalian berbuat baik terhadap kedua orangtua. Apabila salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya menginjak usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan jangan membentak keduanya namun ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang, ucapkanlah doa, “Wahai Rabbku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku sewaktu kecil.” [Al-Isra`: 23-24]


Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:


وَوَصَّيْنَا اْلإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاَثُوْنَ شَهْرًا

“Dan Kami telah mewasiatkan manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandung sampai menyapihnya adalah tigapuluh bulan…” [Al-Ahqaf: 15]


Ketika shahabat yang mulia, Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:


أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ؟ قَالَ: الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا. قَالَ: ثُمَّ أَيُّ؟ قَالَ: ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ…

“Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Shalat pada waktunya.” “Kemudian apa setelah itu?” tanya ‘Abdullah lagi. Kata beliau, “Kemudian birrul walidain (berbuat baik kepada kedua orang tua)….” [HR. Al-Bukhari no. 504 dan Muslim no. 248]


Kata Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu -seorang shahabat Rasul yang sangat berbakti kepada ibundanya-, “Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Bold

يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ: أُمُّكَ. قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: أُمُّكَ. قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: أُمُّكَ. قَالَ: ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ: ثُمَّ أَبُوْكَ

“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. [HR. Al-Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 6447]


Hadits di atas menunjukkan pada kita bahwa hak ibu lebih tinggi daripada hak ayah dalam menerima perbuatan baik dari anaknya. Hal itu disebabkan seorang ibulah yang merasakan kepayahan mengandung, melahirkan, dan menyusui. Ibulah yang bersendiri merasakan dan menanggung ketiga perkara tersebut, kemudian nanti dalam hal mendidik baru seorang ayah ikut andil di dalamnya. Demikian dinyatakan Ibnu Baththal rahimahullahu sebagaimana dinukil oleh Al-Hafidz rahimahullahu. [Fathul Bari, 10/493]


Islam mengharamkan seorang anak berbuat durhaka kepada ibunya sebagaimana ditegaskan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabda beliau:


إِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوْقَ اْلأُمَّهَاتِ…

“Sesungguhnya Allah mengharamkan kalian berbuat durhaka kepada para ibu…” [HR. Al-Bukhari no. 5975 dan Muslim no. 593]


Al-Hafizh rahimahullahu menerangkan, “Dikhususkan penyebutan para ibu dalam hadits ini karena perbuatan durhaka kepada mereka lebih cepat terjadi daripada perbuatan durhaka kepada ayah disebabkan kelemahan mereka sebagai wanita. Dan juga untuk memberikan peringatan bahwa berbuat baik kepada seorang ibu dengan memberikan kelembutan, kasih sayang dan semisalnya lebih didahulukan daripada kepada ayah.” [Fathul Bari, 5/86]


Sampai pun seorang ibu yang masih musyrik ataupun kafir, tetap diwajibkan seorang anak berbuat baik kepadanya. Hal ini ditunjukkan dalam hadits Asma` bintu Abi Bakr radhiyallahu ‘anha. Ia berkisah: “Ibuku yang masih musyrik datang mengunjungiku bertepatan saat terjalinnya perjanjian antara Quraisy dengan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku pun bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Ibuku datang berkunjung dan memintaku untuk berbuat baik kepadanya. Apakah aku boleh menyambung hubungan dengannya?” Beliau menjawab, “Ya, sambunglah hubungan dengan ibumu.” [HR. Al-Bukhari no. 5979]


4. Sebagai Istri


Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan seorang suami agar bergaul dengan istrinya dengan cara yang baik.


وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ

“Dan bergaullah dengan mereka (para istri) dengan cara yang baik.” [An-Nisa`: 19]


Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullahu berkata, “Ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ meliputi pergaulan dalam bentuk ucapan dan perbuatan. Karena itu, sepantasnya seorang suami mempergauli istrinya dengan cara yang ma’ruf, menemani, dan menyertai (hari-hari bersamanya) dengan baik, menahan gangguan terhadapnya (tidak menyakitinya), mencurahkan kebaikan dan memperbagus hubungan dengannya. Termasuk dalam hal ini pemberian nafkah, pakaian, dan semisalnya. Dan tentunya pemenuhannya berbeda-beda sesuai dengan perbedaan keadaan.” [Taisir Al-Karimirir Rahman, hal. 172]


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para suami:


لاَ تَضْرِبُوا إِمَاءَ اللهِ

“Janganlah kalian memukul hamba-hamba perempuan Allah.”


