Tuesday, October 28, 2008

Al-Sunnah Tunggak: Sebuah Perjuangan



Oleh : Yussamir Yusof
Negeri Sembilan 13 Jun 2008
www.yussamir.com
http://tetasan.blogspot.com


Suara merdu bacaan ayat-ayat Quran Syeikh Masyari al-faasi dari telefon bimbit Pak Talib, menenangkan hati. Kelihatan Pak Talib bersandar di kerusi malas yang tersedia di ruang tamu rumah, sambil mengunyah sirih, bibirnya merah diwarnai cengkih. Rembau di bungkus sejuk malam. Bunyi cengkerik mengalun-alun membelah kesunyian malam di kampung lada. Cahaya bulan menyuluh terang tepat ke muka Razali, cucu kesayangan Pak Talib. Mak cik Munah sibuk mengemas barangan yang dibawa Rasyid dari Johor Bahru. Selalunya sebulan sekali baru cucunya itu pulang ke kampung. Tetapi tak disangka pula, baru seminggu datang ke kampung, Rasyid datang kembali. Mak cik Munah membancuh nescafe di dapur, untuk Pak Talib dan cucunya Rasyid.


Rasyid mendatangi Atuknya sambil membawa dua buah buku baru tulisannya.


Ini dua buah buku baru saya tuk.” Rasyid mengambil kerusi di depannya, kemudian didekatkan di sebelah kerusi malas datuknya. Pak Talib berhenti mengunyah. Dia bangun dari bersandar, dan mencapai bekas dan diludahnya sirih ke dalam bekas tersebut. Dilap-lap mulutnya dengan sapu tangan putih. Merah sapu tangan itu.


Engkau tahu kenapa nama engkau Rasyid?”
Buku yang dihulur oleh Rasyid tidak disambut oleh Pak Talib. Rasyid tidak terasa hati, dia meletakkan bukunya itu di lantai.


Tidak Tuk.”


Bapa engkau menyanjung tinggi perjuangan Rasyid Redha. Itu sebab dia letak nama engkau Rasyid. Bapa engkau pejuang Agama dan bangsa.” Pak Talib bangkit dari kerusi. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah rak buku yang terletak tidak jauh dari tempat duduknya tadi. Rasyid mengekor dari belakang. Pak Talib membuka sebuah laci yang berkunci. Sebuah majalah lama yang bertulisan jawi di depan mukanya bertulis Al-Manar kelihatan. Pak Talib mengesat-ngesat habuk yang terlekat di majalah itu. Ada beberapa keping muka surat dari majalah tersebut terkeluar dari ikatan. Pak Talib membetul-betulkan kedudukan muka surat majalah itu yang sudah jungkang balik.


Al-Manar menagih perjuangan dan pengorbanan Rasyid. Bukan mudah Al-Manar mahu menembus wilayah dunia menyebar dakwah Islam. Sebelum Al-Manar, sebuah majalah islam bernama Al-Urwatul Wusqo sudah memayungi pemikiran umat islam ketika itu. Perancis menjadi saksi pengorbanan dan perjuangan dua Ulama bernama, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeid Jamalludin al-Afghani. Setelah dibuang negeri oleh pemerintah Mesir ketika itu, kedua-dua ulama ini tidak berdiam diri. Majalah Al-Urwatul Wusqo diterbitkan di Perancis. Tahun 1884 menjadi tarikh keramat bagi seluruh umat islam. Angin-angin Islam bertiup ke segenap inci dan ceruk dunia.


Majalah ini terus menyelinap laju ke Makkah, Madinah, Iran, India, Indonesia, Singapura malahan di Tanah Melayu ketika itu.Tapi sayang seribu kali sayang Rasyid! Hasad dengki dan tamakkan harta dan pangkat memusnahkan segalanya
.” Serasa kehangatan kemarahan terpancar melalui riak-riak wajah Pak Talib. Namun nadanya tetap tenang, setenang air sungai pedas linggi yang mengalir sejuk dan tenang. Rasyid tekun mendengar setiap inci dan sudut perkataan yang keluar dari mulut datuknya itu. Kedatangan dia pada malam itu untuk mengadu dibatalkan. Malam itu dibiarkan dirinya diisi dengan untaian-untaian sejarah yang memangkin semangat dirinya.


Ini air nescafenya Rasyid. Ajak Atuk kamu minum sekali.” Arah Mak cik Munah pada Rasyid. Lepas menghidangkan minuman, Mak cik Munah terus berlalu ke dapur. Tidak kuasa dia melayan perbualan suaminya dengan cucunya itu. Di dapur, Mak cik Munah mengayak tepung yang dicampur dengan telur sebentar tadi dalam tempayan. Rasyid sukakan kuih Bahulu, Mak cik Munah mahu bakar bahulu untuk cucunya. Dahulu Rasyid mahu belikan mesin pengayak untuk neneknya. Tapi Mak cik Munah membantah. Katanya membazir sahaja. Lagipun, membuat bahulu secara tradisional lagi bagus dan mantap berbanding secara moden kata Mak cik Munah. Rasyid terus mengalah.


Di ruang tamu kelihatan Pak Talib dan Rasyid mencicip air nescafe panas. Ada sepinggan biskut di sisi cawan nescafe. Perlahan-lahan Rasyid mencicah biskut ke dalam air nescafenya. Pak Talib sekadar memerhatikan telatah cucunya itu.


“Kalau menulis buku, jangan sekadar menulis tetapi harus ada tujuannya.” Pak Talib menyambung perbualan tadi yang terputus. Rasyis mengangguk mengiyakan arahan datuknya itu.