‘Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu datang mengadu, “Wahai Rasulullah, para istri berbuat durhaka kepada suami-suami mereka.” Mendengar hal itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi keringanan untuk memukul istri bila berbuat durhaka. Selang beberapa waktu datanglah para wanita dalam jumlah yang banyak menemui istri-istri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengadukan perbuatan suami mereka. Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


لَيْسَ أُولَئِكَ بِخِيَارِكُمْ

“Mereka itu bukanlah orang yang terbaik di antara kalian.” [HR. Abu Dawud no. 2145, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abi Dawud]


Beliau juga pernah bersabda:


أَكْمَلُ المُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنَسَائِهِمْ

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya.” [HR. Ahmad 2/527, At-Tirmidzi no. 1172. Dihasankan oleh Asy-Syaikh Muqbil rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/336-337]


Banyak hak yang diberikan Islam kepada istri, seperti suami dituntut untuk bergaul dengan baik terhadap istrinya, ia berhak memperoleh nafkah, pengajaran, penjagaan dan perlindungan, yang ini semua tidak didapatkan oleh para istri di luar agama Islam.


Bila sudah demikian penjagaan Islam terhadap hak wanita dan pemuliaan Islam terhadap kaum wanita; lalu apa lagi yang ingin diteriakkan oleh kalangan feminis yang katanya memperjuangkan hak wanita, padahal sebenarnya ingin mencampakkan wanita kembali ke lembah kehinaan, terpuruk dan terinjak-injak?


Wallahul musta’an.


Footnote:

1 Maknanya: جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ
2 Kemungkinan terbesar Ja’far yang dimaksud adalah Ja’far bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, kata Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullahu. (Fathul Bari, 12/426)

(Sumber: http://www.asysyariah.com/print.php?id_online=456)

Thursday, November 13, 2008

Monolog Hati Seorang Ikhwah



Ukhti...
Tidakku mahu bertanya khabarmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Merasai sendiri jiwamu.

Ukhti...
Tidakku mahu memandangmu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat aku,
Halal memegang wajahmu.

Ukhti...
Tidakku mahu senyum padamu,
Kerana ku menunggu,
Tibanya saat engkau,
Halal bercanda denganku.

Ukhti...
Engkau bagiku,
Umpama mawar kembang berduri,
Yang dipagari oleh jernihnya kilauan kristal,
Memancarkan sinar yang hebat,
Apabila sang mentari menyinari,
Dan bagaikan titisan-titisan permata,
Apabila hujan menyirami
Membuat diriku terpaku,
Terpesona,
Tidakku berani untuk terus memandangnya,
Kerna ku tahu mataku pasti akan silau,
Dek kerana hebatnya sinaran,
Tidakku mahu menyentuhnya,
Walau hanya dengan hujung jari,
Kerna ku tak mahu sinarnya hilang,
Dek kerana bayang-bayang ku.
Jauh sekali untuk memegangnya,
Pagarnya sahaja sudah cukup mengagumkan,
Apatah lagi bunganya..

Ukhti...
Tidakku mahu meluahkan isi hatiku,
Kerana aku dan engkau,
Adalah lelaki dan wanita,
Yang ada batasannya,
Yang harus menjaga hati,
Kerana Islam itu suci.

Ukhti...
Tujuan hidup kita sama,
Teruslah berjuang,
Tulus hanya untuk Allah,
Mencintai Allah adalah tuntutan,
Cinta Allah cinta yang pasti.

Kerana...
Sesuatu yang ku sendiri tidak pasti,
Adakah engkau ditakdirkan untukku,
Semua hanya andai engkau milikku...

Wednesday, November 12, 2008

Kaedah Fiqh: Asal Dalam Ibadah Itu Adalah Terlarang

Pada kuliah Syarh Shahih Muslim Isnin malam yang lepas, Abu Marwan ada menjelaskan tentang tatacara berdoa dalam solat al-Istiqa' (yakni solat khusus untuk memohon turunnya hujan). Sebagai tambahan maklumat, dia menambah juga penjelasan berkait dengan tatacara berdoa dalam situasi yang lain seperti selepas solat fardhu dan lain-lain.

Abu Marwan ada menyentuh tentang melazimi mengangkat tangan berdoa secara beramai-ramai serta serentak selepas solat fardhu adalah tidak ada tunjuk ajarnya daripada sunnah. Jika mahu, secara sendiri-sendiri dan tak perlu secara serentak dan beramai-ramai katanya.

Di dalam perkara yang melibatkan ibadah khususiyyah, sesuatu perkara yang tidak dilakukan ataupun ditinggalkan Nabi SAW jika turut kita ikuti dinamakan kita mengikuti dan telah mengamalkan sunnah tarkiyyah; dalam erti kata lain meninggalkan sesuatu yang ditinggalkan dan tidak dilakukan Nabi SAW juga merupakan perbuatan sunnah.

Antara sunnah tarkiyyah yang dilakukan Baginda Nabi SAW adalah tidak mengangkat tangan ketika berdoa selepas solat fardhu jelasnya. Secara tiba-tiba, seorang pemuda melayu yang saya kira baru pertama kali menyertai halaqah dan kuliyyah Abu Marwan bertanyakan soalan:

"Are you saying what we have been practising for generation is wrong? Do you have any dalil or authenthic or at least hadits Hasan to support your statement?"
Perggh...bagus ler juga dia ni bisik hatiku. Siap minta dalil tu. Bagus-bagus. Tapi...hehe. Dia tersalah-faham konsep Fiqh ni bagiku. Takpelah, saya berdoa moga-moga sikap baiknya dalam bertanyakan dalil itu dipraktiskan pula dalam apa yang dia perbuatkan selama ini dalam perkara ibadahnya selama ini. Sepatutnya dia yang kemukan dalil, bukan Abu Marwan, itulah konsep yang sepatutnya. (erm....lagipun punyalah panjang Abu Marwan bagi dalil, dia ni terkhayal ke sangkaku...wallahu'alam). Berikut saya sertakan artikel tentang kaedah asas dalam memahami perkara yang melibatkan Ibadah Khususiyyah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ustaz Abdul Rasyid Idris


Tulisan ini adalah himpunan perkataan para ulama berhubung konsep ibadat di dalam Islam. Ia merupakan jawapan terhadap kekeliruan segelintir manusia yang tidak dapat membezakan antara kaedah syarak dalam mu’amalat dengan kaedah syarak dalam ibadat.

Kesan daripada kekeliruan ini sungguh besar kerana ia antara faktor penyebab berlakunya rekaan dan tokok tambah di dalam amalan agama. Ia menyebabkan sering kedengaran ungkapan-ungkapan seperti : « apa salahnya? », « tak ada dalil pun yang melarang! », « tak apa kalau kita buat ibadat banyak-banyak, nanti di akhirat Allah pilihlah ! Mana yang betul Allah terima dan mana yang salah Allah tolak» dan sebagainya.

Jika yang melaungkan atau memperjuangkan perkara ini terdiri daripada golongan juhhal (jahil agama), mungkin mudah untuk di atasi. Tetapi malangnya, golongan yang mencanangkan perkara ini terdiri dari individu-individu yang bertitlekan lulusan agama atau menjawat jawatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat di sudut agama. Hasilnya, masyarakat yang jahil ini akan menyandarkan bulat-bulat amalan dan kepercayaan mereka kepada apa yang dinyatakan oleh ulama mereka. Mereka menyangka dengan menyandarkan amalan kepada para ulama sudah menjamin kesahihannya tanpa perlu lagi mengetahui dalil dan sandarannya. Mereka seakan-akan menyangka bahawa para ulama boleh sewenang-wenangnya menyatakan apa sahaja tentang agama. Mereka ini tidak mengetahui betapa para ulama muktabar membenci tokok tambah agama.

Justeru melalui kaedah yang disebutkan ini jelas menegaskan pendirian para ulama berhubung tindakan segelintir manusia yang sesuka hati menokok tambah dalam ibadat. Ternyata mereka tegas menolak rekaan dan inovasi dalam perkara yang telah ditetapkan oleh syariat.

Perkataan Ulama

Berikut adalah nukilan perkataan para ulama tentang kaedah melaksanakan ibadah di dalam Islam.