Selepas Syeid Jamalludin Al-Afghani meninggal dunia. Majalah Al-Urwatul Wusqo diberhentikan penerbitannya. Tika itu, wadah penyampaian pemikiran yang berteraskan Quran dan Sunnah tidak dapat lagi diresap dan di mamah umat Islam. Mereka teraba-raba, yang masih teguh berdiri di atas landasan As-sunnah terus tegap berdiri. Tapi bagi mereka yang masih terketar-ketar dan mudah terpengaruh dengan dakyah selain As-sunah terus tergelincir. Tapi Alhamdulilah. Kemunculan Syeid Muhammad Rasyid Redha memberi sinar kepada kemalapan dunia islam ketika itu. Perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Syeid Jamalludin al-Afghani diteruskan anak muda ini. Perjuangannya sama iaitu berdakwah melalui ketajaman mata pena. Tetapi isi dan pendekatannya lebih terarah dan lebih lengkap dari majalah Al-Urwatul Wusqo. Akhirnya muncul majalah bernama Al-Manar.” Pak Talib berhenti seketika. Dia mencicip kembali air nescafe yang tersisa. Kemudian di tambah semula oleh Rasyid ke dalamnya. Pak Talib membuka diarinya yang memang sentiasa bersamanya. Pak Talib menunjukkan sekeping gambar lama kepada Rasyid. Rasyid memanjangkan lehernya.


Siapa orang ini atuk?”


"Ini gambar moyang Atuk. Nama dia Syed Muhammad Al-Kalali."


Syed Muhammad Al-Kalali? Jadi keturunan kita keturunan Syed-la eh atuk?”


Memang benar. Tetapi selepas datuk atuk berkahwin dengan wanita yang bukan dari keturunan Syed, maka nasab syed itu tidak diturunkan ke atas generasi seterusnya."


Owh..” Rasyid menggaru-garukan kepala yang tidak gatal.


Dia pun ada menebitkan sebuah majalah. Al-imam nama majalah tersebut. Atuk tiada naskahnya. Kalau ada, pasti atuk tunjukkan pada engkau.” Pak Talib menutup kembali diarinya. Kemudian duduk bersandar.


Kandungan Al-Manar benar-benar memberi kejutan kepada masyarakat. Pandangan yang berbeza dari adat kebiasaan penduduk setempat, serta tidak selari dengan pandangan-pandangan ulama-ulama konservatif memberi impak besar kepada perubahan paradigma umat islam ketika itu. Syed Muhammad Rasyid Redha mendapat tentangan yang besar, begitu juga sokongan dari beberapa ulama-ulama yang sefahaman dengannya. Berpaksikan Al-Quran dan Sunnah serta membenteras bidaah dan kurafat adalah elemen utama dalam majalah Al-Manar. Umat Islam harus bersih dari kekotoran khurafat dan hal-hal yang tidak selari dengan syariat islam, itu hasrat Al-Manar.”


Jadinya sejarah pertentangan Kaum Tua dan Kaum muda yang pernah terjadi di Tanah Melayu ini ada sangkut paut dengan al-Manar?” Soal Rasyid.


Pak Talib sekadar tersenyum dengan pertanyaan cucunya itu. Baginya Rasyid harus tahu kesemua kebenaran yang disorok oleh orang-orang yang batil dengan kebenaran. Biar Rasyid menulis tentang As-sunnah, bukan sekadar novel dan buku-buku motivasi sahaja. Kalaupun mahu menulis buku-buku motivasi dan novel, semuanya harus diselitkan unsur-unsur agama yang bersendikan As-sunnah berteraskan kefahaman para salafus-soleh.


Pengaruh al-Manar bukan sahaja bertiup kenyang di Timur Tengah. Pengaruh itu sampai ke tanah Melayu. Majalah Al-Imam menjadi sekutu kepada Al-Manar di Singapura. Perjuangan dan pengorbanan serta ilmu-ilmu Syed Muhammad Rasyid Redha disalurkan kembali oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha melalui al-Imam(1906-1908). Al-Imam menyalurkan fahaman baru menentang bidaah, khurafat yang bermaharajalela dikalangan orang-orang tempatan yang mengaku menyembah Allah. Singapura terkenal dengan kemasyuran al-Imam dan kealiman kelima-lima tokoh reformis ini. Angin iman al-Imam terus bertiup kencang di Indonesia. Ulama-ulama Indonesia turut terkesan dengan pengaruh yang dibawa oleh al-Imam,maka muncullah al-Munir sebuah majalah yang bersendikan Al-Urwatul Wusqo dan Al-Manar dan al-Imam. Tika itu, pengaruh kembali kepada As-sunnah dan membenteras hal-hal yang menyalahi As-sunnah hebat menyelubungi Tanah Melayu dan negara yang berkaitan.” Pak Talib berhenti bersuara. Dia pejamkan mata, keringat mula membasahi dahinya. Wajah tenangnya tetap terpancar dibalik kelam malam. Pak Talib terbayang wajah Syeikh Tahir Jalaludin, Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Haji Abbas Taha dan Za’ba dan beberapa ulama’ yang dituduh sebagai golongan Kaum Muda oleh ulama-ulama konsevertif pada awal kemunculan mereka di tanah Melayu ketika itu.


Terlintas wajah Haji Noh Penambang , Haji Yaakub Legor (1892-1971) , Haji Osman Jalaluddin al-Kelantani antara ulama tua yang menentang pembaharuan yang dibawa ulama-ulama muda yang ditarbiah di Mesir ini. Terlintas juga kelibat-kelibat rakan-rakannya yang teguh berdiri dilandasan As-sunnah, seperti Karim Az-Zaidan yang memegang jawatan Mufti di Darul Sunnah, Yusuf Al-johori yang menjadi mudir di Madrasah Benut, Wahbah guru agama di sekolah agama rakyat kerajaan Melaka dan lain-lain. Mereka sudah tegar dihina dan dituduh sebagai pemecah belah masyarakat. Namun, realitinya masyarakat yang berada disisi mereka semua, aman dan harmoni di bawah rahmat dan rahim Allah. Kehidupan aman mengikut lunas-lunas agama tanpa ada sedikit penambahan, malahan mudah dipraktiskan umat Islam. Orang-orang bukan Islam yang berada disekitar mereka, turut terkesan dengan kemudahan dan kebahagian yang dibawa Islam. Malahan ada yang memeluk agama Islam dek kerana ajaran Islam tulin yang dibawa oleh mereka.


Dentuman guruh mengejutkan Pak Talib dari lamunan. Daerah Rembau bakal disiram hujan yang membawa rahmat Illahi. Mata Rasyid mula layu. Kantuk menyeranginya. Pak Talib memandang cucunya.