1) Perkataan al-Imam as-Subki seperti yang dinukilkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani as-Syafi’ie:

اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف

Terjemahan: Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhenti hingga ada dalil)”.

[Fath al-Bari: 4/174]

2) Kata pengarang Nihayah al-Muhtaj dalam mazhab As-Syafi’ie:

الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ أَنَّهَا إذَا لَمْ تُطْلَبْ لَا تَنْعَقِدُ

Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah jika ia tidak dituntut, ia tidak berlaku”.

[Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj:3/109]

3) Kata al-Bujairami as-Syafi‘ie menukilkan perkataan as-Syaubari:

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah jika tidak dituntut, adalah terbatal”.

[Hasyiah al-Bujairami ‘ala al-Khatib: 3/497]

4) Kata Muhammad Bin Yusuf Bin Isa Atfisy al-Ibadi:

وَأَنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ أَنْ لَا تُحْمَلَ عَلَى الْوُجُوبِ إلَّا لِدَلِيلٍ

Terjemahan: “ Bahawasanya asal hukum di dalam ibadat adalah tidak membawa kepada wajib melainkan dengan adanya dalil”.

[Syarh al-Nayl wa Syifa’ al-‘Alil: 7/211]

5) Kata as-Syeikh Muhammad Bin Muhammad:

الْأَصْلُ فِي الْمَنَافِعِ الْإِبَاحَةُ وَفِي الْمَضَارِّ التَّحْرِيمُ فَقَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْهُمْ الْإِسْنَوِيُّ وَهَذَا إنَّمَا هُوَ بَعْدَ وُرُودِ الشَّرْعِ بِمُقْتَضَى الْأَدِلَّةِ الشَّرْعِيَّةِ وَأَمَّا قَبْلَ وُرُودِهِ فَالْمُخْتَارُ الْوَقْفُ

Terjemahan: “Asal hukum dalam perkara bermanafaat ialah mubah (harus) manakal dalam perkara mudarat ialah haram. Maka berkata ramai ulama antaranya al-Imam al-Isnawi: dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengan dalil-dalil syar‘ie, sedangkan sebelum warid (ada dalil), maka pilihan para ulama ialah waqf (berhenti pada dalil)”.

[Al-Taqrir wa al-Tahbir: 3/19 8]

6) Kata pengarang kitab Syarah al-Bahjah al-Wardiyyah dalam Fiqh Syafi‘ie:

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ

Terjemahan: “Asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif (bersandarkan kepada dalil)”.

[Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah: 4/150]

7) Kata as-Syeikh Abd. Rahman as-Sa‘di:

الأصل في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسوله…

Terjemahan: “Asal hukum dalam ibadat adalah dilarang; maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam muamalat dan kepenggunaan seluruhnya adalah harus; maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya”.

[Taisir al-Latif al-Mannan fi Khulasah Tafsir al-Ahkam : 1/299]

8) Kata as-Syeikh Abd. Rahman Bin Muhammad al-Hanbali:

الأصل في العبادات التشريع . وكل بدعة ضلالة ، هذا معنى شهادة أن محمدا رسول الله

Terjemahan:Asal hukum di dalam ibadat adalah apa yang disyariatkan. Dan setiap bid‘ah adalah kesesatan, inilah makna penyaksian bahwasanya Muhammad adalah rasul Allah”.

[Hasyiah al-Usul al-Thalathah: 1/91]

9) Kata as-Syeikh Said Bin Ali al-Qahtani:

الأصل في الأشياء الإباحة؛ لأن الله خلق لعباده جميع ما على الأرض لينتفعوا به، إلا ما حرمه سبحانه وتعالى .الأصل في العبادات الحظر والتوقيف إلا ما ثبت في الشرع تشريعه عن الله عز وجل، أو عن رسوله صلى الله عليه وسلم

Terjemahan: “Asal hukum di dalam semua perkara adalah harus; kerana Allah telah mencipta bagi hamba-Nya semua benda di atas muka bumi untuk mereka manfaatkannya, melainkan apa yang diharamkan oleh-Nya S.W.T. Asal hukum di dalam ibadat adalah dilarang dan bersandarkan dalil melainkan apa yang thabit di dalam syarak ia disyariatkan oleh Allah ‘azza wa jalla atau dari rasulullah S.A.W

[Fiqh al-Da‘wah fi Sahih al-Imam al-Bukhari: 4/195]

10) Perkataan Ibn Qayyim al-Jawziyyah:

الأصل في العبادات البطلان إلا ما شرعه اللّه ورسوله

Terjemahan: ““Asal hukum di dalam ibadat adalah batal melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya”.