Esok kita sambung lagi. Engkau pun dah mengantuk, nanti tak masuk pula apa yang atuk nak sampaikan nanti. Pergilah tidur dulu.” Rasyid bingkas bangun,setelah bersalam dengan datuknya dia lantas berlalu ke arah bilik belakang. Mata Pak Talib mengekor Rasyid hingga hilang dari pandangannya. Rasyid harus tahu kebenaran, tekad Pak Talib. Pak Talib tidak mahu perjuangan ulama-ulama seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Jamalludin al-Afghani, Syed Muhammad Rasyid Redha, Syeikh Tahir Jalaludin, dan yang seakatan dengannya pupus begitu sahaja. Harus ada pewarisnya dan penyambungnya. Umat Islam harus hidup beramalkan ajaran Islam yang tulen, yang bebas dari khurafat, bidaah dan hal-hal yang menyalahi akidah ahlus sunnah wal jamaah.


Rasyid harus menjadi pewaris perjuangan mengembalikan kehidupan kepada Quran dan Sunnah yang berteraskan kefahaman para sahabat, dan tabi’en. Dia harus mewarisi kekuatan Syed Muhammad Rasyid Redha, mewarisi kepintaran Hassan Al-Banna, mewarisi kesederhanaan al-Imam Yusuf Al-Qaradhawi, dan mewarisi kefakihan Syeikh Muhammad Salih Uthaimin.” Pak Talib bertekad keras.


_______________________________________________________
Artikel ini bakal dimuatkan dalam majalah insight.


*Yussamir Yusof adalah seorang pelajar jurusan Perakaunan di Universiti Multimedia, kampus Cyberjaya. Beliau diamanahkan sebagai Timbalan Presiden 1, Institusi Usrah kampus Cyberjaya bagi sessi 2008-2009.


Beliau boleh dihubungi melalui yussamiryusof [at] gmail [dot] com
atau di laman peribadinya www.yussamir.com dan http://tetasan.blogspot.com

Sunday, October 26, 2008

Isteri Beruntung Di'Madu'kan...


Oleh: `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara

Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….

KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK
TERUSKAN PERJUANGAN

Sumber: http://rawdha-sakeena.blogspot.com

Friday, October 24, 2008

Mengapa Kita Harus Menamai Diri Kita Salafy?



Penulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah
Sumber: http://welldan.web.ugm.ac.id/

Mengapa kita memakai nama salafy? Apakah penamaan itu bukan termasuk ajakan kepada hizbiyah atau thaifiyah (seruan untuk berfanatik kepada kelompok tertentu) ataukah merupakan kelompok baru dalam Islam? Sesungguhnya istilah Salaf sudah dikenal dalam bahasa Arab maupun dalam syariat Islam. Namun yang kita utamakan disini adalah pembahasan nama tersebut dari segi syariat.

Dalam hadits yang shahih disebutkan bahwa ketika Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam ditimpa penyakit yang menyebabkan kematiannya, beliau berkata kepada Fathimah Radhiallahu anha:

"Bertakwalah kepada Allah (wahai Fathimah) dan bersabarlah. Dan aku adalah sebaik-baik salaf (pendahulu) bagimu."

Dan para ulama pun sangat sering menggunakan istilah salaf sehingga terlalu banyak untuk dihitung. Dan cukuplah salah satu contoh yang biasa mereka gunakan sebagai hujjah untuk memerangi bid’ah:

"Segala kebaikan adalah dengan mengikuti jejak Salaf. Dan segala kejelekan ada pada bid’ahnya kaum khalaf."

Tetapi ada sebagian orang yang mengaku ulama (ahlul ilmi) menolak penisbatan (penyandaran) diri kepada Salafi ini. Mereka menganggap penisbatan ini tidak ada asalnya sama sekali! Menurut mereka, seorang muslim tidak boleh mengucapkan : “Saya pengikut para Salafus Shalih dalam segala apa yang ada pada mereka baik dalam beraqidah, ibadah maupun berakhlak.”

Tidak diragukan lagi bahwa pengingkaran seperti ini, kalau memang demikian yang mereka maksudkan, menunjukkan adanya tindakan untuk melepaskan diri dari pemahaman Islam yang shahih (benar) sebagaimana yang dipahami dan dijalani oleh salafus shalih dan pemimpin mereka Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam.

Seperti tersebut dalam hadits mutawatir yang terdapat dalam Shahihain (Bukhari-Muslim) dan lain-lain bahwa Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para Shahabatku), kemudian yang sesudahnya (Tabi’in), kemudian yang sesudahnya (Tabi’ut Tabi’in)."

Oleh karena itu, seorang muslim tidak boleh melepaskan diri dari penisbatan kepada Salafus Shalih. Sebab tidak mungkin para ulama akan menisbatkan istilah salaf kepada kekafiran maupun kefasikan. Sementara orang-orang yang menolak penamaan itu sendiri, apakah mereka tidak menisbatkan dirinya kepada salah satu madzhab yang ada? Baik madzhab yang berhubungan dengan aqidah maupun fiqih? Mereka ini kadang-kadang ada yang menisbatkan dirinya kepada madzhab Asy’ariyah atau Maturudiyah.

Ada pula yang menisbatkan dirinya kepada para ahlul hadits seperti Hanafiyah, Malikiyah, Syafi’iyah, atau Hambaliyah yang (kelima madzhab yang terakhir ini) masih termasuk dalam lingkup Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Padahal orang-orang yang menisbatkan dirinya kepada madzhab Asy’ariyah atau madzhab imam yang empat (al-Aimmah al-Arba’ah) tidak diragukan lagi bahwa mereka itu menisbatkan diri kepada person atau orang-orang yang tidak ma’shum (terpelihara dari kesalahan), meskipun diantara mereka terdapat ulama yang benar.

Alangkah lebih baik kalau sekiranya mereka mengingkari penisbatan kepada orang-orang yang tidak ma’shum tersebut. Adapun orang yang menisbatkan diri kepada salafus shalih, sesungguhnya dia telah menisbatkan dirinya kepada yang ma’shum (yakni Ijma’ para shahabat secara umum). Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam telah menyebutkan ciri-ciri Al-Firqah An-Najiyah (golongan yang selamat), yaitu mereka yang senantiasa berpegang kepada sunnah Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnah para Shahabatnya Ridhwanullah ‘alaihim ‘ajma’in.

Barangsiapa berpegang teguh kepada sunnah mereka, maka dia pasti akan mendapat petunjuk dari Rabbnya.

Penisbatan kepada salaf ini akan memuliakan orang-orang yang menisbatkan dirinya kepada mereka dan akan menuntunnya dalam menempuh jalan Al-Firqah An-Najiyah.

Sedangkan orang yang menisbatkan dirinya kepada selain mereka, tidaklah demikian keadaannya. Karena dalam hal ini dia hanya mempunyai dua alternatif.

Pertama, boleh jadi dia menisbatkan diri kepada seseorang yang tidak ma’shum.

Kedua, dia menisbatkan dirinya kepada orang-orang yang mengikuti madzab tersebut yang tentu saja tidak ada kema’shuman sama sekali.

Sebaliknya para shahabat Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam secara keseluruhan merupakan orang-orang yang terpelihara dari kesalahan. Dan kita telah diperintahkan untuk berpegang teguh kepada sunnahnya salallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnah para shahabatnya. Hendaklah kita senantiasa konsisten terhadap pemahaman Al-Qur’an dan As-Sunnah sesuai dengan manhaj (metode pemahaman) para shahabat. Agar kita tetap berada di dalam "al-’ishmah"(terlindung dari kesesatan) dan tidak menyimpang dari manhaj mereka, dengan memakai pemahaman sendiri yang sama sekali tidak didukung oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Kemudian, mengapa tidak cukup bagi kita dengan hanya menisbatkan diri kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah saja, tanpa pemahaman Salafus Shalih? Maka dalam hal ini ada dua sebab :

Pertama, sebab yang berhubungan dengan nash-nash syar’iah.

Kedua, sebab yang berhubungan dengan kenyataan yang ada pada kelompok-kelompok Islam.

Penjelasan.

1)Yang berhubungan dengan sebab pertama:

Kita temukan dalam nash-nash syar’iah, perintah untuk mentaati segala sesuatu yang disandarkan kepada Al-Kitab dan As-Sunnah sebagaimana firman Allah Ta’ala : "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul-Nya serta ulil amri (ulama dan umara) di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah hal itu kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (As-Sunnah), bila kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." [An-Nisa:59]

Seandainya ada seorang Waliyul Amri (pemimpin kaum muslimin) yang telah dibaiat oleh kaum muslimin maka kita wajib taat kepadanya, sebagaimana kita wajib taat kepada Al-Kitab dan As-Sunnah. Meskipun dia dan para pengikutnya kadang-kadang berbuat salah. Kita wajib taat kepadanya untuk mencegah kerusakan yang ditimbulkan karena perselisihan tersebut, tetapi ketaatan itu harus dengan syarat yang sudah dikenal, yaitu:

"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam maksiat kepada Allah." [HR Ahmad, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Shahihah, hadits no.197]

Dan Allah Azza wa Jalla juga berfirman : "Barang siapa menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya dan mengikuti selain jalannya Sabilil Mukminin (para shahabat), maka kami biarkan dia tenggelam dalam kesesatan (berpalingnya dia dari kebenaran) dan kami masukkan ke neraka Jahannam. Dan itu merupakan seburuk-buruk tempat kembali." [An-Nisa’:115]

Sungguh, Allah Azza wa Jalla adalah Dzat yang Maha Tinggi sehingga tidak mungkin Dia berkata tanpa faedah dan hikmah. Oleh karena itu, tidak diragukan lagi bahwa penyebutan Sabilul Mukminin (jalannya orang-orang mukmin) dalam ayat ini mempunyai hikmah dan faedah yang sangat tinggi.

Penyebutan ini menunjukkan bahwa di sana ada suatu kewajiban yang sangat penting, yaitu : ittiba’ kita terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah harus sesuai dengan manhaj yang dipahami dan dijalankan oleh generasi awal kaum muslimin, para shahabat ridhwanullah alaihim kemudian generasi berikutnya (para tabi’in), kemudian generasi berikutnya (tabi’ut tabi’in). Dan seruan inilah yang senantiasa dikumandangkan oleh Da’wah Salafiyah sekaligus menjadi rujukan utama mereka, baik dalam asas dakwah maupun dalam manhaj tarbiyah.

Sesungguhnya dakwah Salafiyah pada hakekatnya hendak menyatukan umat Islam, sedangkan dakwah-dakwah yang lain justru sebaliknya memecah-belah umat. Allah Ta’ala berfirman:

"Dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang benar." [At-Taubah:119]

[Catatan Cikgu Rahim al-Fikrah.net: Para pendakwah salafy seharusnya mempraktik uslub salaf juga dalam berdakwah, bil hikmah]

Maka barang siapa yang ingin memisahkan Al-Kitab dan As-Sunnah di satu sisi dan para Salafus Shalih di sisi lain, dengan memahami dan mengamalkan Al-Qur’an dan As-Sunnah tidak sesuai dengan pemahaman mereka, maka selamanya dia tidak akan menjadi orang yang shadiq (benar).


2) Yang berhubungan dengan sebab kedua.

Kelompok-kelompok dan partai yang ada pada zaman ini tidak mau beralih secara total kepada Sabilul Mukminin yang tersebut pada ayat di atas, yang hal ini diperkuat oleh beberapa hadits. Antara lain hadits “Iftiraqul Ummah” (perpecahan umat) menjadi 73 firqah (golongan), semuanya masuk neraka kecuali satu golongan yang ciri-ciri mereka telah disebutkan oleh Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam:

"Golongan itu ialah yang mengikuti sunnahku dan sunnah para shahabatku hari ini." [lihat : Silsilah Al-Hadits Ash-Shohihah, Syaikh Al-Albani no 203 & 1192]

Hadits ini serupa dengan ayat di atas [QS. An-Nisa: 115)] dimana keduanya menyebutkan Sabilul Mukminin. Kemudian dalam hadits lain dari Irbadh bin Sariyah, Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

"Wajib bagi kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku." [ihat: Irwa’ul Ghalil, Al-Albani no 2455]

Berdasarkan keterangan di atas, maka di sana ada sunnah yang harus kita pegang teguh yaitu sunnah Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam dan sunnah khulafatur Rasyidin. Oleh karena itu, kita wajib kembali kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah serta Sabilul Mukminin (jalannya para shahabat). Tidak boleh kita mengatakan: "Kami memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman sendiri, tanpa memandang sedikitpun pada pemahaman Salafus Sholih."