[Ahkam Ahli al-Dhimmah: 1/121]

11) Perkataan Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah:

فَبِاسْتِقْرَاءِ أُصُولِ الشَّرِيعَةِ نَعْلَمُ أَنَّ الْعِبَادَاتِ الَّتِي أَوْجَبَهَا اللَّهُ أَوْ أَحَبَّهَا لَا يَثْبُتُ الْأَمْرُ بِهَا إلَّا بِالشَّرْعِ . وَأَمَّا الْعَادَاتُ فَهِيَ مَا اعْتَادَهُ النَّاسُ فِي دُنْيَاهُمْ مِمَّا يَحْتَاجُونَ إلَيْهِ وَالْأَصْلُ فِيهِ عَدَمُ الْحَظْرِ فَلَا يَحْظُرُ مِنْهُ إلَّا مَا حَظَرَهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى . وَذَلِكَ لِأَنَّ الْأَمْرَ وَالنَّهْيَ هُمَا شَرْعُ اللَّهِ وَالْعِبَادَةُ لَا بُدَّ أَنْ تَكُونَ مَأْمُورًا بِهَا ، فَمَا لَمْ يَثْبُتْ أَنَّهُ مَأْمُورٌ بِهِ كَيْفَ يُحْكَمُ عَلَيْهِ بِأَنَّهُ عِبَادَةٌ وَمَا لَمْ يَثْبُتْ مِنْ الْعِبَادَاتِ أَنَّهُ مَنْهِيٌّ عَنْهُ كَيْفَ يُحْكَمُ عَلَى أَنَّهُ مَحْظُورٌ وَلِهَذَا كَانَ أَحْمَد وَغَيْرُهُ مِنْ فُقَهَاءِ أَهْلِ الْحَدِيثِ يَقُولُونَ : إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ فَلَا يُشْرَعُ مِنْهَا إلَّا مَا شَرَعَهُ اللَّهُ تَعَالَى .

Terjemahan: “Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui bahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau yang disukai oleh Allah tidak thabit (kewujudannya) melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa yang diperlukan oleh mereka, dan asal hukum di dalam hal ini adalah tidak dilarang, oleh itu tidak dilarang melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. Demikian itu kerana perintah dan larangan adalah syariat Allah dan ibadat tidak boleh tidak mestilah sesuatu yang diperintahkan, maka apa-apa yang tidak thabit bahawa ia diperintahkan bagaimana hendak dihukum bahawa ia adalah ibadah? Begitu juga sesuatu yang tidak thabit di dalam ibadat bahawa ia dilarang, bagaimana boleh dihukum bahawa ia dilarang? Oleh demikian, Ahmad (Bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan Fuqaha’ ahli hadith berkata: Sesungguhnya asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah Taala”.

[Majmu‘ Fatawa Ibn Taymiyyah: 6/452]

Sebenarnya banyak lagi perkataan yang boleh dinukilkan di sini, tetapi cukuplah dengan beberapa nama yang tertera bagi membuktikan bahawa kaedah yang sebenar dalam pengabdian sebenar kepada Allah ialah berdasarkan kepada dalil, bukan akal fikiran jauh sekali hawa nafsu atau agak-agak. Asas bagi kaedah yang dikemukakan ialah firman Allah S.W.T di dalam ayat 21 Surah as-Syura:

Terjemahan: “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari agama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

Berkata al-Hafiz Ibn Kathir dalam menghuraikan ayat tersebut:

وقوله: { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ } أي: هم لا يتبعون ما شرع الله لك من الدين القويم، بل يتبعون ما شرع لهم شياطينهم من الجن والإنس، …… من الضلالات والجهالة (5) الباطلة، التي كانوا قد اخترعوها في جاهليتهم، من التحليل والتحريم، والعبادات الباطلة، والأقوال الفاسدة.