Pada zaman sekarang ini, kita harus melakukan bara’ (pemisahan diri) yang betul-betul bisa membedakan diri kita dengan golongan sesat lainnya. Tidak cukup bagi kita hanya dengan mengucapkan: "saya muslim" atau "madzhabku Islam", sebab golongan-golongan yang sesatpun menyatakan demikian. Seperti kaum Syiah Rafidhah, Ibadhiyyah, Qadiyaniyyiah (Ahmadiyah) maupun golongan-golongan sesat lainnya. Sehingga apa bedanya kita dengan golongan sesat tersebut?

Bila kita mengatakan : "Saya seorang muslim yang mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah." Ucapan ini masih belum cukup karena kelompok-kelompok (sesat) seperti Asy’ariyah, Maturudiyah, dan kaum Hizbiyah, mereka juga mengaku mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah.

[CR: pendakwah salafy seharusnya dapat membezakan antara pemikiran salafy dan uslub dakwah. Kita meyakini pemikiran inilah yang paling selamat, dan pada waktu yg sama kita mengajak semua umat Islam memahami hakikat ini]

Sehingga tidak diragukan lagi bahwa penamaan yang jelas dan gamblang serta dapat membedakan antara golongan yang selamat dengan golongan yang sesat ialah dengan mengatakan: "Saya seorang muslim yang mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah sesuai dengan manhaj Salafus Shalih" atau lebih singkatnya: "Saya Salafi!"

Oleh sebab itu, sesungguhnya kebenaran yang tidak bisa disangsikan lagi ialah : tidak cukup kita hanya bersandar dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah tanpa tuntunan dari manhaj Salafus Shalih, baik dalam pemahaman dan pola pikir, dalam ilmu dan amal, maupun dalam dakwah dan jihad.

Kita semua mengetahui bahwa mereka semua (para Salafus Shalih ridhwanullah alaihim ajma’in) tidak fanatik terhadap satu madzhab atau kepada individu tertentu. Sehingga kita tidak pernah menemukan di antara mereka ada yang bersikap fanatik terhadap Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, ataupun Ali bin Abi Thalib radiyallahu anhum.

Bahkan sebaliknya seorang diantara mereka jika memungkinkan untuk bertanya kepada Abu Bakar atau Umar atau Abu Hurairah, maka mereka akan bertanya kepadanya (tanpa memilih-milih). Semua itu mereka lakukan karena mereka meyakini bahwa tidak boleh seseorang memurnikan ittiba’nya kecuali kepada seorang yaitu Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam. Sebab beliau salallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah berkata menurut hawa nafsunya, melainkan hanyalah berdasarkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Kalaupun kita bisa menerima bantahan orang-orang yang mengkritik pemahaman salafi, sehingga kita cukup hanya menamakan diri dengan istilah muslim saja, tanpa menisbatkan diri kepada Salafus Shalih meskipun penisbatan tersebut merupakan penisbatan yang mulia dan shahih. Lantas apakah dengan demikian orang-orang yang mengkiritik itu bersedia melepaskan diri dari penamaan terhadap kelompok-kelompok, madzhab-madzhab, thariqat-thariqat mereka meskipun penisbatan itu semua tidak syar’i dan tidak shahih?

"Cukuplah bagimu perbedaan diantara kita ini. Dan setiap bejana akan memancarkan air yang ada di dalamnya." Allahlah yang memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. Dan Dialah tempat meminta pertolongan.

(Dikutip dari Majalah Salafy- Edisi Perdana/Syaban/1416/1995, Rubrik Mabhats, hal 8-10)

P/S (Ibn Mustofa): Ada yang keliru dengan bertanya: "Kenapa salafy tidak bergerak kerja atau membentuk persatuan secara terorganisasi?" dan ada juga suara sumbang yang mengatakan: "Enta nak mengeluarkan orang dari satu ketaksuban kepada ketaksuban kelompok yang lain/baru..." Maka jawapan saya tuduhan seperti ini:

1)Salafus soleh ataupun salafi bukanlah suatu jamaah, tetapi merupakan satu kerangka manhaj (pedoman/dasar) yang wajib ditempuhi dan dipegang setiap individu muslim.
2)Sememangnya kita mahukan ummah ini untuk berittiba' dan berta'sub hanya kepada manhaj salaf al-soleh dan bukannya kepada yang lain.

Wednesday, October 22, 2008

Wanita Pada Pandangan Syiah



Sumber: http://asyrafaziz.blogspot.com/


Di dalam ajaran agama Syiah terdapat perk
ara yang amat jelik dan keji yang di lakukan terhadap wanita di antaranya Mut'ah dan bukan itu sahaja banyak lagi perbuatan yang keji yang lain tapi buat masa ini saya tumpukan permasalahan mengenai Mut'ah terlebih dahulu,

Syiah menghalalkan Mut'ah dengan berseli
ndung di atas nama Islam sedang ajaran Syiah itu sendiri amat jauh dari islam seperti jauhnya timur dan barat seperti langit dan bumi sampai bila-bila pun Syiah dan Islam tidak akan pernah bersatu. Hanya mereka yang jahil dan dungu akan tinggal diam terhadap kesesatan Syiah dan bahkan mereka jadi gologan paling lantang melaungkan kesatuan bersama Syiah. Adakah kita akan bersatu dengan golongan ahlul hawa?

Sesekali tidak!

kerana
hanya ISLAM satu-satunya agama di muka bumi ini yang menyediakan peraturan yang lengkap dan sempurna bagi menjaga hak-hak para wanita dan kemuliaan mereka. Tapi sungguh aneh bagi Syiah, kemulian para wanita hanya tercapai apabila mereka sedia mengorbankan kesucian mereka untuk diratah laki-laki yang bernafsu haiwan! Nauzubillah...

Di dalam artikel ini saya akan membawa dal
il-dalil dari rujukan Syiah tanpa ada percampuran sumber dengan sumber ahli Sunnah tapi hanya semata-mata datang dari kitab-kitab besar mereka.

Peringatan


Untuk peringatan riwayat-riwayat Syiah (akan dipapar sebentar lagi) yang disandarkan ke atas Rasulullah dan ahlul bait terutama mengenai mut'ah adalah batil dan amat mustahil riwayat sekeji itu dilafaz oleh mereka. Sesungguhnya perkara yang jelas bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah tidak layak dihubungan kepada Rasulullah dan ahlul bait, seperti mana diriwayatkan dari Ja’far bin Al-Baqir:

“Maka takutlah kalian kepada Allah dan jangan mahu menerima atas nama kami, apa saja yang bertentangan dengan firman Tuhan kami, Allah ta’ala dan Sunnah Nabi kami, Muhammad s.a.w. Sebab kami apabila menceritakan (sesuatu) pasti kami katakan juga: Allah 'azza wajalla berfirman (begini) Rasulullah s.a.w bersabda (begini)." [1]


Maka Ja’far memerintahkan dan menyeru Syiah
dulu dan sekarang untuk menolak riwayat-riwayat yang menyelisih al-Quran dan al-Sunnah sekiranya mereka pengikut ahlul bait yang benar :

"Janganlah kalian menerima suatu perkhabaran di atas nama kami, melainkan yang sesuai dengan Al-Quran dan al-Sunnah." [2]


Kedua-dua riwayat ini diambil dari sumber Syi
ah.

Riwayat-Riwayat Mengenai Mut'ah

Di dalam bahagian ini saya akan membawa riwayat-riwayat (Syiah) yang berupa galakkan untuk bermut'ah. Mari kita mulai dengan menampikan kedustaan mereka terhadap nabi kita Rasullah s.a.w seperti berikut:


"Siapa yang keluar dari dunia (mati) tanpa pe
rnah bermut'ah, maka kelak dia akan datang di hari kiamat dalam keadaan terpotong hidungnya."[3]

Lebih jijik dan lebih berani lagi mereka mengadakan-adakan atas nama beliau, yaitu katanya beliau bersabda :

"Sesiapa yang bermut'ah dengan wanita muslimah seolah-olah telah menziarahi kaabah sebanyak 10 kali." [4]

Adakah perbuatan sekeji ini sama dengan me
nziarahi kaabah 70 kali? Dengan siapa? Wanita muslimah? Saya serahkan persoalan kepada para perbaca untuk menilainya.

Malah, Syiah juga mengkafirkan sesiapa yang tidak menerima mut'ah seperti yang diriwayatkan Muhammad bin Ali al-Hussain bin Musa bin Babawaih (as-Saduq) telah meriwayatkan daripada al-Imam As-Shadiq telah berkata:


"Sesungguhnya mut'ah agamaku dan agama nenek moyangku. Sesiapa yang beramal denganya dia telah beramal dengan agama kami. Sesiapa yang mengingkarinya, dia telah mengingkari agama kami dan beriktiqad dengan selain daripada agama kami." [5]

Ditanya kepada Abu Abdullah;

Adakah diberikan pahala kepada orang yang mengamalkan mut'ah? Dia berkata: "Jika tujuannya semata-mata kerana Allah, maka tidak ada apa yang yang dituturkan mengenainya melainkan akan dikurniakan pahala oleh Allah, jika dia ingin melaksanakannya Allah akan ampunkan dosanya dengan mut'ah tersebut, jika dia mandi wajib Allah akan ampunkan dosanya sebanyak mana air yang mengalir daripada bulu-bulunya." [6]


Mereka juga berbohong atas nama Rasulullah , mereka mengatakan bahwa beliau bersabda:

"Barangsiapa melakukan mut'ah sekali dimerdekakan sepertiganya dari api neraka, yang mut'ah dua kali dimerdekakan dua pertiganya dari api neraka dan yang melakukan mut'ah tiga kali dimerdekakan dirinya
dari neraka." [7]

Kalau bukan kerana akan menyebabkan artikel ini menjadi panjang dan meleret sudah tentu saya akan nukilkan banyak lagi r
iwayat-riwayat mengenai mut'ah. Walaubagaimanapun riwayat-riwayat diatas saya rasa sudah mencukupi untuk memberi gambaran kepada pembaca mengenai mut'ah.

Harus Bermut'ah Dengan Kanak-Kanak Perempuan


Ajaran Syiah bukan sahaja membenarkan mut'ah dilakukan ke atas wanita bahkan kanak-kanak juga tidak terlepas dari perlakua
n kotor ini.

Tidak disyaratkan orang yang dimut'ah baligh dan berakal bahkan mereka mengatakan boleh bermut'ah dengan perempuan yang berumur sepuluh tahun! Pendapat ini diriwayatkan oleh Al-Kulaini dalam al-Furu minal kafi.

Syeikh al-Allamah Dr. Hussain al-Musawi Ra
himahullah bekas ulama besar Syiah yang akhir mati dibunuh telah menulis di dalam bukunya bertajuk "Lillahi Tsumma Li al-Tharikh (untuk Allah kemudian untuk sejarah)," al-Syeikh menyatakan Khoimeni pernah melakukan mut'ah dengan budak perempuan kecil ketika beliau dan Syeikh pulang bermusafir dari Mosul ke Baghdad. Saya akan menukilkan kisah tersebut secara lengkap dari buku edisi terjemahan “KENAPA AKU MENINGGALKAN SYIAH”.

Setelah selesai tempoh musafir, kami pulang. Ketika dalam perjalanan pulang ke Baghdad, Imam khomeni ingin berehat daripada keletihan musafir, lalu beliau menyuruh kami menuju ke kawasan Al’atifiah yang merupakan tempat tinggal seorang lelaki berasal dari Iran yang dikenali dengan Sayid Shahib,yang mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

Sayid Shahib sangat gembira dengan kedatangan kami. Kami tiba di tempatnya waktu Zuhur. Beliau menyediakan makan tengahari yang istimewa kepada kami dan memaklumkan saudara maranya tentang kedatangan kami dengan penuh perhormatan. Sayid Shahib meminta kepada kami supaya bermalam di rumahnya pada malam tersebut. Imam pun bersetuju.