Terjemahan: “…mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah kepadamu (Muhammad) daripada agama yang lurus. Sebaliknya mereka mengikut apa yang disyariatkan untuk mereka oleh para syaitan mereka dari kalangan jin dan manusia,….. daripada kesesatan dan kejahilan yang batil yang mereka ada-adakan dalam Jahiliyyah mereka, dalam bentuk menghalal dan mengharam, ibadat-ibadat yang batil (palsu) dan perkataan-perkataan yang rosak”.
Bold
[Tafsir Ibn Kathir: 7/19 8]

Berkata pula Ibn Rajab al-Hanbali:

والأعمال قسمان : عبادات ، ومعاملات . فأما العبادات ، فما كان منها خارجاً عن حكم((4)) الله ورسوله بالكلية ، فهو مردود على عامله ، وعامله يدخل تحت قوله : { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ الله } ((5)) ، فمن تقرَّب إلى الله بعمل ، لم يجعله الله ورسولُه قربة إلى الله ، فعمله باطلٌ مردودٌ عليه ، وهو شبيهٌ بحالِ الذين كانت صلاتُهم عندَ البيت مُكاء وتصدية ، ….. فقد رأى النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - رجلاً قائماً في الشمس ، فسأل عنه ، فقيل : إنَّه نذر أنْ يقوم ولا يقعدَ ولا يستظلَّ وأنْ يصومَ ، فأمره النَّبيُّ - صلى الله عليه وسلم - أنْ يَقعُدَ ويستظلَّ ، وأنْ يُتمَّ صومه((6)) فلم يجعل قيامه وبروزه للشمس قربةً يُوفى بنذرهما .

Terjemahan:

"Amalan terbahagi kepada dua: ibadat dan muamalat. Adapun ibadat, apa-apa sahaja daripadanya yang keluar dari arahan Allah dan rasul-Nya secara seluruhnya, maka ia tertolak kepada pelakunya. Pelakunya termasuk di dalam maksud ayat : { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ الله }

Oleh itu barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amalan yang tidak dijadikan oleh Allah dan rasul-Nya sebagai ibadat, maka amalan itu adalah batil dan tertolak kembali kepadanya. Ini sama seperti orang-orang yang solat di al-Bait (Masjidil Haram) secara bersiul-siul dan bertepuk tangan……sesungguhnya Nabi S.A.W telah melihat seorang lelaki yang berdiri di bawah panas mentari, lalu baginda bertanya tentangnya, dijawab kepada baginda: sesungguhnya dia (lelaki itu) bernazar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh dan berpuasa. Nabi S.A.W mengarahkan dia supaya duduk dan berteduh, juga mengarahkannya meneruskan puasanya (H.R al-Bukhari, Abu Daud dan lain-lain). Maka Rasul tidak menjadikan perbuatan berdiri dan berpanas di bawah matahari itu sebagai suatu qurbah (perbuatan mendekatkan diri kepada Allah) yang perlu dipenuhi lantaran nazarnya."

[Jami‘ al-‘Ulum wa al-Hikam: 7/3]

Perhatikan pengajaran daripada perkataan Ibn Kathir dan Ibn Rajab:

1-Allah mencela orang-orang yang mengikut kesesatan dan kejahilan yang batil yang dianjurkan oleh para syaitan dari kalangan jin dan manusia.

2-Bukankah rasulullah telah menyatakan bahawa bid‘ah adalah kesesatan?

3-Bukankah sesuatu itu patut digelar kejahilan yang merosakkan apabila suatu kepercayaan atau pendapat atau amalan dipegang tanpa bersandar kepada dalil dan hujah?

4- Suatu amalan itu hanya diketahui ia adalah ibadat dengan nas daripada syarak, lalu apabila ia bukan daripadanya seakan-akan bermaksud membuat syariat sendiri? Siapa yang akan memberi pahala?

5-Rasulullah mengiktiraf puasa yang dilakukan oleh sahabat tersebut tetapi baginda menolak cara ibadat itu dilakukan. Ini sama seperti amalan berdoa, berzikir dan sebagainya, ia diterima syarak apabila menepati ajaran nabi, tetapi ditolak apabila caranya tidak diajarkan oleh baginda.

Sumber: http://al-fikrah.net/News/article/sid=33.html

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template