Kemudian apabila tiba waktu Isyak kami disediakan dengan makan malam. Para hadirin yang hadir mencium tangan imam dan bersoal-jawab denganya. Ketika hampir waktu tidur para hadirin bersurai kecuali ahli rumah tersebut. Imam al-Khoimeni melihat kanak-kanak tersebut sangat cantik. Imam meminta daripada ayahnya Sayid Shahib untuk bermutaah dengannya dan ayahnya bersetuju dengan perasaan yang sangat gembira. Imam Khoimeni tidur dan kanak-kanak tersebut tersebut berada dalam dakapannya. Kami mendengar suara tangisan dan teriakan kanak-kanak tersebut.


Apa yang penting Imam telah melalui malam tersebut. Apabila tiba waktu pagi, kami bersama-sama untuk bersarapan pagi. Imam telah melihat kepada ku dan mendapati tanda-tanda tidak puas hati yang lahir secara jelas di wajah ku;

"Bagaimana pada waktu itu beliau sanggup bermut'ah dengan kanak-kanak perempuan tersebut sedangkan di dalam rumah tersebut terdapat ramai wanita-wanita muda, baligh, berakal yang tidak menjadi halangan kepada beliau untuk bermut'ah dengan salah seorang daripada mereka. Kenapa beliau tidak berbuat demikian?"


Beliau berkata padaku: Sayid Husain, apa pendapat kamu tentang bermut'ah dengan kanak-kanak perempuan?


Aku berkata kepadanya: Kata permutus adalah kata-kata kamu, perbuatan yang benar adalah perbuatanmu dan kamu Imam Mujtahid. Mana mungkin orang seperti ku berpandangan atau berpendapat melainkan apa yang telah kamu lihat dan katakan, seperti diketahui tidak mungkin akau bertentangan dengan kamu
."

Jawapan Khoimeni ke atas persoalan mut'ah terhadap kanak-kanak perempuan sangat mengejutkan. Mari kita melihat sambungnya
:

"Beliau berkata: Sayid Husain, sesungguhnya bermut'ah dengan kanak-kanak tersebut adalah harus tetapi dengan bercumbu-cumbuan berciuman dan tafkhiz (meletakkan zakar antara dua paha), Adapun bersetubuh, dia (kanak-kanak) masih belum mampu untuk melakukan. [8]

Adakah pendapat Khoimeni laknatulah ini memeranjatkan, beliau juga pernah berkata dengan perkataan yang lebih keji dari itu:
"Tidak mengapa bermut'ah dengan kanak-kanak yang masih menyusu dengan memeluknya dan tafkhiz dan bercumbuan." [9]

Penutup


Dari apa yang kita baca sebentar tadi jelas bagi kita semua bahawa Mut'ah hanya di jadikan alat pemuas nafsu sehingga tiada siapa dapat melepaskan diri samada wanita, kanak-kanak,dan paling jijik kanak-kanak yang menyusu juga tidak terlepas menjadi mangsa pemuas nafsu para ulama-ulama Syiah. Akhir sekali kepada penyanjung Khoimeni ; sesunguhya Imam Syaitan ini bukan ikutan yang baik dan sempurna, ikutilah Rasullah dan para Sahabat yang mulia hanya dengan megikuti jalan-jalan mereka kita akan sampai ke destinasi kita iaitu al-Jannah selain dari jalan-jalan mereka adalah sesat, khurafat, syirik dan bid'ah.

Sekian.

Rujukan :

[1]Rijalul Kusyaiy, hal 195 dalam judul “Tadzkiratul Mughirah bin Sa'ad", cetakan Karbala.
[2]Al-Amali, oleh ath-Thusi juz 1, hal 237, cetakan Nejef
[3]Tafsir Manhajus Shodiqin,oleh Mullah Fathullah Al-Kasyani

[4]Riwayat ini dinukilkan dari buku 'Kenapa aku meniNggalkan Syiah', Al-Mutaqin Media
[5]Man la yaduruhu faqih :3/366

[6]Man la yaduruhu faqih :3/336

[7]'Ujalah Hasanah Tarjamah Risalah Al-Muta'ah oleh Majlisi hal 16

[8]Kenapa Aku Meninggalkan Syiah, hal 90 dan 91

[9]Tahrir Al Wasilah : 2/241 masalah nombor 12

Saturday, October 18, 2008

Daurah Hadits Shahih al-Bukhari



Penceramah: al-Syaikh Walid Saif al-Nasr (dari Bahrain)

Pengisian: Kitab al-Sunnah (selepas Solat Subuh) dan Kitab Shahih al-Bukhari (selepas 'Asar > Isya')

Tarikh: 20 - 30 Oktober 2008

Lokasi: Masjid al-Malik Khalid USM

Anjuran: Gabungan Pelajar Arab USM dengan kerjasama Pusat Islam USM


* Pengajian akan dijalankan (sepenuhnya) dalam bahasa Arab dengan Ringkasannya di dalam bahasa Inggeris.

Tuesday, October 14, 2008

Jenayah Akademik Aktivis Dakwah!!



Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus.


Kata-katanya itu sedap didengar, tetapi realitinya separuh benar separuh batil.


DULU-DULU


Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!


Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.


Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.


Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.


Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.


HARI INI


Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.


Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.
Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah? Tentu sahaja tidak. Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah saya tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!

Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah.


‘ESCAPISM’


Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?


Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.


Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah.


Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.


Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi.


Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan.


ALASAN


Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.


Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.


Alhamdulillah
… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.


Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.


MENOLAK ‘ACUH TIDAK ACUH’


Abang nak makan ayam masak merah”, kata seorang suami kepada isterinya.


Lalu si isteri ke dapur, digorengnya ayam, ditumisnya sos yang merah, dicampur keduanya dan dihidangkan di dalam pinggan percuma semasa membeli ubat gigi kotak besar.


Suprani, bapak mahu makan ayam masak merah”, kata lelaki yang sama itu, kepada pembantu rumahnya.


Lalu si Suprani pergi ke dapur, digoreng ayam, dibuat kuahnya seelok mungkin, ditabur pula dengan daun sup, dihias dengan bawang besar, cili belah empat kembang bunga, dan dihidang di dalam pinggan Pyrex bersama nasi panas.


Agak-agaknya, tanpa perlu berbahas dan berdebat, kita sedia maklum yang tentu sahaja si lelaki itu tadi lebih berminat untuk makan ayam masa merah hasil masakan Suprani berbanding isterinya sendiri. Dua-dua ayam masak merah, tetapi ayam masak merah si isteri itu acuh tak acuh. Cincai kata sesetengah orang. Manakala ayam masak merah si pembantu rumah, biar pun yang memasaknya adalah pembantu rumah, tetapi kesungguhannya memasak menyebabkan lelaki itu lebih teruja untuk mencubanya.


Sifirnya mudah.


Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan,
Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum.

Itqan
.


Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!

Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.


Lupakah kita kepada firman Allah SWT:


Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]

Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.


Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA

Setuju. Saya setuju 100%.


Sebab itu saya tidak pernah mengajak kita mengukur kecemerlangan hanya berpandukan keputusan peperiksaan. Ada banyak faktor yang mempengaruhi keputusan peperiksaan, biar pun selalunya ia berpihak kepada yang tekun berusaha.


Kecemerlangan yang diperlukan ialah pada komitmen pelajar yang da’ie, menempuh proses pembelajaran, dan bukan hanya berorientasikan output.

Maksud saya, sama ada seorang pelajar itu hadir ke kelas, mengikuti kuliah, membuat kajian, menulis assignment… itulah sebenar-benarnya penentu kecemerlangan. Segala proses itu penting kerana ia merupakan latihan sebenar kepada pemikiran dan daya ilmiah seorang pelajar. Di dalam kelaslah dia belajar berfikiran kritis, belajar bertemu dengan pandangan-pandangan yang berbeza, belajar bersoal jawab, belajar bertanya dan belajar menjawab… iaitu segala-galanya yang di kemudian hari menjadi asas terpenting untuk memimpin dan menerajui masyarakat.


Dan sudah semestinya, jika kelas dihadiri, kajian dibuat, menulis assignment diselesaikan, sedikit sebanyak ia akan menghasilkan natijah yang bagus di akhir musim peperiksaan.


Tetapi kalau kita berhasil menjawab keputusan peperiksaan hanya kerana ‘bernasib baik’ apabila soalan dihafal secara last minute, tetapi tidak ke kelas, tidak mengikuti PROSES pembelajaran, maka segala-galanya tidak ke mana.
Lantas segenggam ijazah pun belum tentu ada nilainya!

Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!


AKIBAT LEMAH AKADEMIK


Kadang-kadang kita menganggap akademik hanya sebagai wasilah. Sekadar tiket untuk memenangi kepercayaan masyarakat. Seumpama lesen.


Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat.


Syariatullah


Pelajar pengajian Islam yang tidak menguasai pengajiannya akibat lemah tahap pembelajaran akan terdedah kepada jenayah di masa depan.


Ustaz, apa hukumnya zakat KWSP?”, tanya seorang jemaah di surau.


Alamak… itulah benda yang pensyarah bincangkan tapi aku tak pergi kelas masa tu!” rungut si ustaz di dalam hatinya.


Err… saya rasa tak payah kot!”, jawab si ustaz ala-ala mujtahid.


Tidakkah perbuatan itu suatu pengkhianatan? Memberikan panduan muamalat yang salah kepada masyarakat, mengingkari Syariat Allah SWT lantaran kecuaian dirinya sendiri semasa di alam pembelajaran. Semasa belajar sudah biasa tak buat homework, bila berceramah pun tak buat homework.


Itu jenayah terhadap Syariatullah.


Sunnatullah


Err, pesakit diabetik ni nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya?”, seorang doktor muda berteka-teki di dalam dirinya.


Akibat kemalasannya terhadap kelas pengajian, atau belajar secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang ditentukan Allah SWT hanyalah pada kadar 6 ke 10 unit.


Pesakit mati mengejut akibat hipoglesimik.


Berdosa atau tidak? Jenayah atau tidak?


Dosa terbit bukan hanya kerana melanggar hukum Syariat tetapi juga hukum Sains. Seorang ustaz yang tidak berkompetensi, sama sahaja dengan seorang doktor, jurutera, atau apa sahaja pekerjaan profesional yang tidak berkompetensi.
Mencetus mudarat..

Maka ala kadar dalam menguasai bidang pengajian masing-masing bukan sekadar masalah sikap yang biasa. Ia mampu membunuh!


Ke mana anda mahu membawa dakwah jika
duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?
‘Berdosa’ mengabaikan Bahasa Inggeris?

ALLAH MESTI TOLONG


Akhirnya sampai kita kepada alasan paling biasa.


Kita manusia biasa, tetapi sering mengharapkan benda-benda yang luar biasa.

Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”, yakin benar seorang aktivis dakwah kampus berkata begitu.

Cuba perhatikan firman Allah SWT:
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu.” [Al-Baqarah 2: 282]

Allah SWT berjanji akan membantu.


Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.


TAQWA itu adalah kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan Allah SWT… meliputi Syariatullah dan Sunnatullah
. Ia telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar semasa memperkatakan tentang kualiti Muslim yang mesti bukan sahaja SYARIATIC (komited dengan Syariatullah) malah SCIENTIFIC (komited dengan Sunnatullah).


Jika kita baca sejarah perjuangan Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali.


Biar pun sehimpun janji dikurniakan Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan, Baginda SAW sentiasa mengambil asbab kemenangan secara optimum.


Jika dianalisa peristiwa Hijrah, Baginda SAW telah mengatur sehebat-hebat strategi dan persiapakan untuk menjayakannya. Begitu juga dalam perang-perang yang lain. Strategi yang pada hari ini layak digelar sebagai SAINS KETENTERAAN.

Termasuk juga dalam soal pentadbiran, pengurusan dan kerja seharian. Baginda SAW tidak pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita”

Tetapi aktivis dakwah hari ini ramai yang mudah tersasar.


Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa.
Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita.


BERLATIH MENGURUSKAN REALITI


Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.


Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.


Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.


Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.


Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.


Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi.


TAMRIN DISIPLIN


Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN yang paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.


TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya.


Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Al-Baqarah 2: 216]

Mungkin di alam TAMRIN akademik, bilik kuliah adalah medan perang yang kamu benci… padahal ia ditentukan Allah sebagai KEBAIKAN buat dirimu.


Berdisiplinlah!


p/s: pelajar yang enggan memikul amanah dakwah dengan alasan kesibukan akademik juga harus banyak berkoreksi dan memuhasabah diri…


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template